December 14, 2010


Alkisah si setan...

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian bersih, berwuduk dan sedang berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh lalu pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwuduk, dan, LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Namun dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda”. Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (Syaitan)”. Si Pemuda terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. “Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan–jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampung kamu dan oleh itu aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat.”


Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

December 1, 2010


Hanya Jauhari....


Suatu hari Zunnun telah datang ke sebuah kampung untuk berdakwah. Beliau adalah seorang ilmuan agung yang sangat sederhana penampilannya. Berbanding namanya yang masyhur, Zunnun sangat sederhana dalam berpakaian seperti orang biasa. Setelah menyampaikan kuliahnya, seorang pemuda datang menemuinya. "Wahai tuan, saya ada satu kemusykilan yang ingin ditanyakan kepada tuan," begitu soalan si pemuda. "Tanyalah wahai anak muda. Semoga Allah membantuku menjawabnya," jawab Zunnun. "Begini wahai tuan. Saya telah mendengar orang ramai menyebut tuan sebagai seorang ulama' besar. Bahkan sebelum tuan tiba ke kampung ini lagi, nama tuan disebut-sebut oleh penduduk di sini. Tetapi saya melihat tuan tak ubah seperti kami, rakyat biasa. Maksud saya, pakaian dan penampilan tuan amat sederhana sekali, tidak sepadan dengan sebutan nama tuan yang masyhur," soalnya. "Oh begitu. Sebelum aku menjawab soalan kamu, bolehkah kamu melaksanakan permintaanku?" sahut Zunnun. Si pemuda mengangguk setuju. "Kamu ambil cincinku ini dan bawalah ke pasar sana. Tawarkan cincin ini kepada orang ramai dengan harga tidak kurang daripada sekeping emas. Setelah kamu berjaya, pulanglah menemuiku dan aku akan menjawab soalanmu tadi," syarat Zunnun.


Si pemuda mengambil cincin tersebut sambil menuju ke pasar. Puas ditawar cincin Zunnun kepada setiap peniaga dan pengunjung pasar, tetapi masing2 tidak berminat dengan harganya. Kalau ada pun, seorang penjual ikan menawarkan dengan harga sekeping wang perak. Si pemuda terpaksa menolak tawaran penjual ikan. Jauh di dalam hati pemuda itu berkata,"Melihatkan cincin yang berkarat dan tidak menarik ini, mustahil ada yang mahu membelinya dengan sekeping wang emas." Akhirnya si pemuda pulang menemui Zunnun dengan membawa cincin yang tidak laku.


Pemuda tersebut menceritakan perihal cincin yang tidak dapat ditukarkan dengan wang emas kepada Zunnun. "Baiklah. Sekarang kamu pergi ke sebuah kedai emas di pekan sana. Kamu tanyakanlah sesiapa yang mahu menukarkan cincin ini dengan sekeping emas," arah Zunnun. Si pemuda lantas menuju ke kedai emas. Setibanya dia di sana, diunjukkan cincin Zunnun kepada pemilik kedai sambil menawarkan harga sekeping wang emas. Alangkah terkejutnya si pemuda apabila pemilik kedai menawarkan harga seratus keping emas. Bahkan beberapa pelanggan di kedai emas juga turut berminat dengan menawarkan harga yang tinggi kepada si pemuda. Si pemuda memohon agar penjualan tersebut ditangguhkan kerana dia ingin mendapat kebenaran daripada Zunnun, pemilik cincin.


Si pemuda pulang dengan hati yang girang. "Tuan, sungguh para peniaga dan pengunjung pasar tidak tahu menilai cincin ini. Mereka hanya menilai luaran cincin dan sanggup menawarkan harga sekeping perak. Sedangkan di kedai emas, mereka benar-benar mahir tentang keistimewaan cincin ini. Mereka meletak sehingga seratus keping wang emas!" demikian dikisahkan oleh si pemuda. Sambil tersenyum Zunnun berkata, "Nah, itulah jawapanku untuk soalanmu pagi tadi. Rupa paras luaran tidaklah menunjukkan nilai sebenar sesuatu itu. Demikianlah juga kita sebagai manusia. Ramai yang tersalah anggap dengan pandangan mata sedangkan hanya pandangan hati dan imanlah yang paling tepat. Bak kata pepatah lama, 'Hanya Jauhari Mengenal Manikam."

November 18, 2010


Ingatkan nak buat pahala...

"Try Pakcu ceritakan ape yang berlaku," tanya cik Diana demi melihatkan Pakcunya yang datang ke rumah dengan berjalan kaki. 'Panjang ceritanya' itulah jawapan Pakcu dari tadi. Begini kisahnya...

"Malam tadi lepas Pakcu lepak2 kat kedai Wak Deniel lepas dari surau, Pakcu lalu Jalan Ilham. Ko kan tau itu jalan pintas ke rumah Pakcu," Pakcu benti sekejap sambil minum air Ribena yg cik Diana sediakan. "Kelas ko Di, hidang air ribena. Bukan mcm Liza tu, asyik2 air sirap je." mengarut lak org tua ni. "Iyelah, ape cerita selanjutnya pakcu?" cik Diana makin tak sabar dgn pakcu.

"Oh ya, time aku lalu jalan tu, aku nampak ada sorang pakcik berdiri kat sebelah motor dia. Pakcik tu pakai baju melayu putih, siap berserban bagai. Aku ingat dia baru balik mesjid kut. So, aku bentilah tanya dia nape berdiri kat tepi jalan sensorg," sambung pakcu. "Dia kata motor rosak. Aku yg sememangnya berhati mulia ni offerlah nak hantar dia balik. Dia kata nanti kejap, nak ambik barang kat motornya. Memang dia bongkok kat tepi motor sambil capai sesuatu. Ko tau ape dia benda tu?" pakcu pause jap, tersedak kut minum ribena campur ais cream soda cik Di. "Mana saya tau, pakcu belum abiskan cerita paksu lagi," kadang2 Di memang jengkel ngan perangai pakcu, nak suspen tak tentu pasal.

"Benda yg dia capai tu parang panjang ko tau. Terkejut aku tgkkan parang tajam berkilat. Aku pun lompat dari motor aku. Sambil berlari aku toleh ke belakang, manalah tahu pakcik bangang tu tertinggal pat lima tiang ke. Rupanya pakcik tu masih sempat kejar aku. Aku ingat selaku bekas johan lumba lari rumah merah darjah pat dulu, mestilah dia makan asap jer kan? Rupanya pakcik tu masih dapat kejar pakcu," Pakcu tersengih2 lagi. Cik Di malas nak layan senyuman kambing itu.

"Alah, kamu janganlah merajuk, pakcu series ni...,"pakcu takut kalau cerita sensasinya tidak mendapat layanan Cik Di. "Haa, tahu pun...cepatlah teruskan,"sahut Cik Di sambil betulkan tudung Ariani yg berliplap glamer. Tudung tu dibeli buat menyaingi CC kat opisnya yang ala2 diva gitu. "Pakcu pun double up the speed tp nampak gayanya pakcik bangang tu ade keturunan Rabuan Pitlah pakcu rasa. Bila org tua tu dah dekat ngan pakcu, pakcu rasa takde harapanlah nampak gayanya, mesti pakcu kene libas ngan parang ni. Masa tu mulahlah teringat kat makcu ko, sapelah yg kawen ngan dia nanti," Pakcu ni, sempat lagi melawak...

"Tiba2 dalam samar2 tu, pakcu ternampak parit besar kat depan. Mau tak mau, pakcu terjun dalam parit tu. Dalam jugak parit tu, penuh dengan air sbb petang tadi hujan lebat," pakcu berenti cerita sekejap, habiskan ribena special sambil minta direfill. "Ko tau, pakcu tenggelam takat dagu, sikit lagi nak lemas," suara pakcu tercungap2, almaklum pakcu pun dalam kategori rendang. "Kira pakcu terselamatlah?" Cik Di cuba membuat kesimpulan bagi cerita pakcu. "Tak... belum habis lagi. Pakcik tu tiba2 libas2kan parang panjang dia ke dalam parit. Huh, highly determined sungguh dia itu. Pakcu selam, tapi lima saat jer tahan. Dahtu timbul balik. Pakcik tu terus melibas air parit. Pakcu tawakkal jer, time tu teringat kat ko Di, ko kan belajar sekolah agama dulu, pakcu terus baca alfatihah bila teringatkan ko," pakcu tunduk. Cik Di tak jadi ketawa.

"Lepas beberapa minit tiba2 pakcik tu berenti melibas parang dia. Agaknya dia mengah kut. Dia bangun dan terus pergi. Pakcu diamkan diri kejap. Bila dah agak2 selamat, pakcu keluar dari parit tu. Dari jauh pakcu nampak pakcik gila tu sorong motor pakcu. Parang panjang nampak bergantung kat tangan sebelahnya. Di sebelahnya ada kelibat sorang lelaki menyorong motor pakcik tu yg digunakan sbg prop umpan nak merompak mangsa. Sedih ko Di, walaupun motor aku tu bukanlah baru sangat, tapi dah abis bayar down payment tu," Pakcu terus tundukkan pandangannya ke kuih batang buruk yg Cik Di beli daripada Azimah.

"Sabar pakcu, sabar," itu ajelah pujukan yg mampu Cik Di cakap pada pakcunya. "Aku ni bukan apa, ingatkan nak buat pahala, rupanya mendapat bala," pakcu teruskan sesi meluahkan emosi. "Well, let's see from a different perspective okay, at least pakcu dapat beli motor baru kan?"Cik Di cuba tiru kata2 motivasi Dr HM Tuah kat Selangor fm. "Ha'ah, betul kata ko Di. Kalau tak, haram kakak ko nak bagi aku beli scrambler kat rumah tu..." Pulak...

October 29, 2010


Kan dah menyesal...

Aku J. Kisah yang aku nak ceritakan ni benar2 berlaku dalam hidupku. Dulu aku ada mak dan ayah serta 2 orang adik yg masih kecik2. Dan aku nak cerita pasal mak aku, yang baru meninggal dunia beberapa bulan yg lalu. Macam ni kisahnya...

Masa tu aku akan menikah dalam dua bulan lagi. Biasalah, orang kalau bakal nak jadi raja sehari ni, part shopping2 nak wat persiapan mestilah excited gile kan. Disebabkan aku ni bekerja, so masa nak keluar shopping dgn 'gula2 hati' (sweetheart) tu agak terbataslah, kene bajet betul2. Kebetulan jugak, mak memang tak berapa sihat masa tu. Katanya asyik sakit kepala jer. Dah check ke hospital tapi doktor kata takde darah tinggi ke, kencing manis ke. Jadi aku amik kesimpulan mak memang sakit orang tua. Dan aku sebagai anak sulung, kenalah amik tugas mengurus rumah daripada mak secara automatik.

Hari tu aku memang dah plan ngan gula2 hati nak kuar shopping baju pengantin. Plan pun dah lama gak, dapat cuti. Dari pagi aku dah masak utk mak dan adik2. Aku bagitau mak plan nak kuar shopping kat Jalan TAR ngan gula2 hati. Tapi jawapan mak agak mengejutkan. "Tak payahlah kamu keluar harini J. Mak rasa tak sihat sangat harini. Lagipun tarikh majlis korang berdua tu kan lambat lagi, ada dua bulan lagi. Kamu duduk rumah ye, temankan mak," camtu kata mak penuh harap.

