"Sebenarnya, ibu serahkan Mira kepada mak bukan sbb ibu tak sayang Mira. Jauh sekali nak Mira hidup susah. Waktu ibu melahirkan Mira, ibu sakit lebih enam bulan. Maklah yang menjaga Mira waktu tu. Mak sayang sangat pada Mira sbb mak tak pernah ada anak normal. Mak jaga Mira, tatang Mira, sayang Mira lebih drp anak2 mak sendiri. Bila ibu dah sedikit kuat, ibu kasihan nak pisahkan mak dengan Mira. Ibu nak mak gembira, gembira mempunyai anak yang macam anak orang lain. Ibu harap Mira dapat melapangkan hati mak, melegakan penat mak, mendinginkan resah mak. Mira tahu, setiap kali Mira pergi mengambil hadiah kecemerlangan, mak sanggup tinggalkan abang dan kakak pada ibu, demi meraikan kejayaan Mira. Mira kan tahu mak sangat berat tinggalkan mereka pada org lain. Lihatlah baju2 Mira, banyak yg cantik2, tp abang dan kakak, yang itu, itulah juga. Mira dapat pergi sekolah, dapat belajar, dapat jadi pandai, tapi abang kakak?"
"Ibu yakin Mira mampu gembirakan mak, mampu bawa keceriaan dalam hidup mak. Bukan semua mak harapkan kepada Mira, bukan semua mak bebankan kpd Mira. Cuma sesekali je mak mintak tolong Mira," pujukan ibu betul2 memadam api amarahku. "Mira sayang, ibu dah merasa membesarkan 7 orang anak yg sempurna, besar sangatkah harapan mak nak merasa jaga seorang? Lagipun, ibu dapat tgk Mira membesar depan mata ibu," api amarah yang padam cuma tinggal asap, dan semakin menipis kini.
"Tapi bu, Mira tersiksa hidup di situ. Mira tak sempat berkawan, Mira tak sempat bermain. Selain sekolah, Mira cuma kenal Along, Akak, Alang...masak nasi, bersihkan najis, mandikan orang. Mila penat bu, penat..." saya masih mampu membela diri, cuma semakin lemah. "Mira, jangan besar2kan perkara kecil, ibu tahu mak mintak tolong sekali sekala jer. Itupun Mira buat tak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, belum lagi lempang dan cubit Mira pada abang dan kakak," ibu mengingatkan. Aku malu.
Balik rumah mak, saya terus masuk bilik. Rasa bersalah, malu, semua bercampur baur. Saya humban badan atas katil. Wajah ibu, mak, abah, abang dan kakak silih berganti di kotak fikiran. Air mata yang bersisa sudah susah nak dibezakan, air mata marah ke, air mata sedih ke, atau air mata insaf. Mak ketuk pintu perlahan. Saya buat2 tidur. Mak masuk dan duduk sebelah saya. Sambil usap rambut saya, mak cakap,"Kesian anak mak ni, mesti letih jaga abang dan kakak. Mak mintak maaf sbb susahkan Mira. Bukan niat mak nak buat Mira susah harini, dan sebelum2nya, tapi mak terpaksa. Mak tahu Mira terlalu muda untuk tanggung semua ini...," suara mak antara dengar dan tak. Mahu saja saya buka mata di kala itu. Tiba2 air mata mak jatuh. Mula2 setitis, kemudian makin banyak. Jatuh atas pipi saya. "Mak tahu Mira tak bahagia tinggal dengan mak. Mira kena buat banyak benda yg org lain x buat. Tapi percayalah, Miralah sumber kebahagiaan mak, Miralah cahaya harapan hidup mak. Tanpa Mirah mak tak kuat, sayang," air mata mak makin laju. Saya buka mata dan terus peluk mak. Maka drama air mata pun berlakulah antara dua insan ini.
Mulai saat itu, saya tekadkan hati, bulatkan semangat untuk berbakti kepada mak. Buruk buruk mak, dialah yang menjaga Mira. Miskin miskin mak, seingat Mira, dia tak pernah kebulur di rumah itu. Maklah yang mendidik dan membelai Mira dari kecil. Dan memang sepatutnya Mira sayang orang yang mak sayang. Mira mesti menjaga abang dan kakak.
Sekali lagi bersambung daa...