October 6, 2009


'Ibrah Dari Bencana


Di suatu pagi dalam sebuah pejabat, topik gempa bumi di Padang, Sumbar:


  • Jep: "Eh, semalam ko rasa tak gegaran gempa? Seumur idup aku tak penah rasa gempa. Teringin plak nak rasa," Jep sengih-sengih.

  • Yana: "Apelah Malaysia ni, baik sangat. Dah orang Indon tu nak sapu Malaysialah, buluh runcinglah, tarian pendetlah, masih nak bagi sumbangan kat dorang. Dahtu pesawat kita yang hantar bantuan pun dibaling batu. Kalau sayalah, saya suruh pilot tu patah balik Malaysia," muncung2 mulut Yana.

  • Degis yg degil:"Ko jgn mcm tu Yana. Mungkin Indon yg anti Malaysia tu kena hasut ke, salah info ke. Ko maafkan ajelah. Diorgkan jiran kita, saudara kita. Sekarang ni diorg susah kita bantu, sok2 kita susah dorg jugak yg bantu..." Ct cuba nak ulang ceramah cikgu tatarakyat sekolah rendahnya, eh, ke pendidikan moral?

  • Anon: "Apelah korang bising2 pasal orang indon tu. Bukannya kena kat kita pun, jauh. Lebih baik buat kerja kita. Pikirlah camne nak survive lepas raya ni..." positiflah tu kunun.


Begitulah agaknya sesi morning prayer (bukan mourning prayer ke?) kite kat Malaysia ni sekarang. Bencana, tak kiralah gempa bumi ke, ribut parma ke, ribut ketsana ke, tsunami ke, semuanya kita anggap benda yg menyusahkan. Ada plak yg menganggap itu amaran Allah, kalau tak kemurkaan-Nya. Ada plak yang mengada2 kata, bencana tu kena kat org lain, bukan dirinya. So, paling2 pun kita hulur singgit dua kira dah lepaslah tanggungjawab sosial kita.


Pagi tadi sambil drive, penulis ade dengar ceramah ust Zawawi kat IKIM.fm. Appara, org lain sibuk melayan Hits atau Mix, dia lebih suka dgr ceramah kat Ikim dan motivasi kat Selangor.fm. Gini ceritanya. Ada ayat Quran menyebut, sesungguhnya bagi orang yang beriman itu apabila disebut kalimah Allah, maka bergetarlah hatinya. Jadi penulis cubalah kaitkan dengan ayat Quran pasal bencana alam ni, dan bencana paling dahsyat semestinya bila tiba hari kiamat. Cuba tengok surah al-zalzalah,


  1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

  2. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

  3. Dan manusia bertanya: `Mengapa bumi (jadi begini)?

  4. Pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

  5. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya.

  6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

  7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.

  8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

I can't help myself but to ponder, bukankah kita patut mengambil iktibar daripada peristiwa bencana ini. Bukankah ada mangsa yang terselamat yang menceritakan peristiwa yang hampir sama? Ah, makhluk bernama manusia ini sangat degil rupanya. Kalau dah ditulis di dalam Quran pun tak dibaca. Kalau dibaca pun tak faham. Kalau dah faham pun tak buat. Kalau buat pun tak sempurna. Jadinya tak payah buatlah ye? ko jawablah sendiri time zalzalah betul2 berlaku ye....


"Ooo, jadi marilah kita semua ambik hibrah dari peristiwa ni ye..." Ucin menyampuk penuh diplomasi. "Bukan hibrahlah, hibrah tu dakwat. 'Ibrah, pengajaran," jawab Mat Lim sambil menepuk dahi kawan karibnya itu.