"Tapi mak, J dah plan utk kuar lama dah, baru harini boss kat opis bagi J cuti. Lagipun, dua bulan tu bukannya lama sangat mak, pejam celik pejam celik dah sampai harinya. Nanti mak jugak yang risau, ayah jugak yg marah. J janji J kuar kejap jer, lepas zohor dalam pukul 2 ke 3 ke J sampailah rumah balik. Mak jangan risau pasal makan minum adik2, J dah siapkan semuanya. Izinkan J keluar ye mak..."aku memujuk mak. Mak angguk, mengalah. Tapi ada sedikit kelat di wajah mak.

Masa nak keluar, macam biasa aku salam tangan mak, aku cium mak, mintak restu agar selamat perjalanan, dijauhkan segala musibah. Mak sambut salamku, terus dipeluknya aku erat2, seolah2 mak taknak lepaskan aku lagi. Aku bingung. Aku tanya mak,"Kenapa ni mak, kenapa mak menangis? Kan J dah janji J akan balik cepat. J sayang mak." "J, jaga diri baik2. Bawak kereta tu hati2. Tak payahlah terkejar2. Kamu jangan risaukan mak ye, adik2 kamu ada di rumah, boleh tengok2kan mak. Ingat tau pesan mak, hati2," air mata mak masih deras. Dan aku melangkah keluar dgn hati yg amat berat.

Baru sejam aku sampai kat kedai baju pengantin, hp aku berbunyi. Nombor rumah. Dari hujung talian terdengar suara adik. "Kak, cepat balik kak. Mak...mak...," suara adikku yg bersekolah rendah terputus2 dek sendu, macam lepas menangis. "Kenapa dik, cuba bagitau akak kenapa dengan mak?" aku makin cemas, suspense. "Mak...mak kita dah tak ada kak..."sampai situ je suara adik aku dgr. Hp aku terlepas dari tangan, pandangan aku kabur tiba2. Gula2 hati pantas sambut aku, then dia kutip hp yg dah separuh berkecai terhempas.

Sampai rumah, beberapa org jiran dah berkumpul. Ayah pun dah pulang dari pejabat. Lepas salam ayah, aku berlari mendapatkan mak. Di sebelah jenazah mak, adik2ku duduk berteleku membisu. Air mata masih menitis di pipi mereka. Oh, kasihan adik2ku yg masih kecil. "Kak, tadi lepas akak keluar, mak kata mak nak tidur sekejap. Dia pesan jangan buat bising. Sampai dekat zohor, kami rasa lapar. Kami kejutkan mak, nak ajak mak makan sama2. Kami kejut mak, panggil nama mak. Tapi mak tak bangun. Kami tolak2 badan mak, panggil mak kuat sikit, tapi mak terus tidur. Kami jadi takut, kenapa mak tak mau bangun. Adik pergi rumah Mak Senah, panggil Mak Senah. Bila Mak Senah pegang muka mak, katanya badan mak dah sejuk. Mak Senah kata mak dah tak ada. Adik tak percaya, mak takkan tinggalkan kita kan kak, sebab kita sayang mak kita kan. Mak cuma nak rehat, nak tidur. Nanti mak mesti bangun kan kak?" Adik terus goyang2kan lengan aku. Aku cuma terdiam.

Kemudian aku jumpa ayah. Aku tahu ayah sedih atas kehilangan mak walau ayah tidak menangis. Setelah selesai segala urusan jenazah mak, ayah mengumpulkan kami adik beradik. "J, kamu harus menerima kenyataan ini dengan ridha. Kerana setiap yang hidup itu pasti akan mati. Mak kamu telah terlebih dahulu meninggalkan kita. Kita semua bersedih atas perkara itu. Tapi kita harus bersatu menghadapinya. Kamu sebagai kakak yg sulung harus kuat dan bantu adik2mu," demikian pesan ayah. "Ayah, bukan itu yg menyusahkan hati J. Tapi mak seakan berat untuk membenarkan J keluar masa itu. J terkenangkan bagaimana mak pergi ketika J tiada di sisi. Padahal J sentiasa di sisi mak selama mak sakit, tapi tidak ketika mak pergi. J rasa sangat bersalah, ayah..."dan air mataku gugur lagi. "Janganlah kamu bersedih dan menyiksa dirimu anakku. Segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Mungkin Dia tidak mahu kamu menyaksikan perpisahan yg amat berat untuk ditanggung oleh seorang anak. Ridhakanlah perpisahan ini dan doakan kesejahteraan ibumu di sana. Ayah yakin mak pasti ridha ke atasmu atas khidmatmu kepadanya selama ini. Semoga sahaja anakku, kamu beroleh sebaik2 balasan dan dikurniakan keberkatan sepanjang hidupmu," pujuk ayah tidak henti. Dan sehingga kini masih bersisa penyesalan itu...

October 28, 2010


Mencikkk...

An Indonesian, a Bangladeshi and a Malaysian are in the bar one night having a beer.

The Indon fnishes his beer and suddenly throw his glass in the air, pulls out a gun and shoot the glass into pieces. He brags, "In Jakarta our glasses are so cheap that we don't need to drink from the same one twice."

The Bangla is obviously impressed. When he finished his beer, he trow his glass into the air, pull out his gun and shoot the glass into pieces. He says,"In Dhaka we have so much sand to make the glasses that we dont need to drink from the same glass twice either."

The Malaysian, cool as a cucumber finished his drink, throw his glass into the air, pull his gun and shoot the Indon and the Bangla. He says,"Tiu Nia Ma! In KL we have so many Indon and Bangla that we dont need to drink with the same ones twice."

p/s: moral of the story anyone?

October 18, 2010


Dialog puaka...





Marilah kita bersama-sama meneliti perbualan 3 orang budak yg hado ni;

A (anak Tok Sidang) : Korang tau, bapak aku adalah seorang yg sangat hebat. Dia pernah dipanggil mengadap Menteri Besar. (Sambil mengembangkan lubang hidungnya, padehal MB panggil bapak dia sbb nak tanya mane bilik air masa lawatan mengejut skodeng pencuri pasir jer).

B (Anak Pak Lurah) : Alah, takdelah hebat sangat tu. Bapak aku lagi hebat, dia pernah dipanggil mengadap sultan. (Buat2 kembangkan cuping telinganya yg sedia capang, ini lagi hampeh, tuanku angkat tangan time nak berangkat pulang time bulan puasa dulu kat hadirin semua, bapak dia perasan lak).

C (anak orag kampung biasa) : Bapak2 korang memang hebat. Bapak aku cuma dipanggil menghadap Tuhan jer. Itulah pasal dia pergi tak kembali. (Sambil menitiskan air mata)

ah, mencikkk

October 5, 2010

Apa yang penting? Kerjasama...

Alkisah ceritanya berlaku tika kita2 ni sibuk nak sambut raya. Adalah satu kuarga ni yg 'ala-ala' gitu nak dimadahkan. Mereka takdelah kaya sangat, tp tak jugak miskin melarat. Persiapan hari raya mereka pun 'bolehlah jugak'. Si ayah yang kerja ngan gomen bawak familinya shopping last minute. Tak jauh pun, kat Jln Masjid India jer...tu pun malam nak sambut raya. Bukan sbb ada jualan harga runtuh, tapi sbb mlm tu dah tak payah kene solat tarawikh. Very the islamic kan? Padehal mlm tu digalakkan memperbanyakkan takbir.

Bukan itu yg kami nak khabarkan. Tapi kisah 'biasa-biasa' je yg berlaku kat keluarga 'biasa-biasa'. Si ayah dengan berbekalkan duit 'bonus RM500' ihsan kerajaan dgn bangganya membawa famili ke sana. "Sorang boleh pilih sepasang jer, jgn over bajet," itu peringatan kepada semua. Walaupun tak banyak, semua ahli faham dan gembira. Lepas sejam, semua berkumpul semula dgn pakaian pilihan masing2. Dan yang paling gembira, tentulah Mamat, si anak bongsu. Sbb dia puasa penuh, dapat baju raya lagi, mestilah gembira kan?

Sampai rumah, masing2 pakat tunjuk baju baru. Walaupun penat terpaksa bersesak dan menapak ke stesen LRT, tapi demi menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan kenderaan awam, segalanya ok pada mereka. Patriotik sungguh keluarga ini. "Laa...terpanjang pulak seluar si Mamat ni. Nanti mak potongkan ye?" pujuk sang ibu. Baju melayu kaler pink, tu ok, tapi tang seluarnya agak terpanjang bagi Mamat yg boleh dikategorikan sebagai 'rendang' itu. Sesi try menerai berlangsung 1/2 jam jer, sbb mereka kena bajet masak ketupat, lontong, sambal kacang, rendang dan kuah lodeh. Bila semua ahli dah sibuk, Mamat terkulat2 melihatkan kaki seluarnya yg terpanjang tu. "Siapa nak potongkan kaki seluar ni utk aku? Kalaulah ibu dan kakak terlupa nanti, macam mana?" Soalan yang tiada jawapan.

Mamat ke dapur. Dia tanya ibu bila nak potong kaki seluarnya. Ibu kata, nanti. Mamat tanya kakak kalau dia boleh tolong potongkan. Kakak kata kakak sibuk memasak, nanti nantilah. Mamat mula risau. Akhirnya Mamat jumpa ayah, mengadu pada ayah. Ayah kata jangan risau. Ayah suruh Mamat tidur dulu, nanti ayah ingatkan ibu. Mamat tunggu tepi pintu. Akhirnya Mamat tertidur.

Semua kerja masak memasak akhirnya siap juga. Lebih kurang pukul 2 pagilah jugak. Masing2 dah tak larat nak berbual. Cuma saling berpandangan tanda letih dan mengantuk. Kakak masuk tidur dulu. Ayah tatang Mamat yg dah takleh dikejutkan lagi. Ibu jer yg masih bertahan. Sebelum tidur ibu teringatkan seluar Mamat. Ibu ukur dan gunting. Kemudian ibu jahit elok2, macam jahitan kat kedai. Kemudian ibu masuk tidur.

Tengah malam kakak terjaga, haus. Dalam perjalanan ke dapur kakak terlihat bungkusan baju raya Mamat. Kakak teringat tentang kaki seluar yg terpanjang tadi. Kakak ambil gunting, potong dan jahit semula. Kakak tersenyum gembira sebelum masuk bilik.

Jam lima setengah pagi ayah terjaga. Memang itu kebiasaan ayah. Ayah teringatkan pasal seluar Mamat. Ayah capai gunting, jarum dan benang. Kaki seluar Mamat ayah potong dan jahit semula. "Kesian Mamat, sampai tertidur sbb risaukan seluarnya tak dipotong," bisik sang ayah dalam hati. Selepas solat sunat, Ayah kejutkan seluruh keluarga. Solat Subuh dan bersiap untuk solat raya.

