February 10, 2012


Tabayyun, sifat yang dituntut.
Kisahnya berlaku kepada seorang penjual ikan yang ingin membuat marketing terhadap jualannya. Beliau telah membuat satu papan iklan (sign board) bertulis "Di sini ada jual ikan segar". Datanglah seorang passerby sambil berkata, "Kenapalah awak tulis perkataan 'di sini' , sepatutnya guna perkataan 'di sana' sebab kedai awak di sana, bukan di sini, di papan iklan". "Ye tak ya jugak ye, susah-susah buang jer perkataan 'di sini' atau 'di sana', biar orang tak confuse," kata penjual ikan. Maka dia pun tempah sign board baru tulis "Jual Ikan Segar" jer.
Belum pun lama papan iklan baru didirikan, datang seorang lelaki tua bertanya kepadanya,"Apalah kamu ini, memanglah orang jual ikan segar, mana ada orang jual ikan busuk. Tak payahlah buat iklan bagai...". Makin confuse penjual ikan. Betul jugak, kalau over advertise pun bakal membuat orang menyampah kan? Macam certain artis tu. Akhirnya penjual ikan robohkan balik sign board kedainya. Ingatkan makin ramai orang datang, tapi rupanya makin takde orang singgah sebab orang tak tahu kewujudan kedai tu pun, takde signage satu pun.
Moralnya, kalau sampai satu berita, satu cerita aau satu cadangan, tabayyun dulu, kaji dulu. Kajilah baik buruknya, benar palsunya dan manfaat mudaratnya. Kita tak tahu apa niat di hati orang, maybe on surface they look so sincere but the truth? Only Allah knows. Kan sifat tabayyun ni dah dipesan dalam Quran, kalau taknak ikut Quran, nak ikut kitab mana, bang?

February 9, 2012

Jangan Cepat Berkata "Tidak"
Suatu hari seorang pereka jam berkata kepada jam buatannya;
Pembuat jam (PJ): Wahai jam, bolehkah kamu berdetik dan berdetak sebanyak 31,104,000 kali setahun?
Jam: 31 juta kali? Mana boleh...
PJ: Kalau macamtu, boleh tak kamu berdetik sebanyak 2,592,000 kali sebulan?
Jam: 2 juta kali? Banyak sangat, aku tak mampu...
PJ: Tak boleh jugak? Kalau 86,400 kali sehari?
Jam: Pergh...86 ribu kali? Berat tu bang...
PJ: Kalau macamtu, apa kata kamu berdetik 3,600 kali sejam?
Jam: Penatlah main ribu-riban nih...
PJ: Oklah, kalau macamtu, apa kata kamu berdetik sekali sahaja sesaat?
Jam: Sekali? Haaaa, yang tu aku boleh....
Maka jam tadi mulailah berdetik sekali setiap saat. Dan pada hujung tahunnya sang jam telah berjaya berdetik sebanyak lebih 31 juta kali. Moralnya, janganlah mudah mudah berkata tidak simply because it's sound too big. Sebenarnya banyak potensi diri yang kita sendiri tak sedar. Try dulu sebaiknya dan selebihnya serahkan kepada Allah. Ibarat kata pepatah; "We do the best, let Allah do the rest". Setuju?

February 3, 2012

Perjuangan yang tertewas
Hari ini aku nak bercerita pasal formula untuk gagal. Gagal, sapalah suka gagal kan? Dan kalau dah gagal, kita paling benci nak dengar analisa sebab kegagalan. Apatah lagi kalau dia dah berusaha sunguh-sungguh dan yakin sangat kita pasti berjaya, tup tup gagal lak...Mari kita baca kisah seterusnya.
Ingat tak masa kita berjaya meraih pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan SEA 2011? Kalau ikutkan resamnya, macam takleh menang jer kan? Orang sebelah sana lak dah yakin sangat mesti berjayalah...dikunyitkan jer pasukan kita nih...Dengan serangan psikologinyalah, ugutan dan cemuhan, rasanya macam takde langsung rasa kasihnya jiran serumpun, macam nak berperang jer. Tup tup kalah kawan tu...
Dan komentar Bapak Arif Bawomo Surya (orang sana) sangat bagus untuk diteliti. Beliau berkata antara lain; sebab kekalahan pasukan Indonesia hari ini bukalah kerana pasukan Malaysia sangat hebat. Tetapi kerana mereka berjuang dengan rasa dendam, benci dan jahil. Bayangkan sahaja penyokong yang seramai 80 ribu orang (let alone the rest berjuta yang di luar stadium) membawa aura negatif. Maka keputusannya amatlah negatif.
Menyingkap formula untuk tewas daripada seorang bijak pandai, kuncinya adalah penyakit yang dipanggil penjara hati;
  1. Jail of hatred
  2. Jail of greed
  3. Jail of jealous
  4. Jail of ignorance

Dan perumpamaan kisah sang ketam sangatlah sesuai bagi menggambarkan formula ini. Lihatlah kepada ketam yan diletakkan di dalam sebuah bakul. Perasankah kita tidak ada seekor pun yang akan lepas keluar daripada bakul. Bukanlah kerana bakul itu sangat besar, atau tinggi, tetapi kerana ketam akan sentiasa menarik teman yang mahu keluar ke bawah. Sifat dengki dan tidak dapat melihat teman lain bebas keluar membuatkan mereka sentiasa berusaha menjatuhkan yang lain. Hasilnya tiada siapa pun yang bebas akhirnya. Mahukah kita menjadi seperti ketam?

