June 17, 2010


Kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut

Dedek sering merungut mengenai kehidupannya yang begitu sempit. Kata Dedek, dia dah bekerja keras, tapi hasilnya selalu tidak cukup. Bukanlah dia tidak sedar yang pendapatan bulanannya melebihi sebahagian officematenya, tapi biasanya, setelah dua hari menerima gaji, baki yang tersisa membuatnya tercekik. Iyelah, bila dah tolak ansuran sana sini, hutang sana sini, bil itu ini, duitnya dah tinggal tak seberapa. Dudik, teman rapat Dedek kasihan melihatkan keadaan Dedek. Lalu diceritakan mengenai kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman terlihat seekor semut sedang tekun mengangkut sebutir kurma. Setelah memberi salam, Nabi Sulaiman bertanya kepada si semut, "Hai semut, apakah yang sedang kamu lakukan?" Maka dijawab oleh sang semut, "Wahai tuan, Allah telah mengurniakan aku rezeki sebiji kurma untuk setahun. Kurma ini akan kusimpan di dalam sarangku." "Wahai semut, aku telah membahagi dua kurma ini. Sekarang, masuklah kamu ke dalam botol ini dan duduk serta makanlah separuh kurma ini. Insyaallah, tahun hadapan, setelah genap satu tahun, akan kita akan bertemu lagi," perintah nabi Sulaiman. Sang semut akur.

Setelah genap setahun, nabi Sulaiman datang menemui sang semut. Nabi Sulaiman mendapati kurma nan separuh itu masih banyak berbaki. Hairan dengan apa yang dilihatnya, nabi Sulaiman bertanya,"Mengapa kamu tidak menghabiskan kurma itu wahai semut? Kan aku telah berjanji akan memberimu sebahagian lagi kurma kepadamu?" Maka dijawab oleh sang semut,"Aku banyak berpuasa dan hanya menghisap air daripada kurma tersebut, wahai nabi Allah. Allah memberiku sebiji kurma sedangkan kamu memberiku sebahagian sahaja. Aku takut tahun depan kamu tidak memberiku lagi kerana engkau bukan Allah, Tuhan yang maha memberi rezeki..."

"Oh, jadi masalahnya bukanlah mengenai gajiku, tetapi bagaimana aku menilai dan menggunakan rezeki yang Allah berikan rupanya. Sedangkan semut pun pandai mengurus rezekinya, inikan pula aku sebagai manusia...,"Dedek bermonolog bak soliloqui.

2 comments:

  1. betul tu.... sebagai manusia kene pandai membahagikan harta/gaji seperti tukang bakso yang diceritakan selepas ini...

    ReplyDelete
  2. tapi...camne lak kalau tiap kali dpt gaji, duit yg tinggal cume buleh wat kita tersedak sbb sume habis buat byr utang?

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.