"Ibu, seluar Mamat...seluar Mamat," Mamat menjerit sekuat hati. "Jangan risau nak, ibu dah potongkan seluar kamu," pujuk ibu. "Eh, kakak dah potongkanlah bu," sahut si kakak. "Mana pulak, saya baru aje potong pagi tadi," Ayah pulak menyampuk. Masing2 saling berpandangan. Mamat terus menangis. Seluarnya dah jadi seluar pendek. "Alamatnya, kamu kena pinjam kain pelekat ayahlah," suara ibu tenggelam dek teriakan Mamat.

Begitulah kisah biasa-biasa keluar En Moin. Demi kasih mereka kepada Mamat, akhirnya Mamat menangis di Aidilfitri. Bak kata wonderpet, apa yg penting? kerjasama...

September 6, 2010



Ish ish ish...

Adik adalah anak bongsuku. Baru berusia sepuluh tahun dan bersekolah tahun empat. Suatu hari Adik menemuiku ketika aku berehat di ruang tamu. "Baba, betul ke baba nak beri Adik RM2 untuk sehari Adik puasa penuh?" tanya anak kesayanganku. "Betul dik, macam yang Baba janji masa awal puasa dulu tu. Sampai harini Adik tak pernah tinggal puasa kan?" jawabku sambil mengusap2 kepala Adik. Adik mengangguk2. Tapi masih ada yang ingin Adik katakan. "Baba, Baba ada duit ke nak bagi upah kat Adik. Kan kita nak balik kampung. Baba kena servis kereta, duit minyak lagi, tol lagi. Nanti sebelum balik kampung, Baba kena beli kuih raya lagi, nak bagi duit kat Opah dan Tok Nek lagi...banyak Baba kena kuar duit," Adik terus membuat hitungan.

"Baba, Adik taknak menyusahkan Baba. Adik tak mau duit tu. Kata ustazah, kalau kita puasa tanpa harapkan upah, kita ikhlas, Allah akan beri pahala. Kata ustazah lagi, kalau kita tak menyusahkan ibu bapa kita, kita akan jadi anak soleh. Orang ikhlas dan anak soleh masuk syurga. Adik nak masuk syurga, Adik tak mahu duit tu," lanjut penjelasan Adik. Saya terpempan. Saya tak pernah mengajar anak saya berkata2 seperti itu. Terasa jiwa ini dipalu dengan setiap patah kata tulus anak kecil ini. Beberapa ketika saya masuk ke dalam bilik. Di sana saya menangis semahu-mahunya.

Saya terkenangkan zaman kanak-kanak saya. Dulu, kalau nak sambut raya, mak banyak sediakan kuih. Macam-macam, sebab mak memang pandai buat kuih. Mak buat berjenis2 kuih bukan sebab kami kaya, tapi mak buat untuk orang kampung. Kalau orang kampung tempah 100 biji kuih putu, 50 untuk mak sebagai upah. Biasanya mak terima tempahan kuih putu, biskut-biskut dan bahulu. Masih juga saya ingat kami menumbuk beras untuk dijadikan tepung. Kemudian mak tapis, ayak dan jemur. Dulu, tepung beras susah nak dapat, kalau ada pun mahal.

Suatu hari saya jumpa mak lepas selesai tumbuk beras. Saya cakap pada mak, kawan saya Sudin dah beli baju batik tulang belakang. Baju tu memang terkenal zaman tu. Mak kata batik tulang belakang mahal, harganya lapan ke sepuluh ringgit. Kata mak lagi, ada orang sedekahkan sehelai baju terpakai untuk saya. Mak dah cuci dan jemur bawah rumah. Saya melompat gembira. Memang betul ada sehelai baju batik tersidai di ampaian. Saya menyanyi riang sambil cium tangan mak. Walaupun itu bukan batik tulang belakang.

Tak lama lepas tu, arwah ayah muncul dari dalam bilik. Arwah ayah bawa tin milo saiz sedang. Saya tahu itu tabung simpanan ayah. "Panggil abang, kakak dan adik kamu. Kita kira duit," perintah arwah ayah yang paling saya gemar. Bila semua dah ada, ayah tuang isi tabung. Banyak sungguh duit syiling yang tercurah. Kira punya kira, akhirnya semua berjumlah empat puluh ringgit. Masa tu, empat puluh ringgit besar nilainya. Kata ayah,"Esok ayah pergi pekan, belikan kamu semua baju raya." Kami semua menjerit keriangan.

Ayah pergi pekan esoknya. Ayah pergi seorang sahaja sebab jarak rumah kami ke pekan agak jauh, kena naik bas. Sebelum pergi, ayah akan ukur badan kami untuk dibelikan baju raya. Alah, ukur pakai tali pisang jer, tu pun kat bahu. Nanti kalau terbesar, mak akan tolong potongkan. Masa tu tak kisah pasal jenama, potongan atau warna.

Petang ayah pulang. Kami empat beradik dah sedia tunggu ayah. Ayah keluarkan isi bungkusan yang ada tulisan cina kat luarnya. Ada empat pasang baju semuanya. Kami masing2 sibuk mencuba baju baru, baju raya. Gamatlah suasana rumah kami petang tu dengan tingkah suara kami. Sampaikan kadang2 kami terlupa nak ucap terima kasih kepada ayah. Ayah cuma tersenyum di muka pintu. Senyum bangga kerana berjaya menunaikan tanggunjawabnya menyediakan pakaian untuk tanggungannya. Mak juga turut gembira. Kami yang masih kecil tidak tahu yang duit simpanan ayah memang cukup cukup sahaja buat membeli pakaian kami. Tak ada baju raya buat ayah. Tak ada selendang walau sehelai buat mak. Tapi mereka tetap gembira.

Hari ini, saya menangis lagi kerana mendengar kata2 anak saya. Saya juga terkenangkan budi dan jasa mak dan arwah ayah saya. Cuma saya takut kalau saya tak dapat menjadi sebaik ayah saya, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2nya...Selamat Hari Raya.

September 1, 2010

My Mother

My Mother

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

August 18, 2010


Andai ini aidilfitri terakhir...

"Tak apalah mak, kalau mak tak mahu bantu Din, Din pun tak kisah. Din tahu siapa Din di mata mak. Lainlah kalau macam, along, angah dan adik. Kalau diorang tu susah sikit, mak cepat2 bantu, cepat2 tolong. Kalau mak tak ada duit pun, mak akan carikan, pinjam daripada orang. Tapi Din nak mintak tolong sikit pun, mak buat tak reti je," ada nada merajuk dalam kata2 Din kepada ibunya. Duit yang dia minta bukanlah banyak, dan bukanlah selalu dia minta tolong daripada ibunya.

Ibu Din diam sahaja. Sudah puas diterang dan dipujuk Din. Tapi anak lelaki tunggalnya ini memang lain sikit. "Din, bukan mak tak mahu tolong kau, nak. Tapi mak tengah 'sesak' ni. Bulan ni aje, mak dah pinjamkan duit pada along dan angah. Kesian Din, keluarga kakak2 kau tu bukanlah senang sangat. Mak janji, hujung bulan depan, dapat duit kelapa sawit, mak beri pada kau," itu aje ayat yang mampu si ibu ucap. "Sudahlah mak. Mak simpan ajelah duit tu. Din mintak maaf sebab menyusahkan mak. Mak simpanlah buat bantu anak2 mak yang lain. Din ni bukan anak mak agaknya," sahut Din sambil melangkah keluar. "Din...," suara mak antara kedengaran dan tidak.

Din ambil keputusan drastik. Dia bawa keluarganya berpindah. Jauh dari kampung, daerah dan negeri kelahirannya. Tempat tumpah darah dan kasihnya pada ibu. Ah, kalau masih ada pengiktirafan ibu pada Din sebagai anaknya.

Din mulakan hidup baru di perantauan, di tempat orang. Kekecewaannya membuatkan Din menjadi seorang yang cekal. Din malas nak fikirkan tentang perasaan dan emosi. Baginya dia kena berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati. Daripada menyewa, kini Din sudah mampu membeli rumah sendiri, kenderaan sendiri.

Din mempunyai seorang jiran yang baik hati. Man namanya. Man sangat rapat dengan Din, maklumlah, sama tempat kerja. Mungkin disebabkan Din jauh daripada keluarganya, Man dianggap sebagai abang oleh Din sekeluarga. Keakraban dua jiran ini kadang2 melampaui keakraban dua beradik. Iyelah, kalau malam ni keluarga Din makan di rumah Man, malam esoknya keluarga Man pula makan di rumah Din. Hampir tiada rahsia antara mereka. Tetapi setelah empat tahun, Man terhidu juga keanehan dalam keluarga Din. Din tak pernah balik ke kampungnya. Jangankan ketika cuti panjang dan cuti sekolah, hari raya pun Din tak balik. Selalunya Din cuma balik ke rumah mertuanya.

"Din, aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Tapi aku berasa hairan kerana kau tidak pernah menceritakan perihal ibu dan bapamu kepadaku," soal Man suatu hari ketika minum petang. "Bang, kalau boleh aku tak mahu bercerita mengenai mereka," pendek sahaja jawapan Din. Air mukanya berubah mendung. Man tidak meneruskan niat hatinya.

Melalui isterinya, Man minta ditanyakan kepada isteri Din. Akhirnya tahulah dia bahawa Din telah berselisih faham dengan orang tuanya sehingga merajuk membawa diri. Lebih parah apabila Din seolah2 telah memutuskan semua hubungan dengan ibu bapanya. Din tak pernah balik menjenguk mereka, kirim khabar pun tak pernah. Luka di hatinya sangat dalam, sehingga menghapuskan rasa kasih, sayang dan rindunya kepada mak. "Biarlah bang. Selama ini pun saya dapat hidup tanpa mereka. Saya tidak menyusahkan mereka dengan meminta2 pertolongan wang dan harta benda. Mak juga tak pening dengan tingkahlaku menantu dan cucu2nya. Cukuplah mak saya ada kakak dan adik saya. Saya kira tanpa saya mak lebih gembira, mak tentu suka," jawapan Din pada petang yang lain.

"Din, dalam hidup ni, orang yang paling penting adalah ibu bapa kita. Jika tidak, masakan junjungan besar sendiri meletakkan ketaatan kepada mereka selepas ketaatan kepada Allah. Jangan Din, jangan sampai kau kira dengan tidak meminta pertolongan mereka kau sudah berjaya. Jangan sampai kau silap dengan menyangka segalanya sempurna tanpa mereka. Biar apa pun kesalahan mereka, pulanglah menemui mereka. Sebagai anak, kitalah yang seharusnya memohon maaf. Kitalah yang patut beralah, biarpun ada kesalahan mereka. Ingat Din, segalanya tidak berkat tanpa restu ibu," selayaknya itu nasihat sebagai seorang abang. Din tunduk. Ada beberapa titis air mata gugur di atas pehanya. "Saya tahu bang. Setiap hari hati ini meronta untuk menemui mak, menatap matanya. Saya tahu saya tidak sepatutnya mengikut keras hati saya. Saya tahu mak sayang semua anak2nya sama sahaja. Kakak2 dan adik saya semuanya perempuan, sememangnya mereka perlu lebih bantuan mak. Tapi...Sudahlah bang, saya ikut kata abang. Saya akan balik aidilfitri ini," Din angkat mukanya. Cepat2 dia kesat air matanya dengan penuh azam.

