March 4, 2010


Bukan Milik Kita...


Alkisah sebermula kisah di sebuah desa nun di negeri di bawah bayu sana, tinggallah seorang tua bersama anak2nya yang rumahnya hanyalah sepelaung daripada sebuah masjid. Adapun penduduk sekitar masjid dan desa tersebut semuanya telah memeluk agama Islam, termasuklah anak2 orang tua tersebut, melainkan dia sahaja.


Dan dikisahkan pula, si tua tersebut tersangatlah bencinya kepada agama Islam serta ummatnya. Perseteruan itu bukan sahaja dizahirkan dalam bentuk kata2, bahkan perilaku jua. Sudahlah si tua tersebut suka mencaci dan menghina siapa sahaja yang hadir ke masjid, dia juga selalu mengotorkan rumah suci umat Islam. Bukan sekali dua dia tertangkap ketika meletakkan najis biba dan hanjeng kat mihrab tempat imam sujud. Telah berkali2 juga pak imam dan jemaah serta orang kampung menegah dan menasihatinya, tetapi perasaan bencinya kepada Islam sangat menebal. Nasihat ahli keluarganya juga tidak diendahkan.


Maka berlarutanlah perbuatan huduh si tua tersebut dan penduduk desa mengambil sikap bersabar terhadap karenahnya. Dalam diam, mereka berdoa dia akan berubah suatu hari nanti. Pada suatu pagi, ketika tiada orang berada di masjid, si tua pergi ke masjid. Di tangannya ada sebilah parang. Kelibatnya terlihat oleh pak imam, lantas diturutnya sehingga ke dalam masjid. Si tua mundar mandir di kawasan mihrab. Selang beberapa ketika pak imam memberanikan diri menghampiri si tua seraya berkata,"Untuk apa kamu datang ke mari bersama parang itu?" gerun jugak dia melihat parang berkilat di tangan si tua. "Pak Imam, apakah katamu sekiranya aku mahu memeluk Islam?" kata2 si tua mengejutkan imam. "Benarkah kata2 ini? Kiranya benar, maka aku sangat bersyukur kepada Allah. Tetapi ketepikan dahulu parangmu itu," terel jugak pak imam ni. "Oh, parang ini...maafkan aku pak imam. Tadi aku baru sahaja selesai menebas semak di belakang rumah," jawabnya tersengih2. Dan pada pagi itu, pak tua telah memeluk agama Islam dengan disaksikan beberapa orang penduduk.
Selesai upucara ringkas pengislamannya, pak tua pulang ke rumah. Beberapa orang jemaah masjid memuji2 Allah di atas hidayah yang diturunkan kepada pak tua. Ada juga yang telah bercadang untuk membuat kenduri kesyukuran pada malam itu juga. Tiba2 terlihat anak kepada pak tua berlari2 mendapatkan pak imam. Wajahnya pucat sukar dimengertikan. "Pak imam, ayah baru sahaja meninggal..." suara si anak antara kedengaran. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun...Para jemaah seakan serentak berkata, rupanya hidayah bukanlah milik kita, nyawa juga bukan milik kita, dan kesudahan hidup kita juga bukanlah milik kita...