Haa, yang ni plak sesi pengucapan awam Bahasa Malaysia.
Budaya hedonism
Kemunculan pelbagai bentuk hiburan berbentuk reality (reality show) seakan menjadi trend mutakhir ini. Sebut sahaja Akademi Fantasia, nama-nama seperti Zahid, Kaer, Mas dan Linda pasti muncul di benak anak-anak muda. Apa yang pasti mereka lebih mudah menghafal nama artis dan selebriti ini daripada menghafal formula-formula sains dan matematik. Budaya bersenang-senang dan bermalas-malas termasulah bermewah-mewah atau hedonism ini kelihatannya mula merasuk minda dan diari generasi pelapis Negara. Persoalannya, adakah ianya sesuatu yang sihat?
Dilihat dari satu sudut, mungkin budaya ini mampu mencetus kreativiti dan seterusnya mencungkil bakat anak-anak kita. Lihat sahaja betapa payahnya mereka yang dipanggil “pelajar AF” ini belajar vocal, tarian, drama dan persembahan. Tetapi malangnya apa yang dilihat oleh remaja kita hanyalah glamor dan polulariti. Sehinggakan ada yang sanggup mengabaikan pelajaran demi mengejar cita-cita yang belum pasti. Belum lagi dikira berapa banyak RM yang dibelanjakan untuk mengundi artis kesayangan melalui system pesanan ringkas (SMS). Apa yang lebih membimbangkan ialah, kita takut remaja ini terlalu berseronok dan leka sehingga terikut-ikut budaya idola mereka yang telah rosak dan bobrok akhlaknya. Mana perginya adat ketimuran, mana hilangnya nilai keagamaan.
Seharusnya ibu bapa lebih sedar apa yang lebih baik untuk anak mereka. Kukuhkan pegangan terhadap system nilai (value). Kayu pengukur kita pastinya berbeda dari Barat. “Adat dikelek, Agama dijunjung” seharusnya menjadi asas didikan. Semua pihak seharusnya bahkan sewajibnya berganding bahu menuntun generasi muda ini kembali kepada nilai dan adat ketimuran agar menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang, terbilang.
Akhir kata, marilah kita renung pantun Melayu;
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.