"Tidak Din, bukan aidilfitri. Tapi sebelum Ramadhan. Apa kau pasti kau sempat menemui mereka nanti. Telah empat tahun kau tinggalkan mereka tanpa pesan dan berita. Aku cadangkan minggu ini juga," tegas Man. "Tapi bang, aku malu...aku tak bersedia...aku tak tahu bagaimana harus aku menemui mereka, terutama mak...aku...," jawab Din tergagap2. "Sudahlah, nanti aku dengan kakak kau apply cuti. Biar kami menemankan kau. Janganlah kau risau, aku yakin kasih seorang ibu mengatasi kemarahannya. Balik ye Din," pujukan Man memang tidak dapat ditolak lagi oleh Din.

Hujung minggu Din dan Man sekeluarga berangkat. Di dalam kereta, Din banyak termenung. Berbagai2 peristiwa melintas di fikirannya, singgah di hatinya dan terbang bersama angin di lebuh raya. Man biarkan Din melayan perasaannya. Sampai sahaja di halaman rumah, kelihatan seorang lelaki tua berbaju singlet berkain pelekat sedang duduk di tangga batu. Di anak tangga bawahnya seorang wanita yang kelihatan agak uzur berwajah sugul. Kelihatannya mereka sedang menunggu sesuatu, atau mungkin juga seseorang. Man berhentikan kereta. Mereka kaget sebentar. Din buka pintu perlahan.

"Din!!! Anak mak. Kau balik nak. Akhirnya kau balik," si tua berteriak. "Ayahnya, Din balik," digoyang2kan lutut ayah Din. "Din," itu sahaja kalimah yang keluar dari mulut sang ayah. Din menerpa ibunya. Dia peluk ibunya seolah2 tidak mahu melepaskannya lagi. Air matanya terhambur tanpa bendungan. "Mak, maafkan Din mak. Din bersalah. Din terlalu ikut kata hati. Din derhaka pada mak," ayah Din menepuk2 belakang Din perlahan. "Ayahnya, doa saya akhirnya termakbul. Allah perkenankan doa saya setelah empat tahun. Saya berdoa agar anak saya pulang sebelum Ramadhan...," diciumnya pipi anak lelakinya itu. "Dan tidak sia2 doa dan penantianmu wahai isteriku, kerana Allah memberikan kita cucu2 yang comel juga," sahut ayah Din sambil mempersilakan semua yang hadir naik ke rumah.

"Dan hari raya ini adalah hari raya yang amat bermakna buat saya. Kerana saya dapat membantu dua insan yang berpisah bertemu semula, dua hati yang terluka terubat kembali dan dua rindu yang tersimpul terlerai kini. Kan itu nikmatnya aildilfitri?" Man mengakhiri ceritanya.

August 12, 2010


Yang Mana Satu...


Kisah ini adalah di antara seorang ayah bersama empat orang anaknya. Suatu hari sewaktu sang ayah baru pulang dari kerja, dia meminta anak sulungnya untuk mengambilkannya segelas air. Si along yang sedang asyik menonton tv lantas bangun menuju ke dapur. Seketika kemudian, along kembali bersama segelas air dan menyuakannya kepada sang ayah. "Ayah, di rumah ini masih ada ramai manusia lain, kenapa ayah tetap menyuruh along?" Terkejut sang ayah dengan jawapan si along.


Pada hari yang lain pula, sang ayah telah meminta diambilkan air kepada anaknya yang kedua, si angah. Angah tetap melaksanakan perintah ayahnya dengan mengambil air minuman. Sekembalinya angah ke ruang tamu, dia berkata kepada si ayah,"Ini airnya ayah, tetapi ayah kena bayar angah RM1.00 untuk perkhidmatan angah. Sang ayah terus terdiam.


Pada waktu yang lain pula, sang ayah meminta diambilkan minuman kepada anaknya yang ketiga, si uda. Uda bingkas ke dapur dan diambilkannya air seperti permintaan sang ayah. Gelas diletak di sisi ayah dan Uda terus beredar. Oh, rupanya Uda takut kepada ayah.


Dan seterusnya sang ayah meminta diambilkan air kepada anaknya yang bongsu, Adik. Adik bingkas ke dapur membancuh air minuman. Sempat juga Adik membawakan kuih yang dibuat ibu. Setelah mempersilakan ayah makan dan minum dengan sopan, adik berkata;"Ayah pasti penat bekerja. Kasihan Adik melihatkan ayah bekerja bertungkus lumus untuk menyara kami sekeluarga. Mari Adik urut bahu ayah." Sang ayah tersenyum.


Tak lama selepas itu, sang ayah mahu bekerja di luar kawasan. Sebelum ayah berangkat, semua anak-anaknya menemui ayah. "Along nak beg tangan," kata Along. "Angah nak jam berjenama," pesan Angah. "Uda nak baju cantik," order Uda. "Adik?" sang ayah pula bertanya. "Adik cuma mahu ayah berhati-hati dan jangan lupakan kami di sini. Adik mohon kepada Allah semoga Ayah sentiasa selamat dan sejahtera dan kembali ke pangkuan kami," cuma itu pinta Adik.


Nah, cuba baca apa jawapan sang ayah. "Along, bila ayah minta air daripada along, along sering merungut. Along buat, tapi sebab ayah yang arah, Along terpaksa. Angah pula, Angah ambilkan sebab angah bertanyakan apakah ganjaran yang bakal ayah beri. Uda, Uda laksanakan perintah ayah sebab Uda takut Ayah marah. Tapi Adik, Adik laksanakan perintah ayah sbb adik cinta ayah. Sebab itu Adik buat lebih daripada apa yang ayah pinta.


Begitulah kita sebagai manusia di dalam menjalankan perintah Allah. Ada di antara kita menjalankan perintahNya dengan sangkaan, "Dah itu perintah Allah, kenalah kita laksanakan. Semua manusia kena laksanakan." Sebab itu hasil perbuatan kita sambil lewa sahaja. Ada juga di antara kita yang melaksanakan perintah Allah sebab kita tengok apa ganjarannya. Sampaikan ada yang memilih-milih dalam menjalankan perintah. Ada juga di kalangan kita yang menjalankan perintah sebab kita takut kepada kemarahan dan kemurkaan Allah. Kita takut kalau kita tidak solat atau puasa, kita akan dicampak ke dalam neraka. Sedangkan setinggi-tinggi martabat adalah apabila kita melaksanakan perintah kerana kecintaan kita kepada Allah.


Lihat sahaja kecintaan Rasulullah kepada Allah, baginda sanggup mendirikan solat sunat sehingga bengkak dan menggeletar kakinya. Demikianlah hebatnya cinta kerana cinta membuatkan kita melakukan lebih dari yang dipinta. Dah, tak reti2 lagi nak wat solat tarawikh ker?"

August 2, 2010

Jangan Biarkan Surau Ini Roboh


Jangan Biarkan Surau Ini Roboh (JBSIR)...

Kiranya masih ada yang bertanya tentang maksud sebenar cinta, Taufiqurrahman al-Azizy mungkin boleh memberi jawapannya. JBSIR tampil dengan jalan cerita yang sangat murni apabila tema kehidupan desa bersama karektor2 desa yang sangat biasa. Sebagai pembaca, aku amat terbuai dengan suasana desa yang sangat suci, asas dan alami. Apabila Ibrahim, seorang pemuda desa yang masih mentah berdepan dengan soal cinta. Lantunan persoalan cinta ini benar2 mampu mengetuk hati khalayak apabila soal cinta kepada Allah adalah kemuncak cinta sejati yang tiada tara.

Bermula dengan kisah Ibrahim sebagai anak bongsu yang serba sederhana tidak mendapat perhatian selayaknya oleh kedua orang tua, berbanding Yusuf, sang abang yang jauh lebih gagah, tampan dan bermulut manis. Ibrahim terlalu lugu terutama pabila berdepan dengan soal cinta, sering tewas dalam hal bercinta sehinggakan sang abang telah merampas gadis impiannya, Partinah dan kemudiannya Sarah. Tidak hanya soal cinta kepada wanita, Ibrahim juga diduga dengan soal cintanya kepada Kiyai Ahmad, imam tua di surau uzur. Apabila si ibu sangat terasa bahawa cinta dan sayang Ibrahim sering mengatasi kecintaan kepada orang tuanya, Ibrahim diusir dari rumah.

Tetapi soalan paling besar menanti Ibrahim ialah memastikan surau peninggalan Kiyai Ahmad dari roboh dan dirobohkan. Ah, masakan insan sekerdil Ibrahim, yang tidak sekacak Yusuf, yang hanya bercita2 kecil, yang tidak pandai memujuk dan merayu, bahkan tidak berjaya seperti abangnya, Yusuf mampu menunaikan amanah sang Kiyai?

Rupanya Allah maha bijaksana dalam setiap perancanganNya. Segala dugaan, cabaran, kekalahan, kecelakaan, kekecundangan hamba adalah demi memerdekakan jiwa Ibrahim, mendewasakan dan menjadikan jiwanya besar. Sungguh pun Ibrahim akhirnya berjaya membawa pulang kejayaan dengan menebus kembali tanah surau dan mendirikan semula Surau Kiyai Ahmad, tetapi ujian terbesar tetaplah di dalam hati. Hati mana yang sanggup menerima takdir apabila kekasih hatinya dirosakkan oleh abang kandungnya sendiri. Sesungguhnya Allah benar2 telah mendidik Ibrahim agar berjiwa besar dengan memaafkan kesalahan manusia, berkorban demi manusia yang pernah menganiayainya dan menunaikan takdir buat dirinya.

Ah, jika kita mampu merajai cinta seperti Ibrahim, tiada azab dirasakan menyiksakan, kerana untuk menjadi seorang insan agung, kita harus mampu mempunyai hati yang besar...


July 30, 2010


Final Call

Saya adalah anak sulung dalam keluarga. Bekerja sebagai kakitangan awam dan part time berniaga pada sebelah malam. Tidaklah mewah, tetapi bolehlah, alhamdulillah. Punya rumah dan kenderaan yang sederhana buat kami sekeluarga hidup sempurna. Yang penting, kami tak kebulur, anak2 dapat ke sekolah dan kami tidak meminta2.

Bila dah buat dua kerja ni, memang jarang saya punya masa lapang. Iyelah, waktu siangnya kerja di pejabat, petang balik rumah, dah kena bersiap2 nak berniaga pula. Memang jarang pulang ke kampung menjenguk emak. Suatu hari mak call, begini katanya; "Man, lama Man tak balik. Mak ingat sebelum bulan puasa ni mak nak buat kenduri arwah untuk bapak. Apa pendapat Man?" "Mak, Man mintak maaf sebab lama tak balik, tak melawat mak. Man sibuk sikitlah mak. Sekarang ni Man berniaga kat pasar malam. Pasal kenduri tu, memang baik cadangan mak. Sekarang baru bulan Rejab kan, nanti Man timbang2kan tarikh yang sesuai ye mak," begitu lebih kurang jawapan saya kepada emak. Mak diam saja, saya yakin mak faham. Iyelah, hidup di kota hari ini kalau mengharapkan duit gaji sahaja mana cukup kan?

