July 14, 2010


Retak (takdenye kene mengena ngan lagu ella ek...)

Alkisah terjadinya cerita di sebuah kampung yang masih lagi belum mempunyai sistem bekalan air paip seperti sekarang ini. Seorang kuli ditugaskan mengangkut air dari sungai ke rumah majikannya menggunakan dua buah tempayan yang digantung di hujung2 kayu dan dikandar di atas bahunya. Adapun salah sebuah tempayan tersebut telah retak dek kerana telah lama digunakan. Oleh kerana keretakan yang berlaku pada tempayan tersebut, biasanya setiap kali sampai ke rumah majikan, air yang tinggal hanyalah separuh bahagian sahaja. Selalu sahaja tempayan si retak ini berasa sedih dan malu di atas kekurangannya.

Suatu hari selepas dua tahun (mak ai, YB kat tempat tu tak keje ke?), si retak telah menyuarakan keluhan hatinya kepada si kuli tadi. Begini katanya,"Alangkah sedihnya aku melihat kamu bekerja keras mengangkut air saban hari. Akan tetapi, disebabkan kecacatanku, air yang kau angkut hanya sampai 1 1/2 tempayan sahaja. Kenapa tidak saja kau ganti diriku ini dengan tempayan yang baru, seperti tempayan yang satu itu?" "Oh itu, janganlah kamu bersedih wahai si retak, esok, sepanjang perjalanan pulang, kau lihatlah bunga2 yang cantik di sebelah laluanmu. Semoga saja kamu merasa terhibur," jawab si kuli. Benar, keesokannya si retak mendapati sepanjang laluan pulang ke rumah majikannya terdapat pelbagai bunga yang indah2. Terhibur jugalah sedikit hati si retak.

Akan tetapi, setibanya ke rumah majikan, hatinya kembali kesal kerana air yang ditakungnya cuma tinggal separuh. Si kuli lantas berkata, "Retak, janganlah kamu berdukacita. Sebenarnya aku telah maklum akan hal keadaanmu sejak awal lagi. Untuk itu, aku tanamkan benih bunga2 itu di sepanjang laluan kita. Tiap hari, air yang tumpah ke tanah itulah yang menyirami bunga2 tersebut. Nah, bunga2 itulah yang kupetik buat menghias rumah majikan kita. Aku tahu kekuranganmu berbanding tempayan lain, tetapi aku melihat kekuranganmu sebagai kelebihan untuk berbakti secara yang lain. Aku tidak pernah menyesal menggandarmu tiap hari kerana aku tahu, kamu tetap berbakti secara yang lain."

Si retak sangat gembira. Sekarang dia tahu bahawa tuhan pastilah tidak mencipta sesuatu itu secara sia2, kerana sesuatu kelemahan itu pasti akan menjadi kelebihan jika kita pandai mensyukuri dan memperbaikinya.

p/s: kan aku dah kata takde kene mengena ngan lagu ella de...