February 2, 2012


Jangan berhati Tikus....
Sebermula kisah adalah seekor tikus yang sentiasa tidak tenteram hatinya. Bukanlah dia mengeluh mengenai rumahnya yang tidak secantik 'rumah-rumah agam di Astana' tu, bahkan dia sangat bersyukur dapat menumpang berdiam di dalam longkang belakang rumah akak catty. Adapun apa yang menggundah gulanakan hati si tikus adalah kehadiran si Chika, seekor kucing breed Australian Cancoon (eh, betul ke ejaan dia?), yang asyik menghendap dan mengejarnya tiap kali si tikus keluar dari kediamannya. Akhirnya, si tikus mendapat satu idea untuk berjumpa dengan tukang sihir.
Kepada tukang sihir, si tikus mengadu nasib, "Wahai tukang sihir, ubahkan aku menjadi kucing, agar hidupku menjadi tenang". Tukang sihir pun menjampi dan si tikus pun bertukar menjadi seekor kucing. Sekarang si tikus yang bertukar menjadi kucing berani pulang dengan megah. Belum pun dia sampai, si tikus yang telah bertukar menjadi kucing dikejar seekor anjing. Si tikus pulang berjumpa tukang sihir.
"Wahai tukang sihir, tukarkan aku menjadi anjing, agar aku menjadi lebih besar dan lebih gagah," pinta si tikus. Tanpa berlengah tukang sihir menjampi tikus berubah menjadi seekor anjing. Tikus terus berlalu dengan semangat yang lebih besar. "Kali ini Chika pasti takut melihatkan aku. Aku dah besar, kuat dan gagah," bisiknya kepada diri sendiri. Dalam perjalanan, si tikus yang sekarang adalah seekor anjing bertemu seekor singa. Lalu singa mengejar si tikus tanpa belas. Dengan perasaan ultra-takut si tikus kembali menemui si tukang sihir. Kali ini si tikus mahu menjadi pemburu agar boleh menembak singa.
Setibanya si tikus di rumah tukang sihir, belum pun sempat dia menyampaikan isi hatinya, tukang sihir bersuara, "Kali ini aku tidak dapat membantumu. Bukan kerana aku tidak dapat menukarkanmu menjadi manusia, tetapi selagi kamu mempunyai hati seekor tikus, kamu tidak akan pernah berani. Apa yang berubah adalah fizikalmu, tetapi hatimu tetap ciut, kecil dan penakut". Si tikus terpana.
Moralnya, beranilah sikit beb. Sifat berani amat penting sekarang kerana ujian datang dalam pelbgaai bentuk. Kalau kita penakut, semua ujian kita bakal gagal. Ibarat kata bijak pandai; A ship in port is safe, but it's not what ship made for. Sail out and face the challange.

January 19, 2012

Saya Tak Tahu Formula Untuk Berjaya, Tapi Saya Tahu Formula Untuk Gagal
Dikutip dari ceramah di radio, seorang konglomerat yang sangat berjaya ketika ditanya mengenai formula kejayaannya menjawab, "Saya tak tahu formula untuk berjaya, tapi saya tahu formula untuk gagal, iaitu cuba memuaskan hati semua orang."
Betul juga kan? Ambil contoh di bawah. Puan X adalah seorang executive. Setiap pagi Puan X akan berdiri di hadapan wardrobenya sambil berfikir-fikir baju manakah yang hendak dipakai ke pejabat pada hari itu. Dia suka kaler pink, boss kata ok, tapi husband dia tak gemar baju yang itu kerana ianya nipis dan jarang. So, cancel. Baju kaler pastel pula ok kata husbandnya, boss no hal, tapi Puan X bosan ngan colournya, dull. Boss suka baju light purple, hubby kata ok, Puan X sendiri kata cun, tapi kerani dia asyik kutuk, katanya nampak macam makcik cleaner cuba nak jadi Beyonce, hish, pening. Akhirnya Puan X dah buang masa setengah jam berlawan ngan fikirannya pasal baju jer. Lewat solat Subuh dan bertolak ke pejabat.
Ha...itu baru pasal pilih baju, belum masuk part shopping dan nak tengok movie. Tak apalah lagi, kalau masa nak buat kerja pun asyik nak timbang orang lain suka ke tidak, gembira ke tidak, puji kita ke tidak? Bila nak selesai keje kita. Baru executionnya, kualitinya? Maka berterusanlah perbalahan dalaman Puan X.
Cubalah kita laksanakan tugas kita sebaiknya. Kadang-kadang kena buat derkk sikit ngan bisik-bisik dan umpatan orang. Asal sahaja Allah tahu niat kita, suami ridho kelaku kita, superior approve kerja kita, semuanya bakal settle, successfully. Khannnnnn?
Too Many Bosses, Too Few Leaders
Sebenarnya statement di atas adalah tajuk sebuah buku yang telah dihighlight oleh embee masa perhimpunan tempohari. Dia nampaknya macam nak memujuk sorang mayor yang sedang dihimpit complains oleh penduduk mengenai kutipan sampah. Bukan itu yang aku nak kongsi kali ni, tapi gist atau sari statement di atas yang lebih aula, yang lebih utama.
Yang menjadi masalah hari ini adalah banyak sangat orang nak jadi boss, yang kerjanya asyik complain dan condemn. Semua orang berlumba nak buat aduan, cari kecacatan dan kepincangan. Salahkan sistem, lebih-lebih lagi pelaksana dan pelaksanaan. Sehinggakan kita sukar nak melaksanakan kerja. Iyelah, kalau semua kerja buat kita asyik dikomplen dan dikondem, bilalah nak konsen (pinjam kata sinetron Indon yang bererti fokus) dengan kerja kan? Dan orang-orang ini bukan sahaja terdiri daripada pemegang taruhan (stakeholders) kita, tapi juga teman sekerja kita, bahkan ada juga bawahan (subordinate) kita.
Sedangkan apa yang kita perlukan hari ini adalah leaders (pemimpin) yang berhati besar. Ingat ye, bukan berbesar hati. Berhati besar ni sentiasa berlapang dada, bersabar dan prihatin dengan apa juga yang dilakukan dan yang berlaku. Kalau ada kelemahan dan kepincangan dalam sesuatu sistem, cuba bawa berbincang. Berilah cadangan, bukan hentaman. Kalau masih belum dapat idea penambahbaikan, terima dengan penuh keridhaan dan kesabaran. Doa dan pohon hidayah Allah untuk panduan, kerana sebaik-baik panduan pastinya dari Allah, robbul jalal. Ingat, pada zaman kerja buat kita terbuka kepada kritikan, berhati besarlah, bersedialah dengan perubahan. Dan perubahan bermula dengan diri sendiri, berubah dari yang kecil dan berubah mulai hari ini...kerana apa yang kita perlukan adalah leaders, bukan sekadar bosses...

November 18, 2011

mukjizat Quran


Mukjizat Al Quran adalah sepanjang zaman.

Edward the scissorhand mengaruk lagi. Aku tahu dia mengaruk bukan sebab kualiti projek, bukan jugak sebab kerja jalan lambat. Isnin lepas aku dah tengok kerja tu, dah siap pun, cantik, siap aku tanya dekat cikgu tempat kerja menurap semula jalan tu berlangsung. Cikgu tu berterima kasih sangat sebab pejabat tolong naik taraf jalan masuk ke sekolah cina yang ada 3 orang murid aja tuh. 3 orang? Iye, tiga orang jer. Mula-mula pun aku terkejut bila dengar ada lagi sekolah yang cuma ada 3 orang murid kat negeri paling maju dan kaya di Malaysia nih. Tapi itulah antara keajaiban-keajaiban Selangor.