Saya terus dengan kehidupan dan kesibukan saya. Kerja, berniaga dan segala rencamnya. Selang beberapa hari, mak telifon saya. Soalannya masih sama; "Man, kamu tak balik ke? Mak rindu nak tengok cucu2 mak. Kita pun masih tak putuskan pasal kenduri arwah tu lagi. Kamu baliklah minggu ni ye Man? Mak harap sangat." "Mak, Man minta maaf sebab tak call mak, Man tak sengaja mak. Sekarang ni Man kena buka gerai tiap malam. Bukan apa, bila Ramadhan menjelang, Man dah tak bukak gerai, Man nak solat tarawikh tiap malam. Man janji Man akan balik sebelum bulan puasa. Man janji mak," begitu janji saya kepada mak. Mak masih macam dulu, diam dan faham dengan keadaan saya. Begitu sekurang-kurangnya dugaan saya.

Isteri saya adalah orang yang paling rapat dengan saya. Dialah insan yang sanggup hidup bersusah susah dengan saya. Dan sememangnya Allah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki bukan dengan sia-sia. Dia sering mengingatkan saya mengenai janji saya kepada mak. Tetapi jawapan saya tetap sama, saya terikat dengan komitmen mencari rezeki. Lagi pula, saya sememangnya telah memohon cuti selama 3 hari sebelum Ramadhan menjelma.

Saya meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Mak telifon saya lagi, bertanyakan perkara serupa; "Man, pulanglah Man. Kalaupun Man sibuk dan tidak mahu menemui mak, Man jenguklah pusara bapak. Mak betul2 mengharap." Dan jawapan saya,"Mak, Man tahu mak. Man tahu harapan mak. Man tak pernah lupa dengan janji Man. Man sudah mohon cuti pun selama tiga hari sebelum bulan puasa. Semuanya demi mengadakan kenduri arwah bapak. Lagipun mak, bulan Sha'ban masih panjang mak. Mak sabar dulu ye, Man janji Man akan balik. Dan Man tak pernah lupa janji Man." Mak cuma diam mendengar jawapan saya. Mengeluh tidak, menangis pun tidak.

Bagi saya reaksi mak menandakan mak terima jawapan dan alasan saya belum boleh balik menjenguknya. Kebetulan pula perniagaan saya betul2 menjadi. Pelanggan semakin ramai dan saya semakin sibuk.

Malam Rabu. Saya sibuk melayan pelanggan di gerai. Isteri dan anak-anak juga membantu. Meriah betul pasar malam kali ni. Dalam hati, saya amat bersyukur kerana ramai pelanggan, banyaklah beliannya. Bermakna saya bakal beroleh laba yang lumayan. Tiba2 handset saya berbunyi. Nombor Pak Cu tertera di skrin. "Ada apa ye Pak Cu panggil?" tanya saya dalam hati. "Assalamualaikum, Man, ni Pak Cu ni. Pak Cu harap Man sabar dan tabah dengar berita yang Pak Cu nak sampaikan ni," kata-kata Pak Cu buat Man berdebar2. "Waalaikum salam, insyaallah Pak Cu, Man serahkan segalanya kepada Allah. Kenapa Pak Cu, mak tak apa-apa kan?" terpacul soalan itu kerana hanya mak menjadi fokus saya ketika itu.

"Sabar ye Man. Berita ini memang mengenai mak. Mak dah tiada. Mak dah meninggal. Lepas Maghrib tadi lepas solat, mak kata dia pening kepala. Masa dia bangun nak buka telekung, entah macam mana kakinya tersandung bendul dan mak terjatuh. Kepala mak berdarah. Terus kami bawa mak ke hospital. Lepas sejam, doktor sahkan mak dah takde. Sabar ye Man, sabar...," sampai situ sahaja perkataan Pak Cu yang saya ingat. Pandangan saya menjadi kosong, sekosong fikiran saya. Dan hanya satu perkataan yang mampu saya ucap, "Mak!"

Isteri dan anak2 bergegas mendapatkan saya. Cemas. "Kenapa bang, kenapa ni?" isteri saya bertanya. "Mak, mak dah tak ada. Mak abang dah pergi...," saya tak malu menangis ketika itu.

Malam itu juga kami sekeluarga pulang ke rumah mak. Rumah yang sepatutnya saya kunjungi berminggu dahulu lagi. Rumah yang sepatutnya meriah dengan persiapan untuk kenduri arwah bapak. Tapi malam itu rumah itu sepi, kerana kenduri arwah itu sebenarnya buat mak.

"Mak, ampunkan Man mak. Man tak dapat sempurnakan harapan mak. Man tak balik bila mak mintak Man balik. Man derhaka kepada mak. Sekarang Man dan balik, bangunlah mak, bukalah mata mak. Mak...," saya meratap semahu-mahunya. Seikat wang kertas saya letak di tangan mak, wang saya kumpul buat biaya kenduri arwah. Tapi apalah gunanya wang kepada si mati...

nota kaki: sayangi mak anda

July 27, 2010


Malu ah...


Tok Rijal bersiul2 riang sambil jarinya mengetuk2 stereng kereta mengikut rentak lagu dangdut di stereo. Udah dia sedang berada di negara rajawali tu, kenalah dia layan dangdutdutdut. Di luar, gerimis masih turun, dan lalulintas menjadi perlahan, orang sana panggil 'macet'. Tiba2 cermin tingkapnya diketuk dari luar. Tok Rijal berhenti mengetuk stereng, bukak tingkap. Ada dua orang budak lelaki mengunjuk2 barang jualannya, tisu di dalam pek plastik kecil. Tok Rijal cakap, "Ngak, ngak," sambil goyang2kan tangannya. Siap geleng kepala mcm mamak amik order. Budak2 tu ucap terima kasih, beredar ke kereta depan.

Kereta depan bukak tingkap lps diketuk budak penjual tisu. "Lady driver," kata Tok Rijal dlm hati, takut didengar 'mem' yg duk kat sblah. Driver dpn tu mintak tisu 2 bungkus. Budak penjual tisu hulur tisu tu sambil mintak Rp200. Akak driver tu hulur note Rp1000. "Bu, ada nggak wang receh? Soalnya, dagangnya belum laku, dong," suara budak tu jelas didengar Tok Rijal. Akak driver geleng2. "Sebentar ya bu, saya tanyakan sama bapak di belakang," budak penjual tisu beredar semula ke kereta Tok Rijal. "Pak, ada tukaran Rp1000 ngak pak? Itu ibu di hadapan lagi nggak punya wang kecil," budak tu hulur duit Rp1000 kat Tok Rijal. "Oh, om cuma ada ini, Rp600, gi mana ya?" jawab Tok Rijal sambil garu kepala. "Nak, udah, ambil saja bakinya. Enggak apa2 kok," teriak akak depan meningkah bunyi deruman kenderaan yg mulai bergerak. "Ya udah, saya pinjem duluan ya pak," cepat jer budak tu sambar duit drp tgn Tok Rijal. Duit Rp1000 tu bertukar ke tangan Tok Rijal. "Ini buk, saya cuma punya Rp600, ambil duluan ya," hampir2 jer duit tu tercicir sbb kereta akak tu dah gerak.

Rupanya trafik takdelah bergerak jauh. Kereta akak tu lepas, tp Tok Rijal tak sempat. Dalam hati Tok Rijal, duit Rp1000 tu bukan semua miliknya, cuma sebahagiannya je. "Begini pak, boleh nggak saya tukarin uang tadi ke ojek? Sebentar aja pak," cadang si penjual tisu. "Begini ajalah, ambil saja uang ini buat kamu. Om nggak apa2 kok, ambil saja, sedekah. Om iklas kok," saran Tok Rijal. Tp budak tu pantas ambil duit tu dan berlari ke tempat menunggu beca. Ditinggalkan adiknya yg berhingus di tepi kereta Tok Rijal. Udah, dua2 terdiam membisu. Agaknya, disebabkan malu, si adik tadi hulurkan beberapa bungkus tisu kpd Tok Rijal. Iyelah, sbb dah menyusahkan pelancong luar. Sekonyong, si abang sampai. "Ini duit bapak Rp600. Makasih ya pak. Eh, itu tisunya bapak mau nggak?" katanya sambil memuncungkan bibir ke arah tisu yg tadinya diberikan si adik. "Ha? seharusnya dari tadi kamu ambil sahaja uang Rp1000. Om ikhlas kok, rasanya ibu tadi juga ikhlas. Mengapa sih kamu ribut2 mencari wang receh sekalian. Kamukan lebih membutuhkan uang, ya buat jajan barangkali," wah, tak sia2 Tok Rijal rajin melawat Indon, bahasanya jugak encer.

"Pak, kami ini berdagang, bukan peminta sedekah, apatah lagi mengemis. Ini Rp600 kan hak bapak, mengapa mesti aku mengambilnya. Cumanya, itu 6 bungkus tisu bapak mau nggak?" jawapan dan soalan serentak. "Oh, ini, om ambil semuanya. Ini bayarannya, Rp600 kan?" Tok Rijal serahkan sejumlah Rp kpd si penjual tisu, wang yg tdnya didapat drp tukang ojek. "Makasih ya mas, salamualaikum," dua2 penjual tisu beredar. "Tapi gimana nona tadi, kan masih ada Rp20nya pada kita," terdengar soalan si adik. "Esok aja, dia pasti lewat sini. Kamu ingatkan wajahnya ama mobilnya, kita tungguin aja," jawab si abang.

"Awak ni...kan senang kalau dari awal tadi awak beli tisu tu. Takdelah panjang cerita ni. Kesian kat En Razak tu nak kena menaip bagai. Lagipun tisu kat handbag Prada saya ni pun dah habis," bebel si 'mem' sebelah. "Awak mana faham semua ni...," jawab Tok Rijal ringkas, sambil terbayang2 akak driver dpn yg iras2 Bunga Citra Lestari tu...

July 21, 2010


Ah, heavynya...

"Cerita saya ni panjang dan penuh dgn pengajaran. Harap2 abang sudi mendengarnya," Itulah ayat pertama Y, sahabat lama saya ketika berjumpa di kedai minum. "Ceritalah, moga2 sahaja saya dapat mengutip iktibar yg baik drpnya," jawab saya penuh minat. "Begini kisahnya...,"

Saya ada seorang adik perempuan. Dia berpelajaran dan mempunyai kerjaya yang bagus. Sebagai satu2nya anak perempuan, pastilah adik saya menjadi kesayangan kami sekeluarga. Suatu hari, adik saya menyuarakan hasrat hatinya untuk berumahtangga. Kami kata, bawalah calon suaminya menemui kami sekeluarga. Bukan apa, biarlah kami bertemu, kadang2 mata org muda, kalau sedang asyik dilamun cinta, semuanya nampak sempurna. Tapi mata org tua ni lihat tajam penilaiannya, lebih hikmah timbang taranya, lebih bijak tilikannya. Alhamdulillah, budak lelaki itu kelihatannya sesuai dengan adik saya. Walaupun dia tidak dari golongan berada, tetapi dia dilihat mampu membahagiakan adik saya.

Akhirnya atas restu dan kesepakatan keluarga, adik saya dijodohkanlah dengan lelaki pilihan hatinya. Pasangan muda ini duduk sebumbung bersama kami sekeluarga. Hiduplah mereka seperti pasangan pengantin baru yang lainnya.

