June 15, 2011


Dia Adiwiraku...(catatan sempena hari bapa)

Adiwira adalah superhero. Berapa ramai di kalangan kita yang dengan bangganya mampu mengatakan bahawa bapa kita adalah adiwira kita, kalau bukan untuk orang lain? Kalaulah ditanyakan kepada anak-anak kecil siapakah adiwira mereka, mungkin jawapan seperti Ironman, Transformers atau yang terkini Green Lantern pilihan mereka. Mengapa bukan jawapan berbunyi, ayah, papa atau abah ye?

Salah satu faktor yang mungkin kita boleh sama-sama fikirkan adalah kesemua adiwira-adiwira di atas memaparkan sekurang-kurangnya satu persamaan dari segi karektor, they're the man of action. Cuba kita selidik, Ultraman datang ke tempat raksasa dan terus bertempur. Mana ada Ultraman datang nak borak-borak dulu, mana ada Ultraman bagi syarahan kepada raksasa tentang berbuat baik dan jangan melakukan kemusnahan? Ultraman datang dan terus bertempur bersungguh-sungguh (ye ke?). Begitulah seorang bapa perlu bertindak. Macam mana anak nak iktiraf kita sebagai adiwira kalau lipas lalu depan mata pun kita menjerit. Dahlah suara beso, menjerit mengalahkan anak gajah baru pecah suara, tak ke buruk tu? dahtu bila lipas tu dah berlalu boleh kita cakap, "Aku kalau rimau ke, buaya ke, seladang ke lalu depan aku tak jadi hal, tapi memang pantang kalau lipas...geli..."

Kalau soalan siapakah wirawati anak-anak kita pula, mungkin jawapan seperti Barney, Dora atau Barbie jadi pilihan. Agak2 kenapa ye? Mungkin sebab suara mereka lembut, penuh pujukan dan galakan, atau penampilan mereka kemas, menarik dan menawan? Sedangkan watak yang realitinya ada di hadapan anak-anak adalah seorang perempuan yang garang, asyik marah-marah dan berbedak sejuk berbaju kelawar siang dan malam. Jadi, salahkah anak-anak kita?

Teringat satu cerita pada suatu malam si anak menjerit memanggl ibunya di tingkap rumah tingkat 7 sebuah apartment yang sedang bertugas shift malam di hospital. "Mama, cepatlah balik," laung si anak kuat. Si bapa berasa sayu lantas memanggil anaknya.

Ayah: Adik, adik ingat tak masa kita bercuti dulu, adik jatuh dari kerusi di hotel dan kepala adik luka?
Anak: Ingat
Ayah: Kemudian apa yang berlaku?
Anak: Baba panggil ambulan, kita naik ambulan ke hospital.
Ayah: Dalam ambulan siapa rawat luka adik, siapa lekat plaster?
Anak: Doktor.
Ayah: Sekarang ni ada orang yang berlanggar kereta, ada yang jatuh pokok, ada yang jatuh longkang. Semua orang-orang ni dibawa ke hospital. Dan Mama kena rawat mereka macam doktor rawat adik dulu. Adik kesian kan kalau orang-orang tu takde siapa yang rawat?
Anak: Kesian ayah. Mama kene tolong orang yang sakit, biar cepat sembuh. Mama hebat, adik tak kisah Mama tak ada malam ni, sebab Mama tolong orang.

Moral of the story adalah, kalaulah kita dapat menerangkan kepada anak-anak bahawa apa yang kita lakukan selama ini adalah dengan tujuan "memberi" kepada orang lain dan bukan sekadar kerja untuk "menerima" gaji, anak-anak akan lebih memahami dan tanpa segan silu mengiktiraf bahawa kitalah adiwira dan wirawati hidup mereka. Ke guane?