Oh ya, berbalik kat cerita si Scissorhand tadi, dia call aku semalam mengepek pasal projek yang tengah berjalan kat kampung dia. Cakap tanpa henti dengan loghat orang lidah pendek ni memang menjengkelkan. Bayangkan aja dia siap tuduh staf lain menipu dia, menipu aku dan memperbodoh-bodohkan aku. Aku memang menyampah pada pengadu domba. Domba adalah sejenis binatang seakan-akan serigala ye tuan-tuan. Dan Scissorhand Domba ni cuba mengajar aku camna nak buat kerja dengan menggunakan ayat seperti, "sepatutnya encik..." dan "kalau saya jadi encik...". Panthangggggg.

So aku yang tengah panas terus cakap pada Domba yang aku nak jumpa dia dengan bapak dia yang jadi sidang kat tempat projek dijalankan tu esok. Hari yang dinanti pun tiba akhirnya. Setelah bermesyuarat sepagi suntuk bersama boss, tepat pukul 2 petang aku gerak ke tempat kejadian. Aku bawak mazir, jepun dan abg yazid jer. Bila sampai pintu pagar aku tengok beberapa orang cina bagan dah menunggu. Jepun ngan abg yazid aku tengok standby jer kat tepi jalan, konon tunggu boss lah tu, tapi aku rasa dorang pun cuak tu. Mazir tanya nak masuk ke tidak? Aku cakap masuk jelah, cina-cina tua jer pun. Kami pun masuk. Oh ya, kami bawak kontraktor yang buat kerja tu jugak.

Turun jer daripada kereta, tiba-tiba kami diserbu. Apek-apek tua yang kelihatannya tadi dalam lima orang rupanya lima belas orang. Nampak jer kami terus dorang serbu. Masing-masing nak cakap. Masing-masing nak tunjuk yang dorang tak puas hati dengan pelaksanaan kerja. Daripada seorang sekarang jadi sepuluh orang bercakap, daripada tenang terus jadi tegang sebab masing-masing nak suruh didengar cakapnya. Sedang sidang bercakap, setiausahanya mencelah tinggi suara. Sorang apek tua yang entah sapa-sapa melaung dari belakang cakap pejabat tak cekap, buat kerja sambil lewa. Aku ingat nak guna taktik diplomasi tapi aku tahu dalam negotiation skill, tak semestinya diplomasi jalan terbaik, so aku survey kemungkinan untuk mengurangkan ketegangan.

Sidang makin panas, iyelah, dah bincang (balah) kat tengah panas kan? aku tengok Domba terkebil-kebil nak ikut serta dalam perbalahan. Aku saja nak tengok dia akan menyebelahi pihak mana. Adakah aku yang secara harfiahnya bos kepada dia, ataupun orang kampungnya yang dah nampak pun takde respect kat dia. He simply try to gain the respect through a wrong way, a very wrong way, I would say. Mazir ke tengah. Dia cakap, "Diam! Kalau semua orang cakap siapa mau dengar? Sekarang saya mari sini sama bos mau jumpa sama ini penghulu cina, sama sidang. Yang lain balik. Kalau tak mau balik, saya tak mau bincang,". Suasana senyap sekejap. Tiba-tiba Domba ke depan, korang tau apa dia cakap? "Encik takbleh cakap ini macam, mana boleh halau orang balik senang-senang. Ini semua orang kampung, mereka ada hak mau tau apa yang berlaku. Kami tak mau balik, kami tak mau....." Eh eh, menyampah tak korang dengar?

That's it. Aku baca surah Toha ayat satu sampai lima. Aku niatkan agar mereka-mereka ni diam dan dengar cakap aku. Aku datang sebelah sidang yang sedang cakap berapi-api ntah hapa-hapa. Aku tepuk belakang dia sambil cakap betul-betul dekat ngan telinga dia, "Sidang, diam dan dengar cakap saya, boleh?" slow jer aku cakap sambil mata aku tenung mata dia. Sidang terus terdiam. "Sekarang saya mahu cakap dan semua dengar." Aneh, semua orang terdiam. "Kami datang sini nak bincang dan selesaikan masalah, tapi kalau semua orang cakap, takkan ada yang mahu dengar. Kita selesaikan perkara ni satu-satu, boleh?" aku cakap kuat sikit.
Aku tengok sidang senyap sambil terangguk-angguk. "Sekarang, sini ada kontraktor, sidang boleh mengadu dan yang lain dengar," masih angguk-angguk. Dan sidang cakap apa yang sepatutnya dia cakap. Yang lain-lain cuma menyampuk sana-sini, tapi takdelah terjerit-jerit mcm orang kerasukan jembalang tanah. Apabila semua tuntutan sidang telah jelas dan kontraktor sedia membetulkan kesilapan, aku ajak sidang tunjukkan jalan yang rosak yang dia mintak tolong tampal. Kami naik hilux kontraktor. Dalam kereta sidang terdiam. Aku amik kesempatan kuasai suasana. "Sidang, kalau sidang cakap baik-baik, semua masalah boleh selesai. Sidang cakap elok-elok, suara kasi perlahan, saya boleh dengar, mana-mana yang saya boleh tolong, saya tolong. Tapi kalau sidang tinggi suara, semua tinggi suara, siapa pun tak boleh dengar, siapa pun malas dengar," suara aku perlahan tapi tegas.
"Saya tahu tuan, tapi saya sudah kena tekan sama orang kampung. Orang kampung marah sama saya, kata saya bodoh dan tak pandai jaga kampung. Orang kampung memang mahu hantam orang pejabat, mahu hantam tuan. Saya tarak boleh bikin apa, saya pun ikut marah. Saya banyak mintak maaf sama tuan," suara sidang lirih.
"Sidang, sidang ketua dalam ini kampung. Sidang ketua dalam jkk, sidang kena tenang, kena cool, kena steady. Hari-hari memang orang marah. Kalau semua orang suka sama sidang memangla best, tapi sekarag punya situation tak mungkin semua orang suka sama kita. Bila sidang cool, orang marah pun jadi cool, akhirnya orang respect sama sidang. Diorang akan cakap sidang sangat gentleman, baru sesuai jadi ketua. Tapi kalau sidang marah macam mereka, sidang pun sama standard macam mereka. Silap-silap saya marah pulak pada sidang," panjang khutbah aku.
Sidang terus diam, chew apa jer yg aku feed. Kami turun hilux dan sidang sengih2. Aku cakap semua sudah settle dan kami nak beransur. Sebelum gerak aku cakap pada Domba, "I want to see you in office. We are not done yet,". Domba cuak...
Demikianlah pembaca semua ye, apa pun situasi kita, kena yakin dengan mukjizat Al Quran dan segalanya akan selesai dengan hebat.

October 28, 2011

Amerika 
oleh Ridhuan Saidi

Membaca buku bolehlah diibaratkan seperti makan. Maknanya, membaca kenalah ikut selera masing-masing. Ada yang suka hidangan simple, ada suka yang pedas, yang panas, yang sejuk, yang manis, yang masam, yang sophiscated dan macam-macam lagi. Bagi aku selera memang memainkan peranan penting dalam memilih makanan. Sebabnya bukan sekali aku tersalah pilih makanan walaupun dah diterangkan kat dalam menu tu nama dan description hidangan.