Tetapi kebahagiaan itu tidaklah kekal lama, ibarat pepatah, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari pula. Suatu hari adik saya diserang penyakit gatal kulit dan gegata. Habis seluruh badannya meruam merah dek kerana gatalnya. Gatalnya tu, sukar nak saya bayangkan, asyik menggaru sahaja. Melihatkan kejadian tersebut, ke klinik adik saya dibawa. Ubat dan sutikan diberikan tuan dokter. Leganya beberapa jam cuma, kemudian adik menggaru semula. Anehnya bang, penyakit gatal2 kulit ni cuma berlaku ketika adik berada di rumah sahaja. Melangkah keluar, hilanglah segala penyakitnya. Di pejabat, adik boleh bertugas tanpa sedikit pun gatal terasa. Tetapi, melangkah sahaja ke dalam rumah, jejak sahaja lantai rumah, gatalnya kembali dan mulalah dia menggaru tidak hentinya."

Kami teruskan usaha mengubati adik. Atas nasihat orang tua, ke utara kami temui sang pendita. Berkat doa dan ayat suci yang dibaca, alhamdulillah, hilanglah gatal dan juga miangnya. Kehidupan adik kembali normal, kembali ceria. Tetapi bang, kebahagiaan dan kegembiraan adik tidaklah lama, pabila sekeping nota ditemui di atas mejanya. Begini lebih kurang tulisannya: 'Aku tak dapat cara kasar, aku buat cara halus. Kau rampas kekasihku.' Tanpa nama.

Adik jadi bingung tidak terkira. Siapa penghantar nota dan pasti ada kaitan dengan penyakit gatal2 yang baru dialaminya. Bila ditanyakan kepada adik ipar saya, dia kata dia tak kenal mahupun syak sesiapa. Katanya hanya adik sahaja buah hatinya. Dan kami percaya keikhlasan kata2nya. Benar bang, selang beberapa hari, adik diserang penyakit gatal2 lagi. Kali ini timbul pula biji2 seakan jerawat batu di seluruh kulitnya. Ketul seakan jerawat ini mengandungi air jua adanya. Bila digaru, ianya pecah dan makin gatal terasa. Kasihan saya melihatkan keadaannya. Adik betul2 sakit dan menderita sehingga kadang2 menitiskan air mata. Bayangkanlah siksanya.

Kami bawa adik menemui si cerdik pandai semula. Seperti kali pertama, beliau membacakan beberapa potong ayat suci dan doa. Tetapi beliau tidak banyak berkata2. Sepertinya ada sesuatu yang berat ingin disampaikannya. Akhirnya dia berkata; "Si pengirim ini sangat tekad hatinya. Dia tidak akan berhenti sehingga runtuh rumahtangga. Penyakitmu ini insyaallah akan sembuh akhirnya tetapi helah lain pasti akan dicuba. Kalau pada hemat saya, kamu perlu mempertimbangkan pilihan untuk berpisah jua. Tetapi keputusan di tangan kamu berdua. Semoga Allah memberimu hidayah sebaiknya." Begitu lebih kurang kata2nya. Meraung adik mendengarkannya. Kami yang lain terdiam seribu bahasa.

Sekembalinya adik ke rumah kami, penyakit adik beransur pulih. Bintik2 seakan jerawat mulai surut, adik tidak menggaru lagi. Tapi perangai adik mulai berubah. Adik menjadi seorang yang pemarah. Pantang silap sikit, akan menjerit meradang. Pantang tercuit sikit, pasti ada sahaja benda melayang. Dan sasaran utama adik adalah suaminya. Kasihan kami melihat pasu, piring dan barang2 lain hinggap di badan adik ipar. Adik seolah2 kerasukan. Kadang2 kami ahli keluarga yang lain pun jadi sasaran amukan adik. Dan yang anehnya, perkara tersebut hanya berlaku ketika di dalam rumah. Jejak sahaja keluar rumah, adik akan kembali normal. Adik akan menyesal dan memohon maaf. Adik mohon sampai menangis.

Sebagai abang, akhirnya saya bersuara. Iyalah, walaupun itu rumahtangganya, saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan adik bahagia, kami bahagia. Kepada adik ipar saya berkata: "Abang tahu kamu sangat menyayanginya. Aku juga tahu kamu ingin bahagia apabila kamu mengahwininya. Tetapi apalah ertinya sayang sekiranya kamu tahu dia tidak gembira, kamu tidak gembira. Aku rasa, ada baiknya kamu ikut kata si pendita. Anggaplah jodohmu sampai di sini sahaja. Kadang2, bahagia yang sementara lebih bermakna daripada hidup bersama tetapi menderita..." Dia kulihat menekur muka. Benarkah tindakan dan nasihat saya...?

July 15, 2010


Wakaka, akhirnya terkena juga dia...

Ini kisah penghulu punya ceritera. Kalau bercakap yang nak menang asyiklah dia saja. Tak kiralah pegawai atau kakitangan biasa, semua dibelasah dengan hujahnya. Almaklumlah dia ni rapat ngan orang berkuasa, tengoklah lagak dan gaya pembawaannya. Tu belum cerita bab gadget, rumah dan harta bendanya, kalau tak kenal mahu jadi musuh gayanya. Adapun Tok penghulu ni lulusan menara gading orangnya. Fine art tu jurusan pilihannya, part2 politiking ni dalam saku katanya, itulah pasal, ramai yg memendam rasa.

Suatu hari tok penghulu mendapat berita, jemputan merasmi majlis di mukimnya. Walaupun sekadar OKU audiennya, namun semangatnya berkibar macam bendera. Adapun kepada keraninya diarah melayar internet jua. Mencari info dan bahan berguna. Mengenai OKU dan berkaitan dengannya, dari sejarah hinggalah ke hak2 mereka. Tak cukup dgn itu, isu perundangan tu pun diselitkan jua, kira dah macam budak 'U' punya paper. Dua minggu jugaklah dia berusaha, akhirnya teks ucapan siaplah jua. Tak lupa juga dimasukkan pantun dan seloka, agar menarik dan tak bosan mendengarkannya. Adapun teks ini diulang membacanya, biar mantap isi dan tonasinya, sebutan dan nahunya, idgham dan izharnya.

Hari yang dinanti pun tibalah jua. Sang penghulu disambut bak seorang Yang Dipertua. Kompang dipalu, diarak bak raja. Gembira di hati janganlah carita, senyum ke telinga tak lekang sentiasa. Naik ke pentas tok penghulu dipersila. Teks di tangan digenggam tak pernah leka. Akhirnya tok penghulu dipersila dengan segala hormatnya, sambil tersengih, beliau membuka bicara. Teks panjang dan berjela2, kena dihabiskan setengah jam juga adanya. Segala bahasa dan gaya yang tok penghulu guna. Pantun gurindam pun tidak dilupa. Itu belum lagi body language dan facial expression dikira. Kira 'all out'lah dia berbicara.

Adapun si audien senyap sahaja. Bersuara tidak, senyum pun tiada. Mata berkelip dan kadang2 geleng kepala juga, buat tok penghulu cuak pula jadinya. Tibalah kini tok penghulu mengakhir bicara. Diberinya salam, tak bersahut pula. Tepuknya tangan pun lambat juga, buat tok penghulu tertanya2. Kepada pengerusi majlis tok penghulu bertanya, adakah gaya bahasanya terlalu berbunga. Ataupun salah cara penyampaiannya, sampai sorang pun tak berkata. Maka dijawab oleh si pengacara, "Ntahlah tuan, saya pun tak sangka, kalau2 mereka faham semua. Tapi satu saja saya nak kata, mereka semua ni, tuli adanya.""Ooo begitu kisahnya," ringkas aja penghulu menjawabnya. Padahal kawan lain dah keluar air mata, dek sakan ketawa, dalam hati sambil berkata;"Terkena juga dia akhirnya..."

July 14, 2010


Retak (takdenye kene mengena ngan lagu ella ek...)

Alkisah terjadinya cerita di sebuah kampung yang masih lagi belum mempunyai sistem bekalan air paip seperti sekarang ini. Seorang kuli ditugaskan mengangkut air dari sungai ke rumah majikannya menggunakan dua buah tempayan yang digantung di hujung2 kayu dan dikandar di atas bahunya. Adapun salah sebuah tempayan tersebut telah retak dek kerana telah lama digunakan. Oleh kerana keretakan yang berlaku pada tempayan tersebut, biasanya setiap kali sampai ke rumah majikan, air yang tinggal hanyalah separuh bahagian sahaja. Selalu sahaja tempayan si retak ini berasa sedih dan malu di atas kekurangannya.

Suatu hari selepas dua tahun (mak ai, YB kat tempat tu tak keje ke?), si retak telah menyuarakan keluhan hatinya kepada si kuli tadi. Begini katanya,"Alangkah sedihnya aku melihat kamu bekerja keras mengangkut air saban hari. Akan tetapi, disebabkan kecacatanku, air yang kau angkut hanya sampai 1 1/2 tempayan sahaja. Kenapa tidak saja kau ganti diriku ini dengan tempayan yang baru, seperti tempayan yang satu itu?" "Oh itu, janganlah kamu bersedih wahai si retak, esok, sepanjang perjalanan pulang, kau lihatlah bunga2 yang cantik di sebelah laluanmu. Semoga saja kamu merasa terhibur," jawab si kuli. Benar, keesokannya si retak mendapati sepanjang laluan pulang ke rumah majikannya terdapat pelbagai bunga yang indah2. Terhibur jugalah sedikit hati si retak.

Akan tetapi, setibanya ke rumah majikan, hatinya kembali kesal kerana air yang ditakungnya cuma tinggal separuh. Si kuli lantas berkata, "Retak, janganlah kamu berdukacita. Sebenarnya aku telah maklum akan hal keadaanmu sejak awal lagi. Untuk itu, aku tanamkan benih bunga2 itu di sepanjang laluan kita. Tiap hari, air yang tumpah ke tanah itulah yang menyirami bunga2 tersebut. Nah, bunga2 itulah yang kupetik buat menghias rumah majikan kita. Aku tahu kekuranganmu berbanding tempayan lain, tetapi aku melihat kekuranganmu sebagai kelebihan untuk berbakti secara yang lain. Aku tidak pernah menyesal menggandarmu tiap hari kerana aku tahu, kamu tetap berbakti secara yang lain."

Si retak sangat gembira. Sekarang dia tahu bahawa tuhan pastilah tidak mencipta sesuatu itu secara sia2, kerana sesuatu kelemahan itu pasti akan menjadi kelebihan jika kita pandai mensyukuri dan memperbaikinya.

p/s: kan aku dah kata takde kene mengena ngan lagu ella de...

July 9, 2010


Itu batu besar, dalam juga ada duduk...

Cik Pishaposh Beckham dah puas bagi lecture kat pelajar2nya. Harini, dia taknak wat lecture biasa, dia nak wat satu ilustrasi, dia nak uji pelajar2nya yang ala2 tu. Cik Pishaposh keluarkan sebuah besen besar. Kemudian, dia masukkan batu2 sebesar kepalan tangannya sampai penuh sebesen. "Sekarang, kamu semua rasa, besen ni dah penuh belum?" soal sang lecturer. "Sudah," studentnya jawab hampir serentak.

