January 16, 2009
Budak Sontoloyo
3 tahap bahagia, anda di mana?
Episod Terbatal Wudhu'
Pagi yang gelap kini sudah terang
En Muslim @ Wak Gorkong according to Najib (sekadar hiasan)
Tunggulah ko wahai Honda City i-vtec, masanya akan tiba...
Then aku masuk balik pejabat dia tanya kete aku dah siap lom. budak kaunter yg iras2 Mejar Hisham tuh kate lambat lagi. ape aku nak buat ek? ape lagi, ushar accordlah plak. Sharon...bile masenye i dpt test drive Accord ek? "Buleh, I ambik kunci ye," dia jawab. Huh, besor hati aku sebeso lobang hidungku. Cheh, sengaja lambat2 masuk kete tuh. Aku ingat org lain pandang aku mesti menyampah kan? Maka tercatatlah dalam hidupku memandu kete Honda Accord 2.4, walaupon yang ada sticker 'test drive car'. Hish, apelah diorg x cabut jer sticker tuh, then bagi aku test drive sebulan ker, bagi voucher petrol barang RM500 ker. Rase drive kete tuh? "Manthop" no wonder Mr Kiroro nak sambar sampai dua bijik.
Apelah Acmar nih, ce klepet sticker test drive car tu then bg aku try barang sebulan dua, barulah aku consider nak beli ke tak...
"Terima kasih kepada en Najib yg sedang berduduk dgn megahnya...," ucap si Kerls. "Pundek ko gelak ye Sin," Najib menyesal menceritakan insiden itu kpd Husin.
"Memule kite tanam pokok, then tgk org potong pokok, dahtu diorg akan bg pokok," Tok Hakim menyusun strategi. "Pokoknya, kita harus makan duluan dong."
"Aku heranlah, nape gambo aku x penahnye masuk dlm blog aku sendri? Asyik gambo org lain jer, kan?"
"Haa, yg ni mmg patut dipundekkan dan dikemakkan sbb kuat makan, kuat ngutuk, kuat ngelat, kuat klepet dan yg sewaktu dgnnya," "Tapi, nape kabur gambonye?" "Kan dia mmg kemak."
Hoh
Hoh, setelah tiga hari kena pi ke kursus dan x dpt menatap blog kesayanganku ini, terasalah kerinduan bak cipan terhadap PC bobrokku ini (xde bermaksud cenggitu pon). Kursus ape? Kursus ESQ 165. ESQ? mende tuh? Alah, adik beradik ngan IQ, EQ dan SQ. Tapi yang nih Emotional Spiritual Quotient. Hak 165 tuh pebende? Haa..ni yg aku nak habaq mai kat korang suma. Tapi mcm biase, kenalah ceriter experience sblm dan slps hadir kursus kan, barulah ade penambah rase dan perise.
Sebermula kisah hikayat pabila Sang Rajunatapa (harus diingat, bukanlah si Tapa dispatch bapak Shida tu ye) telah dihubungi oleh sang Kembang Stinky @ kak bus untuk menghadiri ini seminar. Arakian telah merisiklah Sang Rajunatapa gerangan siapakah yg bakal menyertai rombongannya ke dewan Jubli yg indah lagi gemilang itu. Maka termaktublah dalam sejarah, Sang Rajunatapa terpakse berkursus bersama sang Bulu di perut (ape2lah korang nak teka) dan sang Garfield si kucing psycho.
Hari pertama dimulai dgn proses pendaftaran yg agak memakan masa dan memakan nasi lemak oleh para peserta yg kelahab kemain dari seantero negri terchenta ini. Demi terlihat akan nama teman hamba si Akmal al farid di borang pendaftaran, maka hamba teruslah me’sms’ beliau. Ada geng. Then diperlihatkanlah hamba ini akan kelibat tuan al Muluk yg petah bermadah hanya yg muluk2 itu sahaja bersama en Yasin daripada daerah kuala langat. Maka bertambahlah korum kami ini dengan kehadiran en Saipol, en Fad dan akhir sekali en Midi si psut itu. Kunun, berkumpullah kami ini sekalian ADO2 ini di dalam satu barisan yg cun pada mulanya. Bermulalah kisah dgn perintah mencari kawan sebyk2nye oleh sang pengendali dan pengendala kursus dan disebutkan bersama akan ada hadiah bagi yg terbanyak tersenarai dalam kartunya. Dari kalangan kami, en Midi si adik tuhlah yg beriya mengumpul nama orang2 yg entah siapa-siapa itu. Tapi akhirnya dia pon xdelah memenangi sebarang ganjaran hatta seketul boneka bernama Mr Zero tuh.