Bagi hidangan baru ni, Amerika bagi aku adalah macam rojak. Iyelah, rojak...tapi ini bukan rojak biasa. Rojak ni sangat jauh dari kebiasaan. Aku taknaklah guna perkataan 'luar biasa' sebab, biasanya yang luar biasa disinonimkan dengan yang bagus-bagus (like good good, kata sorang kawan), tapi rojak ni rojak biasa, cuma ingredientnya brokoli, dan strawberi. Jadi cuba korang bayangkan camne perasaannya.

Ibarat orang baru sekali masuk restoran Perancis, mestilah nak cuba hidangan yang paling lain dari yang lain. Jadi aku pilih Amerika untuk pembacaan yang bukan di arus perdana (non-mainstream). Dan menghabiskan sesuatu yang bukan biasa bukanlah sesuatu yang mudah. Itulah sebab aku ambil dua minggu nak habiskan Amerika ni. Bahasanya, jalan ceritanya dan karekternya. Oh, dan part yang paling sukar aku nak chew pastilah idea-ideanya. Sungguh...part senibina atau arsitektur, aku suka. Idea mengenai bandar perlu memberi lebih perhatian kepada kehidupan, bukanlah sekadar struktur vertikal, keras, terjal dan kaku. Sama juga dengan bangunan yang sepatutnya berfungsi sebagai residen di sebelah atas dan tempat mencari makan di sebelah bawah. Samalah juga idea pengangkutan awam yang sepatutnya menjadi kemudahan, bukan menyusahkan seperti sekarang.

Tapi setakat itulah yang aku boleh hadam, yang aku boleh chew dan aku boleh digest. The hardest part pastinya pasal budaya hedonisme yang cuba dijustify oleh Ridhuan. Owh, call me conservative, kolot atau skema, tapi budaya dan nilai aku tak boleh terima, atau budak sekarang panggil tak boleh blah. Aku tak boleh terima kehidupan Murshid bersenggama dengan Dahlia sedangkan mereka tiada apa ikatan agama yang sah. Bukan Dahlia sahaja, Aneeta dan juga Jenice. Itu bukan setakat berlawanan hukum adat dan budaya, tapi Islam. Aku tahu, ini cereka, ini fiksyen, mungkin juga khayal nakal Ridhuan, tapi kan dakwah melalui jalur creative work ni baik. Kalaulah saja Murshid lebih sensitif dan beragama...

Aku tak menolak idea dan fikrah Murshid bersama kawan-kawannya, Awang dan Ramli (eh, macam kenal kan?) pasal demokrasi. Pasal sekumpulan orang dungu yang sedikit mengawal orang-orang pandai yang banyak. Pasal kewujudan idea wali kesepuluh yang cakap sekarang ni kita belum hidup, belum dilahirkan. Juga pasal huzun dan kitsch. Tapi tolonglah...jalan hidup Murshid dan hedonismenya betul-betul mematahkan selera aku. Lagi-lagi tak ada sekali pun Murshid diceritakan hidup seperti muslim seperti semestinya. Mana solatnya, kenapa dia kata tak apa minum wine berbanding beer, dan lagi idea makan dulu halal kemudian betul-betul tak boleh blah. Oh ya, ada gambar seekor lipas besar kat muka depan hidangan Amerika. Dan aku memang tak suka lipas, terus tawar selera aku. 

Mintak maaf banyak-banyaklah kalau ada yang tak setuju dengan review aku pasal Amerika. Macam aku tulis awal-awal, masing-masing ada selera, ada citarasa masing-masing. Pada aku, di mana saja kita, apa saja kita buat, agama kenalah letak nombor wahid, nombor satu. Termasuklah time makan dan membaca...



October 19, 2011

Immaturity





Korang perasan tak satu masa dulu kalau ditanya kat budak2 especially aweks ciri2 jejaka pilihan mesti dorang kata "Nak yang mature, " selain kaya dan sangat kaya. Heran kan dalam masyarakat kita perkataan mature atau matang digunakan sangat meluas. Tengok sajalah sampai kriteria memilih pasangan hidup pun nak yg mature, yang matang. Ada apa dengan matang?


Ada yang mengaitkan kematangan individu itu dengan umur. Percayalah, kaitan itu sesungguhnya sangat tidak berkait. Lihat sajalah orang yang berumur 40 tahun tapi buat keputusan macam budak tadika. Ntahlah, maybe mmg fitrah manusia ni kalau makin tua makin berbalik ke perangai baby. Pastinya ramai mempunyai pengalaman berurusan dengan immatured person nih. Sedey tau kalau terpaksa berdepan dgn org2 immature nih hari2. Tak kiralah samada org tu staf kita, colleague apatah lagi bos kita....apa kata survey?

October 17, 2011

Cant find better lyrics

Diddy-Dirty Money – Coming Home

I’m coming home
I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
tell the World that I’m coming

Back where I belong, yeah I never felt so strong
(I’m back baby)
I feel like there’s nothing that I can’t try
and if you with me put your hands high
(put your hands high)
If you ever lost a light before, this ones for you
and you, the dreams are for you

I hear “The Tears of a Clown”
I hate that song
I feel like they talking to me when it comes on
another day another Dawn
another Keisha, nice to meet ya, get the math I’m gone
what am I ‘posed to do when the club lights come on
its easy to be Puff, its harder to be Sean
what if the twins ask why I aint marry their mom (why, damn!)
how do I respond?
what if my son stares with a face like my own
and says he wants to be like me when he’s grown
sh-t! But I aint finished growing
another night the inevitible prolongs
another day another Dawn
just tell Taneka and Taresha I’ll be better in the morn’
another lie that I carry on
I need to get back to the place I belong

September 23, 2011

Selamat Tinggal

Selamat tinggal daerah beriman dan budiman. Aku titipkan sajak penulis agung sebagai ganti genta hatiku...

KITA INI TETAMU SENJA
( Puisi A. Samad Said - 1955)


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat 





The Confession

Yes I'm glued to Grisham's work again, but obsession is far from true. This time the author brought us to 1998, in the small East Texas city of Sloan, where Travis Boyette abducted, raped and strangled a popular high school cheerleader. He buried her body so that it would never be found, then watched in amazement as police and prosecutors arrested and convicted Donte` Drumm, a local football star, and marched him off to death row.

Now nine years have passed.Travis has just been paroled in Kansas for a different crime; Donte` is four days away from his execution. Travis suffers from an inoperable brain tumor. For the first time in his miserable life, he do what's right and confess. But how can a guilty man convince lawyers, judges, and politicians that they're about to execute an innocent man?