"You all pasti ke?" Cik Pishaposh kecikkan matanya yg sedia kecik tu. Kadang2 dia mmg suka mendagu, eh menduga keintelektualan studentnya. Sekonyong, Cik Pishaposh keluarkan batu2 kerikil kecil dan memasukkannya ke dalam besen. Kerikil2 tersebut mengisi ruang2 kosong di antara batu2 besar. "Sekarang you all rasa besen ni dah penuh belum?" "Mungkin belum," suara yang menjawab semakin kurang. Then, sang guru memasukkan pasir halus ke dalam besen tersebut. "Sekarang, you all rasa besen ni dah penuh belum?" Cik Pishaposh terus bertanya. "Belum," dua tiga orang jer yg berani jawab. Kebanyakannya masih tertanya2 ke mana Cik Pishaposh ni bawak. Last skali sang guru menuangkan air mineral yg dibawanya ke dalam besen. "Sekarang, besen ni dah penuh. Could anyone be kind enough to tell us anything we could understand from the demo?" Cik Pishaposh pandang ke student sambil cuba besar2kan matanya lagi.

"Maksudnya, sepadat mana pun jadual kita, kalau kita mahu, pasti kita akan dapat mencapai cita2," jawab sorang mamat skema yg duduk dpn skali. Alah, mamat yg rambut belah tengah pakai spek dan takde awek tu. "Bukan...maksudnya, bila kamu tidak memasukkan 'batu besar' terlebih dahulu, kamu tidak akan dapat memasukkan yg lain2nya," jawab Cik Pishaposh. "Dan batu besar itu adalah keluarga, pelajaran, pekerjaan, insan2 di sekeliling kita serta segala yang penting dalam hidup kita. Kalau kita leka dan asyik berfikir untuk memasukkan 'batu2 kecil' sahaja, lambat laun 'batu besar' takleh masuk. Sedar2 kita dah tua dan akhirnya mati, sedangkan masih banyak perkara penting yg kita belum dapat selesaikan. Adapun kerikil dan pasir itu selalunya merimas dan merisaukan hidup kita," jelas Cik Pishaposh panjang lebar.

"Mulai malam ini, aku akan fikirkan apakah 'batu besar' dalam hidupku dan usahakannya mulai esok," tekad si skem dalam hati. Nantikan kesudahannya...

July 8, 2010


Batir Guyon...(teman gelak ketawa)

Ah, di pertengahan minggu cenggini, pastinya terasa agak malas utuk berbicara mengenai perkara serius. Apa kata kita bncang pasal hal berumah dan bertangga. Kalau suatu ketika dahulu org kata rumah tak semestinya bertangga, sbb byk rumah teres, tp skang ni rumah teres pun dah byk yg 2-3 tingkat, so, istilah berumah tangga tu masih relevan. Tu belum kisah rumah apartment dan pangsapuri lagi tu. Eh, ape ko mengarut ni Labu...

Macam ni, kisah laki bini ni sbnrnya sgt relevan utk direnung dan difikir2. Iyelah, kalau masa mula2 nak kawen dulu, kena hadir kursus pra-perkahwinan, sbb baru mula nak buka new chapter of life. Tapi rupanya bila dah kawen, kita kena lbh byk berkursus psl hidup berumahtangga ni. Iyelah, kalau nak kawen, biasanya bakal pengantin pening memikirkan persiapan nak jadi raja sehari. Pasal majlis kendurilah, hantaranlah, rombonganlah, kelengkapan persandinganlah, tu blum persediaan batin lagi tu (ah, korg kalau part ni...). Kalau yg terkehadapan sikit pemikiran tu, persediaan psikologi nak kenal dan mesra ngan pasangan dan keluarganya. Tapi takat tu je ke persiapan yg kita kena buat? Padahal, semua tu kira minor adjustment jer, paling2 pun persiapan utk menghadapi 2 bulan pertama. Tahun2 mendatang?

Bila dah kawen, dah duduk sendiri, dah ada keluarga sendiri, pasangan kenalah tahu dan laksanakan peranan masing2. Masa ni lah nak juggle between kerjaya dan keluarga. Iyelah, kalau dulu gaji utk makan sorg, skang dah kena kongsi. Walaupun ada pasangan yg bekerja, suami kenalah cukupkan makan pakai keluarganya. Kadang2, time ni jugaklah karier baru nak berkembang. Boss demand lebih drp kita. Kena kerja lebih masa, outstation dan stayback malam serta hujung minggu. Agak2nya sempat tak lagi pasangan nak bermesra2 mcm mula2 kawen dulu. Nak ber'ayang-abang', nak ber'mama-papa'? Nak jln berpimpin tgn, sedang anak dah mcm keretapi, nak 'u suap i, i suap u' lagi?

Kalau sempat, alhamdulillah. Tp kebanyakannya tak sempat kan? So ada beberapa tips yg rasanya buleh kot nak dipraktikkan. Aku bagi 3 jer dulu, try amalkan, insyaallah mujarab;
  • Selalu sentuh pasangan. Sentuhan ni sgt penting sbb kdg2 sentuhan lebih berkesan drp kata2. Sentuhan blh memberi isyarat kita suka, gembira, mahupun benci atau marah. Apalah salahnya, kalau pagi2 sblm nak pegi kerja, saling bersalaman. Lbh baik, lepas solat berjamaah, bersalaman, isteri kucup tangan suami, suami kucup dahi isteri. Masa nilah suami kena nasihat dan pesan pd isteri. Bukan tu jer yg Islam sarankan, time marah pun ada gayanya nak guna sentuhan. Kalau isteri marah, suami kena sentuh isteri, peluk isteri, pujuk dan beralah. Tp isteri jgnlah pulak time suami marah nak cuba2 sentuh, silap gaya kena sepak terajang. Isteri jgnlah membalas kata2 suami yg sdg mrh, diamkan jer...sambil doa marahnya cepat reda.

  • Memberi hadiah. Haa...yang ni isteri suka. Kerap2lah beri hadiah kpd pasangan. Jgnlah nak tunggu b'day atau anniversary jer. Alah, kalau xde occassion pun bglah hadiah. Tak semestinya kena belikan yg mahal2, intan permata bagai. Kdg2 tu buat surprise pun ok gak. Tp jgnlah memandai2 bg hadiah b'day pd tarikh your ex...nahas lu, bro.

  • Tolonglah kerja sidia. Tang ni yg berat terutamanya kpd suami. Iyelah, kerja rumah ni, kebanyakan suami pandai sikit2 jer, sdgkan si isteri kebanyakannya sgt teliti dlm melaksanakannya. Katalah suami kalau vacuum ke, cuci baju ke, iron baju ke, hatta nak sidai baju pun kdg2 kena tegur dek isteri. Selekeh katanya, tak bersihlah, berkedutlah, tak kemaslah. Suami jgnlah cpt ambik hati, tanyalah mcm mana kehendak isteri tu. Kpd si isteri pulak, jgnlah demand sgt, suami dah nak tlg tu, byk2lah bersyukur. Mana yg x berapa berkenan, tegurlah baik2. Kalaupun si suami tak blh jugak nak buat kerja2 rumah ni, temankanlah isteri kita time dia buat kerja tu. Duduklah sblh dia time dia iron baju kita, kurang2 tolong gak, walaupun tolong tgk...
Akhirnya, komunikasi dlm rumahtangga ni sbnrnya sama penting dgn komunikasi kat tempat kerja, kalau tak lbh penting. Sbbnya, esok2 satu hari kalau kita dah tinggalkan pejabat, pasangan kitalah yg akan jadi batir guyon, harapnya...

July 6, 2010

Terbaeekkk...

Seorang teman sering mengadu bahawa nasib hidupnya sentiasa tidak membuatnya gembira. Katanya, tidak seperti teman2 yang lain, apa sahaja yang diusahakannya membuahkan hasil yang sedang2 saja mcm sebuah lagu dangdut tu. Kadang2 tu aku bagitau dia gak yg sedang2 tu maybe lbh baik drp yg complicated, tp kerap gak dia tak leh terima. Secara kebetulan pg td terdgr kuliah kat ikim fm. So, marilah sama2 kita renungkan.

Bayangkan dua situasi ini. Situasi pertama, seorang suami yang teringin makan ayam masak merah lantas mengoder drp isterinya. "Well, sayang, I crave for ayam masak merah today. Could you please fix it for me, darling?" Si isteri dgn muka selamba pegi dapur, kuarkan ayam drp fridge dan defrost dlm microwave. Belum pun lembut betul, ayam dikerat2 dan digaul dgn kunyit. Goreng kejap dan dimasukkan ke dlm sos drp tomato yg ditumis dgn bawang dan rempah. Bila siap, si isteri hidang dlm pinggan yg dpt free beli ubat gigi kotak besar. Lantas dipanggillah sang suami,"Nah, makanlah."

Dan cuba bayangkan situasi kedua ini pula. Si suami bertanya kepada pembantu rumahnya, "Ciciyanti, aku teringin makan ayam masak merah hari ini. Apa kamu bisa memasaknya?" "Bisa, pasti bisa pak," jawab pembantu penuh hormat. Ciciyanti bekerja dengan teliti tetapi pantas. Ayam disiang bersih. Kulit dan lemak dibuang dan ayam digaul dgn tepung sebelum dibilas. Buang bau hanyir, rahsianya. Selepas digoreng separuh masak, ayam ditos di atas kitchen towel utk kurangkan minyak. Rempah ditumis sempurna dan ayam dimasukkan kemudiannya. Ciciyanti mengambil pinggan pyrex yg majikannya beli dari Langkawi. Ayam dihidang siap dgn garnishee mcm daun sup dan bawang goreng. "Silakan makan tuan," Ciciyanti menjemput tuannya setelah nasi disenduk dan air minuman terhidang di meja. Semuanya menggunakan jenama pinggan mangkuk yg sama.

Agak2lah, yang mana lebih menawan selera sang suami. Bagi suami yg agak ber'jurus', sikit mungkin dia berkata, "Takpelah, aku pilih masakan bini aku, nak jaga hati." Tapi kalau yg tak pikir sampai situ, mau aja dia ambik Ciciyanti jadi bini kedua.

Tapi bukan itu isunya. Manusia secara fitrah mahukan kesempurnaan. Kalau diberi pilihan samada mahu rumah yg indah sempura atau daif serba kekurangan, pastilah kita pilih yg mula2. Kalau diberi pilihan kereta yg branded menjalar dan buruk sering semput, pasti kita tolak yg kedua. Begitulah juga pilihannya pada senarai pilihan isteri, teman, pekerja dan seterusnya.

Jika manusia fitrahnya menyukai kesempurnaan, bagaimana pula Allah? Pastilah Allah sukakan yang terbaik dan paling sempurna. Analoginya, antara solat yg didirikan penuh khusu' dan sempurna rukun serta syaratnya dengan solat orang yg lalai dan lebih kurang, mana yg lebih utama? Sedangkan Allah kata merugilah mereka yg mencuri dalam solatnya. Iaitu mereka yg lalai dan culas ketika mendirikannya. Macam manalah kita nak dpt hasil yg terbaik kalau kita memberi yg lebih kurang jer? Alah, ibarat kata omputih tu, What you give, you get back, ke hape. Kesimpulannya, jgn mengeluh kalau apa yg kita dpt ni bukanlah yg terbaeek, mungkin sbb kita tak beri yg terbaeek...

