Perjuangan yang tertewas
Hari ini aku nak bercerita pasal formula untuk gagal. Gagal, sapalah suka gagal kan? Dan kalau dah gagal, kita paling benci nak dengar analisa sebab kegagalan. Apatah lagi kalau dia dah berusaha sunguh-sungguh dan yakin sangat kita pasti berjaya, tup tup gagal lak...Mari kita baca kisah seterusnya.
Ingat tak masa kita berjaya meraih pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan SEA 2011? Kalau ikutkan resamnya, macam takleh menang jer kan? Orang sebelah sana lak dah yakin sangat mesti berjayalah...dikunyitkan jer pasukan kita nih...Dengan serangan psikologinyalah, ugutan dan cemuhan, rasanya macam takde langsung rasa kasihnya jiran serumpun, macam nak berperang jer. Tup tup kalah kawan tu...
Dan komentar Bapak Arif Bawomo Surya (orang sana) sangat bagus untuk diteliti. Beliau berkata antara lain; sebab kekalahan pasukan Indonesia hari ini bukalah kerana pasukan Malaysia sangat hebat. Tetapi kerana mereka berjuang dengan rasa dendam, benci dan jahil. Bayangkan sahaja penyokong yang seramai 80 ribu orang (let alone the rest berjuta yang di luar stadium) membawa aura negatif. Maka keputusannya amatlah negatif.
Menyingkap formula untuk tewas daripada seorang bijak pandai, kuncinya adalah penyakit yang dipanggil penjara hati;
- Jail of hatred
- Jail of greed
- Jail of jealous
- Jail of ignorance
Dan perumpamaan kisah sang ketam sangatlah sesuai bagi menggambarkan formula ini. Lihatlah kepada ketam yan diletakkan di dalam sebuah bakul. Perasankah kita tidak ada seekor pun yang akan lepas keluar daripada bakul. Bukanlah kerana bakul itu sangat besar, atau tinggi, tetapi kerana ketam akan sentiasa menarik teman yang mahu keluar ke bawah. Sifat dengki dan tidak dapat melihat teman lain bebas keluar membuatkan mereka sentiasa berusaha menjatuhkan yang lain. Hasilnya tiada siapa pun yang bebas akhirnya. Mahukah kita menjadi seperti ketam?