Well, here where Keith character comes in. A pastor, Lutheran minister who happen so compelled to safe Donte's life by assisting Boyette to tell the defence lawyer the whole truth. But they just 24 hours late. It's too late to convince the judge, its too late to stop the execution. And Donte's death is not the end of the story. Its create racial tension to Sloan, especially when Nicole Yarber, the victim's body finally found.

This novel had actually different from Grisham's other works especially n term of pace, it is fast, actually too fast at some point. Its packed with tension until you'll be consumed. God, it's a real masterpiece I must say.

September 8, 2011


Khalid al Walid; Memburu Syahid

Kalaulah ada seorang panglima perang yang tidak pernah terkalah di sepanjang zaman, nama Khalid al Walid adalah nama yang paling layak disebut. Bayangkan, dalam lebih 100 peperangan yang disertai samada sebagai panglima tentera ataupun sebagai askar biasa, beliau tidak pernah tewas. Dan Khalid adalah perancang utama tentera Quraish yang mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Tetapi hidayah Allah menerangi hati Khalid. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Kaabah, di hadapan Latta, 'Uzza dan Hubbal serta pembesar Quraish ketika itu tanpa terdetik sedikit pun rasa gusar. Khalid meninggalkan gelar bangsawan keluarganya dari Bani Makhzum, harta dan kemuliaan ibunya, Lababah demi mengejar kemuliaan sebenar.

Ingatlah kebijaksanaan Khalid dalam Perang Muktah, Yarmuk, Damsyik dan Mesir. Kenanglah bagaimana Khalid memimpin tentera Islam mengalahkan dua kuasa utama dunia ketika itu, Rom dan Parsi. Dan yang paling utama membebaskan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian. Janganlah dilupakan bagaimana Khalid menumpaskan nabi-nabi palsu selepas kewafatan Rasulullah dan bagaimana ketika waktu genting di dalam perang menentang Rom, Khalifah Umar melucutkan jawatan panglima perang kepada tentera biasa. Dan pabila ditanya oleh tentera Islam adakah Khalid tidak berasa terkilan? Maka dijawab oleh Khalid; "Aku berjuang bukan untuk Umar, tetapi aku berjuang untuk Allah."Dan menyerahkan jawatannya kepada Abu Ubaidah bin Jarrah.

Dan selayaknya insan agung sepertinya mendapat pujian daripada Khalifah Abu Bakar sebagaimana katanya: "Tidak ada lagi ibu yang dapat melahirkan anak sebagaimana Khalid. Hanya Khalid yang mendapat gelaran Pedang Allah daripada nabi Muhammad."

Di akhir hayatnya Khalid berkata, "Aku tidak mahu mati di atas katil. Aku mahu mati di medan perang." Bahkan dijawab oleh Abu Zanad, "Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh. Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa nabi dimakbulkan Allah."

Dan Adi bin Hatim berkata," Nama Khalid bin al Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula."


Kalaulah ada Khalid al Walid harini...

August 25, 2011

Kita Belajar Apa Daripada Ramadhan


Kalau dulu2 time dah nak graduate aku pernah terfikir apa yang aku dah belajar sepanjang empat tahun ni. Iyelah, kalau dibandingkan ngan buku teks yang menimbun tu, agak2 sama banyak tak ilmu yang menghuni dada ini. Ah, masakan...masa tu apa yg lebih penting pastinya persiapan nak konvo. Kalau takat aku ni biasa2 ajelah, takdelah nak tempah baju sakan. Lainlah sister2 tuh, sanggup tempah baju glam2 walaupun nantinya pasti ditutup ngan robe yg geloboh tu. Tapi dah lumrah wanita kan...

Macam tu jugaklah kita hari ini. Hari graduasi Ramadhan dah hampir tiba. Tinggal empat lima hari jer lagi. Agak2 adakah kita terfikir apa yg Ramadhan dah ajar kita dan apa yang kita belajar sepanjang madrasah ramadhan ni. Ada orang dapat belajar erti kesabaran, ada orang belajar memaafkan dan ada jugak orang yang tak belajar apa-apa. Sesungguhnya rugilah orang yang merasakan Ramadhan macam hari-hari lain, takde yang special pun. Sebab tu bila Ramadhan hadir, dia takde rasa excited pun. Bahkan lebih teruk kepada yang merasakan bahawa Ramadhan menyusahkan sebab kene puasa, tarawih dan zakat. Serta ternanti2 bila Ramadhan akan berakhir.

Ada orang pulak time2 dekat ngan graduation day ni sibuk ngan preparation yang salah. Sibuk ngan baju apa nak pakai, perhiasan apa nak beli, salon mana nak wat facial, nak wat manicure, pedicure. Ada jugak yang sibuk nak wat juadah apa yg special, berapa banyak duit raya nak beri dan macam2 lagi.

Sedangkan orang yang benar2 graduated with First Class Degree (hons.) ialah mereka yang benar2 cemerlang dalam amal ibadah yang benar2 polished taqwanya. Apa makna taqwa? Sedar dan in control. Orang Sedar dan In Control takkan nak berbelanja berlebihan sampai membazir kan? Takkan nak berhabis beli langsir, karpet atau perabot sedangkan yang sedia ada masih elok kan? Takkan nak tukar cat kereta mahupun rim sukan yang masih ok kan? Ataupun yang lebih sanggup tinggal tarawih semata2 bersesak kat sogo dan jalan TAR cari baju raya dan tudung siti nurhaliza kan? Agak2 kita dapat degree kelas apa ye?

July 18, 2011


Theodore Boone, another Grisham Bestseller

I bet a lot of us love Nancy Drew work, kids with enthusiasm of investigation and crime and such. And Theodore Boone is another version of this. Well, the story is kind of simple and straightforward. Its about Theo, a 13 years old boy who so happen his parents work as lawyer. Theo fond for legal world and make the court as his playground, law books as his comics and court trial as his favorite movie. He is the free legal counsel in the school, a star in his Government class and a good friend to the judge and court officers.

All is perfect until one day he fall in the situation where he knows the real culprit in a murder case. Things become complicated when the only witness refuse to show up and this may let the murderer walk free.

My personal opinion on this 32nd Grisham work is, its a nice before-book to read, since you can make yourself just like Theo, in your nice dream. What a work...Perfect.

July 6, 2011

Tahu ke kita?

Suatu hari di dalam tren komuter kelihatan seorang lelaki bersama tiga orang kanak-kanak baru sahaja memasuki tren. Lelaki tersebut terus duduk setelah mendapatkan kerusi yang kosong. Manakala anak-anak dibiarkan berdiri. Sudah memang perangai kanak-kanak, duduk diam adalah 'kepantangan' bagi mereka. Mulalah budak-budak ini panjat atas seat yang kosong, berebut dan berkelahi. Menjerit dan menangis. Tak cukup dengan itu si abang mula memukul si adik, si adik kejar abang, tersandung kaki penumpang lain, jatuh tertiarap, dan menangis. Yang tengah sibuk membela si adik, kecoh, hingar bingar.