July 1, 2010


"The Partner"-To Grisham or not to Grisham

The topic of having a second life becoming so popular nowadays. So was Grisham in his another brilliant work, The Partner. Patrick Lanigan, a young partner who're about to be sacked by the firm. It's only a matter of chance when he found out the little secret of the partners. Together with the evidence, Patrick had change his identity and flight for his second life, the one he longed for. Grisham had plotted the story amazingly and full of detail. The craziest, I'm obliged to admit, the plot start with falsified death, the vanishing money of the firm, the hunt over Brazil and lastly the capture of Patrick.

But Grisham went futher with the beautiful Eva, Patrick's partner. Together with their lawyer, Sandy, Patrick managed to buy his freedom and walk his way out casually from the authority. Blame the system, and the clown of course, where crime could be justified in a certain way. Patrick had offered to disclose a huge scandal regarding false claim in navy industry. The scandal which named a senator, some very big insurance companies and real player of ex FBI.

So, how I find this book inspires me?
  • Addictive-detrimental to sleep.
  • What ninety million dollars worth to American dreams
  • How a system bend in a so called most sophisticated nation like the US
  • The tendency in labelling developing countries in a way supporting terrorism
  • The story ending beautifully where the trusted partner had left him with the whole fortune, kah kah kah, "bior padan muka dia" and I have no better translation for that.

June 23, 2010


Kisahnya si tukang bakso...

Adapun kisah ini dikutip drp kisah seberang, makanya sila tukar tune pembacaan anda ye.

Suatu hari Pak Hendra (glamer kan nama ni kat sinetron) sedang berehat di laman rumah banglonya. Sambil duduk membaca koran (surat khabar ye, bukan al Quran), terdengar cucu2nya riang bermain di sebelah kolam renang. Tiba2 terdengar teriak si penjual bakso melintasi rumah agamnya. "Bakso, bakso. Bakso panas, enak enak," begitulah agaknya bunyinya, manalah aku tau sbb aku tak minat bakso. "Shiapa mau bakso?," Pak Hendra bertanya kepada anak2. "Mau...," jawab mereka hampir serentak. Lantas si penjual bakso dipanggil oleh Pak Hendra.

"Bakso lima, kurang pedes ya, ini anak2 kepingin jajan," Pak Hendra mengoder. "Iyah pak, iyah," Doyok si tukang bakso (org sana semua dipanggil tukang hatta penjual bakso, aku agaklah...) cekap memenuhi permintaan pelanggannya. Selasai makan, Pak Hendra membuat bayaran. Apa yang menghairankannya, wang tersebut dibahagi tiga oleh Doyok. Satu bahagian dimasukkan ke dalam laci kereta dorong (kereta sorong), satu dalam wallet dan satu lagi ke dalam bekas plastik. "Kalau tidak keberatan, emangnya kenapa sih kamu membagi2 uwangnya ke dalam laci, dompet dan kencleng? Kenapa enggak disimpan aja dalam dompet?" Pak Hendra bertanya sambil mengecilkan matanya.

"Oh, saya sudah melakukan begini selama 17 tahun pak, sebabnya sangat sederhana. Uwang yang masuk laci akan digunakan untuk infaq dan sedekah. Manakala yang masuk dompet itu buat memenuhi keperluan hidup sehari2. Dan uwang yang masuk kencleng itu buat simpanan pergi mengerjakan haji. Kan itu saran agama kita pak?" Doyok menerangkan dengan suara yang sangat sederhana. "Tapi kan ibadah haji itu hanya wajib kepada yang mampu, termasuk dalam kemampuan dalam biaya?" Pak Hendra menduga tukang bakso. "Itulah pak, emangnya saya jesteru malu kalau bicara soal mampu dan tidak mampu. Kalau kita mendifinisikan diri kita sebagai manusia yang tidak mampu, maka selamanya kita menjadi tidak mampu. Sebaliknya kalau kita meletakkan diri kita 'mampu' maka insyaallah, Allah akan membantu kita menjadi manusia yang mampu," jawapan yg sangat bernas dari seorang tukang bakso. Kita camne? Bakso anyone????

June 17, 2010


Kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut

Dedek sering merungut mengenai kehidupannya yang begitu sempit. Kata Dedek, dia dah bekerja keras, tapi hasilnya selalu tidak cukup. Bukanlah dia tidak sedar yang pendapatan bulanannya melebihi sebahagian officematenya, tapi biasanya, setelah dua hari menerima gaji, baki yang tersisa membuatnya tercekik. Iyelah, bila dah tolak ansuran sana sini, hutang sana sini, bil itu ini, duitnya dah tinggal tak seberapa. Dudik, teman rapat Dedek kasihan melihatkan keadaan Dedek. Lalu diceritakan mengenai kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman terlihat seekor semut sedang tekun mengangkut sebutir kurma. Setelah memberi salam, Nabi Sulaiman bertanya kepada si semut, "Hai semut, apakah yang sedang kamu lakukan?" Maka dijawab oleh sang semut, "Wahai tuan, Allah telah mengurniakan aku rezeki sebiji kurma untuk setahun. Kurma ini akan kusimpan di dalam sarangku." "Wahai semut, aku telah membahagi dua kurma ini. Sekarang, masuklah kamu ke dalam botol ini dan duduk serta makanlah separuh kurma ini. Insyaallah, tahun hadapan, setelah genap satu tahun, akan kita akan bertemu lagi," perintah nabi Sulaiman. Sang semut akur.

Setelah genap setahun, nabi Sulaiman datang menemui sang semut. Nabi Sulaiman mendapati kurma nan separuh itu masih banyak berbaki. Hairan dengan apa yang dilihatnya, nabi Sulaiman bertanya,"Mengapa kamu tidak menghabiskan kurma itu wahai semut? Kan aku telah berjanji akan memberimu sebahagian lagi kurma kepadamu?" Maka dijawab oleh sang semut,"Aku banyak berpuasa dan hanya menghisap air daripada kurma tersebut, wahai nabi Allah. Allah memberiku sebiji kurma sedangkan kamu memberiku sebahagian sahaja. Aku takut tahun depan kamu tidak memberiku lagi kerana engkau bukan Allah, Tuhan yang maha memberi rezeki..."

"Oh, jadi masalahnya bukanlah mengenai gajiku, tetapi bagaimana aku menilai dan menggunakan rezeki yang Allah berikan rupanya. Sedangkan semut pun pandai mengurus rezekinya, inikan pula aku sebagai manusia...,"Dedek bermonolog bak soliloqui.

June 16, 2010


Oh...sengal...

Kisah ini diceritakan drp seorg kawan kepada seorang kawan dan diwariskan kepada hamba. Tak kiralah drp siapa, tp kisah ini memang sengal...babas...

Alkisah berlaku di antara 3 lelaki Pakistan dan 3 lelaki India. Mereka semua dalam perjalanan mengelilingi Eropah. Sebelum menaiki train, ketiga2 lelaki Pakistan ini masing2 membeli sekeping tiket, tetapi lelaki2 India ini hanya membeli sekeping tiket. Hairan melihatkan perkara tersebut, mamat2 Pakistan bertanya kepada mamat2 India, "Bagaimana kamu bertiga ingin menaiki keretapi dengan hanya sekeping tiket?" "Just look and learn," poyo jer jawapan mamat2 India. Ketika para penumpang berebut2 masuk ke dlm train, ketiga2 lelaki India ini masuk ke dlm tandas di dlm keretapi. Apabila pemeriksa tiket mengetuk pintu tandas sambil meminta tiket, salah seorang lelaki tersebut menghulurkan tiket dari celah pintu. Selepas pemeriksa tiket berlalu, mereka semua keluar dgn muka bangga. Mamat Pakistan terpegun dgn ketereran negara jiran mereka.

Keesokan harinya, ketika mereka mahu menaiki keretapi yg lain, mamat2 Pakistan ini membeli sekeping tiket dengan niat meniru tricks jiran2 mereka. Tetapi mereka bertambah hairan kerana rakan2 India mereka dilihat langsung tidak membeli sebarang tiket. "Camna hangpa naik train takdak beli tiket?" camtu lebih kurang soalan mereka. "Just look and learn, son," bengkek jer dgr jawapan si India. Bila train sampai, mamat2 Pakistan ni berebut masuk dlm tandas mcm India smlm. Sedangkan hanya 2 orang India yg masuk ke dlm tandas sblh. Salah seorang mamat India tadi mengetuk pintu tandas yg di dlmnya ada 3 org mamat Pakistan, sambil cakap, "Tiket, tiket...". Pintu dibuka sedikit dan tiket dihulurkan. Dengan senang hati India itu ambil tiket dan kembali masuk ke bilik tandas sebelah. Sengal kan???

June 14, 2010


Nilainya 5 minit

Seorang wanita sedang duduk di bangku simen di sebuah taman permainan. Dia asyik memerhati anak perempuannya bermain papan gelongsor. Seorang lelaki duduk di bangku sebelah. Juga memerhati anak lelakinya yang sedang bermain buaian. Sekali sekala si ibu bersuara meminta anaknya berhati-hati.


Beberapa ketika kemudian, lelaki tersebut memanggil anaknya, “Denny, jom kita balik, dah petang ni.” “Alah ayah, nantilah dulu. Bagilah Denny main lima minit lagi ye…”rayu sang anak. “Ok, lima minit aje tau,” si bapa beri lampu hijau. Selepas lima minit, si bapa mengajak anaknya balik, “Ok Denny, masa sudah time. Jom kita balik.” “Lima minit je ayah, lima minit. Denny nak main panjat2 pulak,” sang anak terus merayu. “Ok, lima minit aje tau. Denny main baik2 ye,” si bapa terus berkompromi, langsung tiada riak marah.


Melihatkan situasi tersebut, wanita di bangku sebelah bersuara. “Baik betul u dengan anak u ye. Dari tadi anak u mintak 5 minit, ni dah masuk 15 minit, tp u tak marah pun. Kalau i…tak tahulah,” ber ‘i’ ‘u’ tu…”Sebenarnya saya ada dua orang anak. Suatu hari anak saya yang pertama minta saya hantarkan dia ke kelas tambahan. Sekolah tu tak jauh pun, cuma lima minit jer dari rumah. Tapi saya sibuk sangat hari tu, so saya suruh dia jalan kaki. Sampai di simpang depan tu, sorang pemandu mabuk langgar anak saya. Keadaan anak saya parah dan meninggal dunia setibanya di hospital. Sampai harini terngiang2 kata terakhir anak saya masa mintak hantarkan ke sekolah haritu, “Lima minit je ayah, lima minit je…” si ayah sebak. “Sejak haritu, sy berjanji akan tunaikan permintaan anak saya yang tinggal untuk bersama saya 5 minit. Sebenarnya, bukan dia yang perlukan lima minit saya, tetapi sayalah yang mendambakan lima minitnya…” Akak sebelah tu dah start menangis.