January 11, 2010



Kehilangan dan kebimbangan...




Minggu ni kita (sebahagian jer kut...) digemparkan dengan pemergian dua tokoh aktivis dan nasionalis wanita iaitu Allahyarhamah Tun Dr Fatimah Hashim dan Dato' Lily Abdul Majeed. Jasa kedua2 insan ini selayaknya dikenang dan dicontohi oleh kita, rakyat Malaysia. Tapi penulis faham, rakyat terbanyak hari ini lebih mudah mengikuti dan mencontohi 'idola'2 spt juara sehati berdansa dan yang terbaharu, juara AJL. Iyelah, belum sejuk kisah dua juara yg bwk balik duit dan hadiah yg best2 tu, dah pun bermula rancangan raja lawak. Tu belum cerita uji bakat AF lagi tuh (err, camne aku leh ingat sumer tu?).




Tun Fatimah adalah menteri wanita pertama negara. Pressure sbg yg pertama ni mmg lain sikit drp yg ke seterusnya. Iyelah, yg pertama biasanya akan jadi tumpuan dan kajian. Jadi kajian mmglah best, asal jgn jatuh jadi kejian, sudahlah. Dato' Lily pulak ialah bekas Setiausaha Agung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Haa...penulis pernah dealing directly with her masa kerja kat YADIM dulu. Beliau mmg sgt professional dan mempunyai passion yg tinggi. Sangat helping especially kepada saya yg baru shj berurusan dgn NGO besar mcm yg beliau terajui. Masih teringat projek pertama kami di Ipoh yg dirasmikan oleh Tuanku Bainun. Then, kami colloborate dgn projek di Kuantan yg dirasmikan oleh Tuanku Hajjah Kalsom dan yg terakhir projek di KB yang dirasmikan oleh Tuanku Permaisuri Kelantan. Kali terakhir kami bertemu, beliau menggunakan kerusi roda, di YADIM dan sedang menguruskan projek utk LKPIM, sungguh bersungguhan beliau itu. Alfatihah buat mereka berdua dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.




Dan, kalaulah diizinkan, isu yang perlu diberi perhatian ialah isu harga petrol. Awal minggu lepas, KPDNKK mengumumkan bahawa mulai 1 Mei 2010, harga petrol akan dijual mengikut kategori. Bagi bukan warganegara, harga petrol adalah harga pasaran semasa (meaning xde subsidi). Bagi warganegara lak, hanya golongan berpendapatan rendah yg akan merasai nikmat harga petrol bersubsidi seperti sekarang. Mekanisma penentuan rakyat berpendapatan rendah dan tinggi dikatakan mengikut cc kenderaan. Now, some points to ponder;



  • Agak2nya, ada kemungkinan tak kat stesen2 minyak kat sempadan cam Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak, berlaku warga kita yg 'meminjamkan' Mykad kepada bukan warganegara time nak beli petrol?




  • Betul ke pemilik kenderaan di atas 2000cc semuanya orang berada? Ada tak kemungkinan pemilik MPV berkapasiti 2000cc adalah golongan berkeluarga besar mcm Naza Ria tu? Iyelah, kete mcm tu yg 2nd hand mestilah lebih murah drp Toyota, Honda dan Nissan 1.5 yg baru kan?




  • Mcm mana pulak nasib pakcik2 kat kampung yg pakai Merc lama, Audi lama, xpon kawan2 kita yg pakai Perdana lama nak dikategorikan sbg golongan berada sedangkan harga kete tu pun 'tak berapa berada' dlm pasaran harini?




  • Ape kes plak bagi org kaya yg beli BMW318, Merc180, Audi A4, Suzuki Swift, Civic1.8 dll? Adakah mereka benar2 golongan berpendapatan rendah?


Oh, semua ini mmg susah nak difikirkan. Kita sokong usaha kerajaan menyediakan subsidi kepada rakyat yg benar2 memerlukan, tp pelaksanaannya kenalah adil dan berhikmah. Mcm lecturer law slalu ckp, "Justice need not only been done, but seem to be done." Masih ada masa untuk kita sama2 memikirkannya, kan?