Para penumpang mula berasa tidak selesa. Tren yang pada mulanya sepi bertukar heboh, dah macam padang permainan kat rumah pangsa. Budak-budak ni pulak makin 'naik lemak,' dah berani mengacau dan mengganggu penumpang lain. Ada yang menarik earphone penumpang lainlah, ada yang terpijak kasut penumpang lainlah, dan ada yang berani mengoyak surat khabar. Anehnya si bapa hanya mendiamkan diri. Kelihatannya dia hanyut di dalam perasaannya sendiri. Menegur tidak, jauh sekali memarahi kenakalan anak-anaknya. Bahkan kebanyakan masa dia hanya memejamkan mata seolah-olah tidur. Kekecohan kecil 'ulah' si anak-anak baginya muzik tenang membuai rasa tidurnya.

Encik Ahmad semakin panas hati. Kalau tadi dia boleh bersabar dengan kenakalan budak-budak tu, tapi melihatkan perangai si bapa yang buat 'dekkk' jer mendidihkan hatinya. Akhirnya dia pergi ke kerusi si bapa. "Encik, tolong tegur anak-anak encik. Mereka mengganggu penumpang lain. Kita sama-sama menggunakan kemudahan awam, harap encik hormati penumpang lain," demikian berdiplomasinya Encik Ahmad.

Tiba-tiba si bapa membuka mata, memandang tepat ke wajah Encik Ahmad. Dan lebih menghairankan dia mula menangis. Mula-mula hanya air mata, tapi makin lama sendunya tidak terkawal lagi. Encik Ahmad jadi serba salah. "Encik, saya tak bermaksud...,"

"Maafkan saya. Bukan niat saya biarkan anak-anak saya mengganggu tuan-tuan sekelian. Sebenarnya saya sedang dilanda ujian yang amat berat..."suara si bapa mampu didengar kebanyakan penumpang. Encik Ahmad duduk di bangku berhadapan si bapa, "Cubalah encik ceritakan kepada kami. Mungkin kami dapat membantu." "Isteri saya...maksud saya arwah isteri saya...,"si bapa terhenti di situ. Yang lain sabar menunggu.

"Arwah isteri saya disahkan mengidap ketumbuhan di dalam otak dua bulan lepas. Sebelumnya dia adalah ibu yang penyayang dan periang. Kami sekeluarga hidup amat bahagia. Sehinggalah suatu hari dia terjatuh di bilik air dan tidak sedarkan diri. Saya bawa dia ke hospital dan doktor menahannya di dalam wad sebelum memutuskan bahawa isteri saya mengidap barah. Sejak ditahan di wad, isteri saya menjadi berubah, kebanyakan masa dia mendiamkan diri dan kadang-kadang dia menjadi marah-marah. Disebabkan emosinya yang tidak stabil, doktor menasihatkan agar saya tidak membawa anak-anak melawat ibu mereka. Kerana ditakuti perkara yang tidak diingini akan terjadi."

"Dalam masa dua bulan, hidup kami sekeluarga menjadi sangat berubah. Saya sering menghabiskan masa menemani isteri di hospital. Anak-anak juga berubah kerana lama tidak dapat berjumpa ibu mereka. Mereka mula memberontak dengan tidak mahu makan dan sering bergaduh. Bukan saya tak cuba menerangkan keadaan ibu mereka tetapi sebagai kanak-kanak, apalah yang mereka faham. Mereka memerlukan ibu mereka yang dulunya sentiasa ada di rumah. Dan saya sebagai bapa tentunya tertekan dengan keadaan ini kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa."

"Saya terus merayu kepada doktor agar dibenarkan anak-anak kami melawat ibu mereka. Biarlah cuma sekali, biar terlerai rindu mereka. Biarlah si abang dapat memegang tangan ibunya. Biarlah yang tengah dapat cium pipi ibunya yang dulu dicium setiap kali bangun tidur. Biarlah si adik dapat peluk ibunya macam dulu tiap kali dia menangis. Biarlah mereka dapat buat semua itu, walau cuma untuk sekali, walau untuk terakhir kali. Kerana itu tidak dapat saya lakukan."

"Akhirnya pagi tadi saya dapat panggilan daripada hospital. Doktor benarkan saya bawa anak-anak jumpa ibu mereka. Awal-awal saya beritahu anak-anak. Bukan main gembira mereka dapat berita ini. Mereka mandi dan bersiap-siap dan tak henti-henti cakap nak buat itu dan ini bila jumpa ibu. "

"Bila semua dah siap, saya terima satu lagi panggilan daripada doktor. Doktor kata saya kena cepat ke hospital, sebab isteri saya sudah meninggal dunia. Saya rasakan langit runtuh menimpa kepala saya. Segalanya gelap dan sunyi. Kenapa? Kenapa saya tak sempat menunaikan hajat dan permintaan anak-anak saya? Saya terduduk."

"Anak-anak datang mendapatkan saya. Si abang bertanya,"Siapa call? Mama kan? Mesti Mama gembira kan nak jumpa kitorang semua?". Si tengah menambah,"Papa ada bagitau Mama yang kami semua dah siap mandi dan pakai baju baru sebab tak sabar nak jumpa Mama?". Si adik merengek,"Papa janganlah lambat-lambat. Jomlah kita pergi jumpa Mama. Kalau Papa letih, Adik janji Adik urut kaki Papa balik nanti."

"Tiba-tiba satu semangat seakan ditiup ke dalam diri saya. Apa pun yang berlaku saya harus bawa anak-anak jumpa ibu mereka...biarpun yang akan mereka jumpa nanti hanya jenazahnya..."

Seluruh tren tergamam dan ada yang menitiskan air mata.

Tahukah kita masalah orang lain?

June 15, 2011


Dia Adiwiraku...(catatan sempena hari bapa)

Adiwira adalah superhero. Berapa ramai di kalangan kita yang dengan bangganya mampu mengatakan bahawa bapa kita adalah adiwira kita, kalau bukan untuk orang lain? Kalaulah ditanyakan kepada anak-anak kecil siapakah adiwira mereka, mungkin jawapan seperti Ironman, Transformers atau yang terkini Green Lantern pilihan mereka. Mengapa bukan jawapan berbunyi, ayah, papa atau abah ye?

