Apa yang penting? Bersyukur…
Suatu hari Tuan Ushin Lomb berjalan jalan di tepian pantai. Iyelah, orang kaya mcm dia mmg susah nak pergi bercuti, lagi2 kalau dapat lepaskan diri daripada dua orang isterinya yang asyik bercakaran itu. Akhirnya, harini ni, lepas dia berpakat ngan sekretarinya, dapat gak dia sampai ke Tioman. Berjalan di pasir basah tanpa tujuan, akhirnya Tuan Ushin sampai ke tempat berbatu2 besar.
“Memancing pakcik?” tuan Ushin berbasa basi. “Ye nak, dah nak balik pun…,” si tua berkemas2 mahu pulang. Alah, takde mendenya pun nak dikemaskan. Tuan Ushin nampak dua ekor ikan di kajang si tua. “Kenapa pakcik tak memancing lagi? Tu baru dua ekor jer…,” Ushin mmg tak puas ati. “Cukuplah ni nak, pakcik memancing untuk makan dengan isteri pakcik aje. Ini pun dah bersyukur sangat ni,” pakcik tu dah bangun untuk beredar.
“Pakcik, kenapa tidak pakcik duduk lama sikit, buleh dpt ikan lebih. Sikit pakcik makan, yg selebihnya pakcik jual. Duit tu pulak pakcik beli jaring, boleh dpt lebih byk ikan, keje pakcik pun senang,” sebagai businessman Ushin mmg terel part2 mencipta peluang. Tapi pakcik tu tak berapa setuju dgn saran Ushin. “Dahtu?” pendek jer dia tanya. “Kalau pakcik dah ada duit lebih lagi, pakcik boleh beli sampan, jadi nelayan pesisir, dahtu ada duit lebih lagi boleh beli bot, boleh upah awak2, pakai jaring lebih besar, jadi nelayan laut dalam. Masa tu, pakcik dah kaya raya,” Ushin bercerita penuh semangat. Kadang2 dia lupa air liurnya menyembur2 keluar.