Lampu dipadam dan pendingin hawa diloweredkan temperaturenye guna untuk menambah suasana dramatik (alah, mcm kat dlm pawagam tuh, mane best tgk wayang kat terang2 lagi panas kan?) dan inilah method (metode seperti sebutan pengendali kursus yg dari seberang itiew) yang digunakan sepanjang kursus. Dengan menggunakan teknik experience learning and spiritual journey, para peserta dibawa melihat ke dalam diri sendiri untuk mencari jawapan bagi tiga soalan besar. Siapa Tuhan?, Mengapa kita diciptakan? Dan ke mana kita akan pergi selepas mati?
Ketiga2 soalan ini pasti akan ditanyakan oleh semua insan baik yg muslim mahupun bkn. Dan pabila soalan2 ini tidak dpt terjwbkan secara tuntas, maka berlakulah keributan dalam jiwa, pergolakan mandiri dan ketidakseimbangan emosi.
Seterusnya khalayak dibawa mengenderain kenderaan merentas masa bagaimana manusia berusaha mencari kebenaran mengenai jiwa melalui alam semesta. Berabad lamanya manusia mencari jawaban bagi teori kejadian alam dan keberadaan tuhan. Tercetuslah teori big bang dan sebagainya dan pengendali kursus dapat menjawabnya menerusi ayat2 Quran yg hanya dapat difahami setelah 1400 tahun. Betapa teori big bang dan teori bahawa semesta ini hanya ibarat sekecil bola golf yg sgt berat dan panas akhirnya meletus dengan kuasa yg maha kuat dan menghasilkan partikel yg seni lantas ditarik oleh graviti membentuk planet, seterusnya sistem solar, galaksi dan andromeda ini. (Agaknya dari perumpamaan bola golf ini menjadikan para santri si 3 Abdol akhirnya mengambil keputusan melarikan diri bermain golf time kursus berjalan ek).
Seterusnya khalayak dipertontonkan mengenai kesesuaian peredaran semesta mengikut sunnatullah (iaitu berputar lawan arah jam-anti clockwise) sebagai tanda mereka berzikir kepada Allah. Begitulah jua perintah towaf yang bergerak menyonsong arah putarnya jam. Juga dipertontonkan kejadian manusia yang sangat kompleks menunjukkan kesempurnaan perancanaan Allah mengatur jagat raya ini.
Sehingga akhirnya, manusia yang terlalaikan oleh kesibukan dunia menemui titik mulanya segala persoalan agung mengenai pencipta dan penciptaannya dalam diri mereka sendiri dan harus merencana segala tindakan berdasarkan wawasan yang jauh iaitu darulakhiroh. Dalam proses ini, khalayak diajak melihat segala kekangan dan halangan serta meruntuh, menabrak dan menobrosnya berupa sifat mazmumah dalam diri sendiri, nafsu serakah dan godaan setan. Setelah ini merancang segala action berdasarkan petunjuk daripada rukun Islam yang lima. Sedangkan proses mengenal diri, sesungguh benar kalimat nabi Awwaluddin ma’rifatullah, melalui rukun iman yang enam. Hasilnya segala gerak kerja serta kerja buat kita tak lain hanyalah terkendali oleh gerak dan suara hati yang dikenal ihsan. Maka lengkaplah ESQ165, kan.
Bagi Sang Rajunatapa, kursus gelap terang ini lebih menjurus kepada kesinambungan mengisi tujuan hidup kita manusia selepas kita memenuhinya melalui IQ dan EQ. Segala aktiviti menjurus kepada mendapatkan kesan yg lebih ‘umph’ lewat pancaindera yang lima iaitu deria lihat, dengar, rasa dan sentuh. Sedang sound system yg menggegar lebih berupa menggugah semangat dan suara hati khalayak. Pun tayangan multimedia yg canggih menjurus menggugah IQ yg sekian lama menimbang segala gerak lewat rasional yang tangguh dan lumayan. Nah, sekarang tibalah masanya mengaplikasi melalui daya dan derap aktivitas seharian.
Beberapa komen peserta dpt dikumpul oleh Sang Rajunatapa seperti berikut;
Midi: “Aku kena wat paper utk Dato’ Hasanlah.”
Muluk: “Aku ingat ini sumer ritual. Tang ayat Quran yg tunjuk kejadian alam mmg best. Tapi tang duduk dlm gelap tuh acapkali sgt, mcm ritual.”
Akmal: “Bahu aku basah ngan air mata Muluk. Ke air liur ko Muluk? Patutlah bau palat.”
Saipol: “Aku ingat diorang nak wat cam kiamullail mcm zaman sekolah dululah. John, ko bawak set tak? Smlm tak abis kan?”
Yasin: “Bang, smlm diorg abis kul 7.30 mlm, janji 5.30.” (padehal diorg ptg smlm gi main golf, mane tau abis kursus jam brape)
Fad: “Punyelah best aku tido ptg smlm, sampai sengal bahu aku. Tulah, sape suwoh tutup lampu?”
Nota kaki: sila baca ikut slanga Indon sbb pengendalinya dari Indon, pak.