Salah satu faktor yang mungkin kita boleh sama-sama fikirkan adalah kesemua adiwira-adiwira di atas memaparkan sekurang-kurangnya satu persamaan dari segi karektor, they're the man of action. Cuba kita selidik, Ultraman datang ke tempat raksasa dan terus bertempur. Mana ada Ultraman datang nak borak-borak dulu, mana ada Ultraman bagi syarahan kepada raksasa tentang berbuat baik dan jangan melakukan kemusnahan? Ultraman datang dan terus bertempur bersungguh-sungguh (ye ke?). Begitulah seorang bapa perlu bertindak. Macam mana anak nak iktiraf kita sebagai adiwira kalau lipas lalu depan mata pun kita menjerit. Dahlah suara beso, menjerit mengalahkan anak gajah baru pecah suara, tak ke buruk tu? dahtu bila lipas tu dah berlalu boleh kita cakap, "Aku kalau rimau ke, buaya ke, seladang ke lalu depan aku tak jadi hal, tapi memang pantang kalau lipas...geli..."

Kalau soalan siapakah wirawati anak-anak kita pula, mungkin jawapan seperti Barney, Dora atau Barbie jadi pilihan. Agak2 kenapa ye? Mungkin sebab suara mereka lembut, penuh pujukan dan galakan, atau penampilan mereka kemas, menarik dan menawan? Sedangkan watak yang realitinya ada di hadapan anak-anak adalah seorang perempuan yang garang, asyik marah-marah dan berbedak sejuk berbaju kelawar siang dan malam. Jadi, salahkah anak-anak kita?

Teringat satu cerita pada suatu malam si anak menjerit memanggl ibunya di tingkap rumah tingkat 7 sebuah apartment yang sedang bertugas shift malam di hospital. "Mama, cepatlah balik," laung si anak kuat. Si bapa berasa sayu lantas memanggil anaknya.

Ayah: Adik, adik ingat tak masa kita bercuti dulu, adik jatuh dari kerusi di hotel dan kepala adik luka?
Anak: Ingat
Ayah: Kemudian apa yang berlaku?
Anak: Baba panggil ambulan, kita naik ambulan ke hospital.
Ayah: Dalam ambulan siapa rawat luka adik, siapa lekat plaster?
Anak: Doktor.
Ayah: Sekarang ni ada orang yang berlanggar kereta, ada yang jatuh pokok, ada yang jatuh longkang. Semua orang-orang ni dibawa ke hospital. Dan Mama kena rawat mereka macam doktor rawat adik dulu. Adik kesian kan kalau orang-orang tu takde siapa yang rawat?
Anak: Kesian ayah. Mama kene tolong orang yang sakit, biar cepat sembuh. Mama hebat, adik tak kisah Mama tak ada malam ni, sebab Mama tolong orang.

Moral of the story adalah, kalaulah kita dapat menerangkan kepada anak-anak bahawa apa yang kita lakukan selama ini adalah dengan tujuan "memberi" kepada orang lain dan bukan sekadar kerja untuk "menerima" gaji, anak-anak akan lebih memahami dan tanpa segan silu mengiktiraf bahawa kitalah adiwira dan wirawati hidup mereka. Ke guane?

June 13, 2011


Sekali lagi terkena...

"Tok, Tok...Saya ada benda penting nak cakap dengan Tok,"suara Resat tercungap-cungap. Iyelah, setelah berlari dengan agak kengkang, memanglah amat memenatkan. "Ha, kamu Resat, ada apa yang penting sangat tu," Tok Penghulu tak jadi keluar minum pagi. "Tok, saya ada jumpa dadah," suara Resat antara dengar dan tidak, macam rahsia besar sangat dia nak bagitau Tok Penghulu. "Dadah?!" tinggi suara Tok Penghulu yang sememangnya sedia tinggi itu. "Shhhh, slow sikit Tok. Iye, dadah. Ada dalam poket seluar saya ni ha. Tok ambiklah, tengok," sahut Resat penuh suspen.

"Taknaklah, takut aku. Hmm, nanti aku telifon kawan aku yang jadi polis tu. Benda dadah-dadah ni tak boleh buat main-main." "Mana kamu jumpa dadah ni?"mata Tok Penghulu kejap kecik kejap beso. "Atas bangku kat bus stand Tok. Saya keluarkan bendanya ye Tok," terketar-ketar tangan Resat keluarkan bungkusan berisi serbuk warna putih daripada poket seluarnya. "Memang dadahlah," bisik Tok Rijal, seakan bercakap untuk dirinya sendiri. Dia terus mendail teman baiknya yang bertugas sebagai polis di IPD. "Bang, tolong datang balai saya bang. Ada orang jumpa dadah ni. Saya dah tak tahu nak buat apa ni bang," seakan merayu. "Tok, saya outstation ni. Hmm, nanti saya hantar orang saya," sahut suara di hujung talian. "Cepat ye bang. Err, kalau boleh hantar orang yang boleh dipercayai ye. Bendanya banyak ni...,"

Tak lama lepas tu, sorang polis datang ke balai penghulu. Masa tu dah ada beberapa orang kampung yang berkumpul di balai penghulu. Tapi Tok Penghulu tak benarkan masuk. Semua kena tunggu kat luar, kalau nak tengok pun dari tingkap kaca je. Polis tu terus masuk ke dalam balai penghulu, terus ke meja yang ada beberapa bungkus berisi seakan tepung warna putih. Dia belek-belek bungkusan tu. Then dia tebuk plastik pembalutnya. Diculik sedikit benda seakan tepung tu. Lepas dihidu, dirasa guna hujung lidah. Resat ngan Tok Penghulu ikut semua perbuatan si polis dengan ekor mata yang tidak berkelip.

"Ini sagun Tok...cuba Tok rasa," seru si polis. "Iyelah, ini sagun...,"suara Tok Penghulu lebih kuat lepas dia colek tepung sagun tu ke hujung lidahnya. "Ini semua salah ko la ni Resat. Ntah budak mana tertinggal sagun atas bangku kat bus stand tu terus ko sangka dadah," bera je muka Tok Penghulu. "Awak yang tak kenal dadah pun percaya jer. Sagun disangka dadah..." tawa kuat pecah di balai Penghulu Kuala Langat pagi tu...Habis.

June 1, 2011


Your present is lot more important than your presence...

Baru baru ni adalah menonton filem "Saya Tak Bodoh". Adaptasi dari filem negara jiran, I'm Not Stupid ini ternyata tidak mengecewakan dengan local elements had been blend nicely. Well, ditambah dengan sesi ceramah motivasi pagi hari ini, rasanya sesuai kut kalau kita fikirkan sejenak rutin harian ini saban hari. Bukan apa, kadang-kadang perkara rutin sering menyebabkan kita teralpa dan terlupa matlamat yang lebih besar dalam hidup.

