January 16, 2009

3 tahap bahagia, anda di mana?


Dlm kelas time aku sekolah rendah dulu ade budak nama Bahagia, selalu gak dia kene ejek ngan tag line syarikat Singer, "Singer, menawan keluarga bahagia". Tapi entry nih xdelah kene mengene ngan budak tuh mahupon iklan singer. Ini pasal Kebahagiaan.


Kebahagiaan itu terbahagi kepada tiga tahap. Pertama ialah kebahagiaan fizikal. Kebahagiaan fizikal ini ialah apabila seseorang itu mendapat hadiah berbentuk material. Kebanyakan manusia akan berasa gembira bila dianugerahi dengan pemberian berbentuk materi ini. Dan itulah yang dikejar oleh kebanyakan orang dalam hidupnya. Try tgk contoh kat isteri2 pabila sang suami memberi hadiah berupa emas permata. Wah, lebar senyumnya, manja suaranya, terkadang merembes air matanya dek kesukaan. Tapi barang2 ini akan hapus, akan buruk dan bobrok, akan rosak dan akhirnya bertukar tangan. Lalu apakah ini kebahagiaan yang kita mahu? kita bahagia apabila menerima sedangkan si pemberi belum tentu benar2 gembira kan?


Lalu para sarjana mencari kebahagiaan kelas dua. Apa itu? Bahagia emosi. Inilah bahagia apabila manusia mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih. Pemberian dan penganugerahan ini tidak dapat dilihat dan ditimbang secara fisik tetapi masih mungkin bisa dinilai oleh mata alami. Contohnya seorang pekerja itu dianugerahi APC, atau seorang YB dianugerahi pingat mahupun bintang. Pasti sang penerima akan terus merasa bahagia dengan seperti ini. Tapi adakah ianya akan terus kekal membahagiakan? Sijil APC akan dibingkai, digantung dan ditatap, selain disebut2. Tapi sampai kapan? Suatu hari kelak, pasti orang2 akan melupakannya dan frame itu akan diturunkan jua. Bahkan pangkat Dato' juga boleh ditarik balik oleh pengurnianya. Lalu, inikah kebahagiaan yang kita dambakan sebenarnya?


Bahagia sebenarnya ialah kebahagiaan spiritual. Kebahagiaan hakiki yang apabila kita mengikut suara hati, bukan suara nafsu. Bila hati bersih murni, memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Ambil sahaja contoh seorang penjawat yang bersih hatinya membantu orang awam. Baik dari sekecil2 bantuan kepada sebesar2 jenis bantuan, dia merasa sangat puas, sangat bahagia. Tiada rasa susah lagi menyusahkan. Masanya terasa sentiasa terluang untuk menyambut pekerjaan. Hatinya hanya puas pabila masalah public selesai, atau setidak2nya terkurang. Dan penerima perkhidmatan bisa saja merasakan keikhlasan penjawat tadi memberi pertolongan. Kepuasan dan kebahagiaan ini akan kekal di hatinya dan tidak pernah akan pudar mengikut putaran waktu. Tak perlu lagi mengharap bonus di hujung tahun, mahupun APC di awalnya kerna dia bukan lagi berperan sebagai penerima, tetapi pemberi.


nota kaki: wah, aku semakin tidak bisa menulis dalam bahasa Malaysia standard. Tolongin aku...