January 6, 2009

Ini Betul2 Kejadian

Hari itu

Pagi itu En Shuqal call aku. “Jak, assembly pagi ni sape nak bg renungan pagi?”, kalut jer suara dier. “Aku dah bgtau boss PLB get ready smlm. Dia otw kut,” aku wat2 kondifen walaupon gambra gak mengenangkan track record ketibaan boss aku tuh. “Ko get ready jer ape2 citer ek. Manelah tau boss ko tuh lewat ke. Lagi satu, ko citer yg best2 tau, Big Boss tgh hangin ni,” suare en Shuqal makin berbisik penuh konspirasi. Dalam ati aku, lantaklah, smlm aku dah warning sama boss pg ni ada assembly, dtg awal, bg renungan pagi. Tapi ada sikit cuak gak, pasal, dibuatnye dier btl2 lewat ker, x pon dier terus x dtg, kan ke aku gak yg kene ke dpn nanti. Ape aku nak kelentong khalayak nanti.







Ketatnye muka boss



Jam dah dkt kul 8. Big Boss tuwon ngan muka masam. Series giler sbb time Ucin kesayangan dier hulur salam pon dia sambut selembe. Shuqal menikus kat blkg Big Bossnye. Acara dimulakan oleh MC, bukan MC Hammer gelap tuh, Tok Penghulu Kananlah. Manelah boss aku sorang nih x sampe2 lg. Nyanyi lagu Negaraku ngan Negeri Selangor dah abis, doa dah, skang tgh ikrar perkhidmatan. Time nilah aku rase nak sgt tgk muka boss aku muncul. Aku bygkan dia ngan sengih kucingnye (sbb dia bela kucing comel 3 ekor) ke rostrum dan memulakan renungan paginye dan aku buleh ngumpat ngan Najib kat belakang. Tapi tu sumer hanya aku punya wild imagination.

“Sekarang, majlis mempersilakan wakil bahagian PLB untuk menyampaikan renungan pagi,” announce Tok Hakim, tersengih2. Dia tak tau muka Big Boss ketat bak nangka dibalut baju buruk. “Apelah, petaka pg ni. Ni mesti ade budak PLB x sempat mandi pagi yg menyebabkan nasib buruk hinggap kat aku,” hatiku menyumpah. Aku pon wat2 kondifen ke depan.

“Assalamualaikum,” suare kontrolku hinggap kat copong. Tak berani aku toleh kat muka Big Boss. “Pagi ni saya bangun pagi sambil tanya kat diri saya, adakah saya gembira ataupun marah. Sebenarnya tuan-tuan, kita nak gembira ke, kita nak marah ke, semuanye terpulang kat kita. Dunia boleh berpakat untuk buat kita marah tapi cuma kita yg boleh pilih untuk jadi gembira,” benti jap telan air liur. Nampak muka ketat Big Boss longgar sket.

“Orang marah ni tuan-tuan, ada dua sebab. Pertama, dia fikir dia aje yg betul dlm dunia nih. Kalau tak caye, try tgk org tgh marah. Ce try lawan ckp dia. Mesti dia kata kalau tak kita salah, dia yg betul. Eh, samalah tu kan?” khalayak tergelak. Gelak, gelak, ko tak tau Big Boss korang tgh hangin tuh. “Cakaplah ape je, mesti dia kata kita tetap salah,” aku sambung lagi. “Kedua, orang yg tgh marah ni dia rase dialah yg paling penting dlm dunia ni. Dia fikir, kalau xde dia maka dunia ni xkan berputar. Semuanye berhenti dan kiamat berlaku. Tak caye, try tanye org tgh marah, mesti dia kata dialah yg buat semua kerja. Kalau xde dia, huru haralah dunia nih,” makin best berceramah nampaknye. Mak Anje terangguk2 konon setuju.




“Katalah sorang cleaner ni tgh mrh, dia akan kata: Kalu saya tarak cuci ini tandas, satu hari pun, ini opis tarak boleh operate tau. Apa lu ingat main2 ka? Tandas busuk belakang, pejabat punya nama pun busuk tau. Ha, itu baru cleaner marah, kalau Big Boss marah?” sengaja aku gantung soalan tu x bertali. Kak Jun dan byk lg mata terus beralih ke Big Boss.

Nah, ko tgklah sendiri sengih kucing boss aku tu...


“Jadi, kalau kita nak marah org, ikutlah adab2nye. Pertama, kalau rasa nak marah, ingatkan kebaikan orang tu pada kita. Mungkinlah sepanjang setahun kita kenal dia baru sekali ni dia wat kita marah. Jadi, takkanlah kita nak marah dia cam musuh forever kita kan? Kedua, kalau kita nak marah, timbang dengan kesalahan yg dilakukan. Kalau salahnye satu dua perkara, marah yang satu dua perkara jr tuh. Jangan lak dikait2 ngan bende lain yg xde kene mengena ngan benda yg wat kita marah masa tu. Ketiga, kalaulah degree marah kita sampai takat 100 darjah, marah jer 50 darjah. Kalau nak marah sejam, kurangkan jadi ½ jam. Kurangkan cakap bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata…” baru aku berani pandang muka Big Boss.

Berbalik kepada pilihan untuk kita jadi gembira atau marah harini, kita takde kudrat nak mengubah alam dan dunia ini untuk jadi sangat membahagiakan buat kita, mustahil. Tapi kita boleh ubah hati kita sendiri untuk jadi gembira kan? Tak susah pun,” aku yakin boss dah kurang temperaturenye.

“Tapi kita tak boleh dapatkan semua yg kita mahu kat dunia nih. Contohnye org sehensem Big Boss ni bkn semua org boleh dpt kan, cuma Puan Aida je sorang, setakat ni lah. Orang sebaik dan sesabar Big Boss ni bukan semua pejabat daerah buleh dpt, cuma Pejabat Daerah Kuala Selangor je yg buleh dpt, tuan-tuan”, baik punye jekkkk. Khalayak bertepuk dan bersorak. “Jadi tuan, jangan marah2 tau, nanti kena jual,” sengaja aku lit the last spark sblm mengundur diri.


Big Boss tergelak besar sambil ke depan mencapai copong. Tanganku digenggam erat. “Saya tak tau ape nak cakap. Tadi saya mmg tgh marah betul tp bile dgr renungan pagi harini semua dah hilang ntah ke mana,” muka Big Boss merah menahan tawa. “Dah x marah ye boss?” aku masih cuba menduga. “Dah hilang dah…,” panjang tawa boss. Teringat kat sudin dlm scene Seniman Bujang Lapok.
Big boss tgk kenen aku kat Dato' Fatah, "Leh bagi PJK nih." X heran!