Bila ditanya apakah matlamat kita bekerja, jawapan paling standard ialah untuk mencari rezeki buat memperbaiki kehidupan kita. Kita mahu menyediakan isteri dan anak-anak kemudahan yang paling selesa, termasuklah kenderaan yang tak malu kita pakai semasa hantar anak ke sekolah, atau rumah yang tak malu bila kita jemput mak ayah datang bertandang. Itu paradoks. Makanya kita bekerja kuat, keras dan gigih untuk memenuhi semua keperluan tersebut. Ada yang suami keluar kerja pagi balik malam, sedang isteri keluar kerja malam balik keesokan paginya pulak. Time jumpa pun touch and go jer. Anak-anak ditinggal di rumah. Jumpa pun sekali sekala.

Akibatnya, timbul pelbagai krisis dan masalah. Dan banyak pula wang perlu digunakan untuk merawat masalah itu. Iyelah, masalah anak nakal, masalah suami curang, masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Wang yang kononnya dicari dan dikumpul hasil kerja keras tadi rupanya bukan boleh dinikmati untuk memenuhi cita-cita tapi terpaksa digunakan untuk menyelesaikan masalah baru pula.

Apa kata kalau kita kerja kuat, tapi tunai tanggungjawab kepada keluarga pun buat. Meminjam kata-kata En Fakrul, "Apa pun kena buat bersungguh, bang. Time keje kene bersungguh, time bersukan pun kene bersungguh. Time karok pun bersungguh, time main ngan bini pun kene bersungguh. Hehe..." Betullah tu, sebab di akhir ceritanya nanti anak-anak akan berkata," Your present is lot more important than your presence, atau Kehadiran kita lebih baik daripada hadiah yg kita bawa." Ke guane?

April 26, 2011


Misunderstanding...ke misunderstood?

Alkisah sebuah kisah berlaku tatkala seorang bapa yang hampir menghadap tuhannya telah berpesan kepada dua orang anak kesayangannya berkaitan business. Maka berkatalah sang ayah, "Wahai anakku, dengarlah pesanku ini. Sesungguhnya aku telah menghabiskan seluruh usia hidupku dengan mengendalikan perniagaan. Dan bersaksikan kamu sendiri bahawa perniagaanku itu telah berjaya dengan berkat ridha Allah serta usaha kerasku."

"Kamu berdua juga, wahai anakku, telah menurut jejak langkahku dengan memiliki perniagaan sendiri. Sekarang ini dengarkanlah wasiat dan nasihatku. Moga sahaja Allah mengizinkannya sebelum putus nafasku ini," sambung sang ayah. Si anak berdua menunggu penuh taat, di sisi katil sang ayah. "Andai kamu mahu berjaya anakku, pertama, janganlah kamu menagih-nagih hutang daripada manusia dan yang kedua, janganlah kamu terkena sinar mentari tiap kali kamu hendak membuka dan menutup perniagaanmu," tenang suara sang bapa, setenang wajahnya di pembaringan. Maka pergilah sang ayah selama-lamanya, meninggalkan pesan buat azimat anakanda berdua.

Adapun setelah beberapa lama, perniagaan si abang semakin berkembang maju. Apa sahaja yang diniagakan, mendapat perhatian dan sokongan pelanggan. Perniagaannya semakin dikenali ramai dan sering mendapat pujian. Berlainan pula nasib si adik. Kelihatannya semakin hari perniagaannya semakin malap. Banyak juga keluhan pelanggan yang kedengaran.

Maka sang ibu datang menemui si adik, bertanyakan perihal keadaan perniagaannya. "Wahai anakku, apa terjadi dengan perniagaanmu. Dahulunya ibu lihat ianya berkembang maju, tetapi sekarang, suram dan hilang sambutan?" soal ibu penuh prihatin. "Terima kasih atas perhatianmu ibu, sesungguhnya aku juga tidak tahu. Hanya pesan ayah yang kuturut dan kutiru. Tetapi entah di mana silapku, sampai perniagaanku jadi begitu,"sahut si bongsu. Sambungnya lagi, "Ayah berpesan agar jangan menagih hutang dari penghutang. Maka kuturut dan aku lepaskan yang berhutang, tanpa kutuntut walau sekupang. Tapi ibu, modalku susut hingga ke pinggang, sampaikan sesak dadaku membilang." "Ayahanda juga turut berpesan, jangan tersentuh mukamu sinar mentari tiap hari kau membuka perniagaan. Maka kuturut tanpa soal. Setiap hari aku mengupah beca buat ke perusahaan, walau mampu aku berjalan. Apakah salah dan khilafku wahai ibu, sekadar menunaikan wasiat dan pesan?" Si ibu termenung dan berjanji untuk bertanyakan pendapat si abang.

"Wahai anak, tahniah dan syukur ibu ucapkan. Atas kejayaanmu membesarkan perniagaan. Kulihat sekarang kau semakin maju dan berjaya atas apa yang kau usahakan, hingga namamu menjadi sebutan. Bolehkan kejayaanmu engkau kisahkan, moga sahaja menjadi panduan dan juga tauladan, kepada orang terbanyak, rakan dan taulan," sang ibu memulakan perbualan. "Selamat ke atasmu wahai ibuku. Sesungguhnya puji dan syukur hanya milik Yang Satu. Kerana segalanya dikurniakan kepadaku, kekayaan dan kejayaan mengiringi usahaku. Adapun pesan ayahanda sentiasa menjadi peganganku, wasiat dan usahanya aku tiru, tak pernah sekali aku melulu apatah lagi hendak menipu."

"Adakah kamu berkata akan nasihat yang dua itu wahai anakku?" soal sang ibu. "Benar ibu, nasihat yang itu..."jawab si abang. "Ayahanda berpesan, jangan kamu menagih-nagih kepada yang berhutang padamu. Maka aku membuat keputusan untuk tidak memberi hutang, wahai ibu. Segala urusan kujalankan dengan tunai tanpa menipu, maka terlepaslah aku dari masalah modal yang membelenggu. Kerana sahaja wahai ibu, hutang itu sentiasa memburu, bagi yang menerima dan juga yang berniat membantu. Malamnya resah siangnya malu. Maka aku berkeputusan begitu..."

"Adapun pesan ayahanda yang kedua. Aku membuka perniagaanku sebelum cahaya dan menutupnya setelah hilang cahaya. Maka panjanglah masa aku bekerja. Para pelanggan berasa suka kerana mudah mendapatkan keperluan mereka. Dapat juga kutangani persaingan niaga, kerana siapa sangka lagi menduga, kecemasan dan kesulitan sentiasa membelit manusia, kita peniaga harus pandai merebut peluang yang terbuka," panjang jawapan anak sulungnya.

Demikianlah wahai pembaca. Tiap dari kita berlainan fahamannya. Walau mendengar satu nasihat yang sama. Sekarang terpulang kepada semua, baca sekadar buang masa atau ambil iktibarnya...