January 5, 2009

Yap yee sam sek

Dah, jgn asik nak tergelak jer, bace kisah dan teladan nih...



Yap yee sam sek…

Hari itu Hari Isnin. Cikgu Siew Lin sedang sibuk mengajar anak-anak muridnya mengira dalam bahasa Mandarin. “Anak-anak, semua ikut cikgu, ya. Semua sebut “Yap”, kata si cikgu sambil menulis satu garisan menunjukkan simbol satu dalam bahasa Cina. Teha, satu-satunya anak Melayu di kelas tersebut tekun menyebut dan menulis simbol yap.

Pada keesokan harinya, Cikgu Siew Lin mengajar pula nombor ‘yee’ iaitu nombor dua dan menulis dua garisan bertindih sebagai symbol dua. Teha masih tekun menyebut dan menulis nombor-nombor dalam bahasa Cina tersebut. Balik nanti, seperti semalam, Teha akan menunjukkannya kepada ibunya. Biar ibunya tahu, tak sia-sia menghantarnya belajar dengan bangsa lain.


"Yee, dua..., Hah dah pandai, ibu," kata Teha.


Hari ketiga, Cikgu Siew Lin masih tekun mengajar anak-anak muridnya nombor tiga atau ‘sam’ dalam bahasa Mandarin. Ditulisnya simbol tiga garisan kecil mewakili nombor tiga. “Mudahnya bahasa ini. Tulisannya juga amat mudah untuk dikuasai,” getus hati si kecil. Setibanya di rumah, Teha terus menemui ibunya, “Ibu, esok Teha taknak pergi ke sekolah,”. “Kenapa sayang?” Tanya ibunya dengan kerut di dahi. “Cikgu Siew Lin tu ajar benda yang sangat senang. Kalau Teha tak datang esok pun Teha boleh agak macam mana nak tulis nombor empat dalam tulisan Cina,” jawab Teha acuh tak acuh.

Hari Khamis Teha benar-benar berkeras tidak mahu ke sekolah. Puas dipujuk ibunya namun si kecil itu tetap liat untuk bangun pagi. Dalam diam rupanya Teha telah menulis empat garisan kecil di muka surat keempat buku latihannya. Sebagai bukti bahawa itulah simbol yang mewakili nombor empat yang bakal diajar oleh sang guru.





"Angin kus kus dia dah mai dah, suruh pi skolah x mau plak," bebel Kak Umi.




Hari kelima Cikgu Siew Lin meminta semua pelajar menyerahkan buku masing-masing bagi melihat kerja sekolah yang dimintanya untuk disiapkan. Alangkah terkejutnya Teha apabila didapati bahawa simbol empat atau ‘sek’ yang disangkanya empat garisan kecil adalah salah. ‘Sek’ diwakili dengan simbol berbentuk seakan tingkap yang berlangsir.

“Itulah, ibu dah pesan, pergi sekolah dengar cikgu ajar betul-betul. Jangan jadi macam cerita Pendekar Bujang Lapok, huruf ‘Jim’ dikata jin pakai toncet,” pujuk Kak Umi menenangkan anaknya yang sedang kesedihan.





"Udah2lah tu...meh cik Ta bwk pi pasaraya be'ntang," pujuk makcik kesayangan Teha.

Selamat Bersekolah Semua












Aduh, sakit jariku...



















5 Jan 2009-






Alahai, malasnye nak menaip entry ni. Bukan ape, nape ntah kuku jari hantu belah kiri ni sakit. Nak kata cengkam kuku, takde lak nampak potensinye. Walaupun remeh, tapi bagi aku yg x penah belaja speed typing nih, jari hantu mmg sgt2 penting time nak menaip (eleh, korg pun cenggitukan?). "Baru kuku yg sakit ko dahnak surrender. Tu org Palestin tuh lagi teruk sakitnyer, xde lak nak bg alasan," perli hati kecil ni. Malu...malu. Maka aku teruskan gak aktiviti menaip ni sambil mencari2 idea2 bernas utk bacaan korg sumer.




Pg ni awl2 lg dah bgn. Bkn ape, mlm td wife aku dah sound esk kena gerak awl sbb sekolah dah start. Sure jln jammed kan? Sib baik attire tuk harini dah siap iron. Kul 7 tepat aku kuar rumah (awalnye...). Nampak bebudak sekolah naik beskal reramai. View yg aku x nampak sebulan setengah nih. (alahai kiutnye aku tgk budak darjah satu pakai uniform...) Dlm radio Fafau sibuk ngan topik 'budak sekolahnye'. Kire isu terkinilah tu. Tu yg bestnye kite org M'sia nih, walau ape pon yg berlaku kat dunia nih, kita masih sempat borak psl isu nak antar budak darjah satu ke sekolah.




Bile dah atas jln raye, byk lak kenderaan harini. Nampaklah mak2 dan bapak2 hantar anak diorg ke sekolah. Sengaja aku ikut jln kampung harini (sbg ado mestilah kena tgk kg sokmo kan). Masih mak bapak nih tak pakaikan anak diorg topi keledar. Ntahlah. Kalau kami yg naik kete nih penumpang belakang x pakai tali pinggang keledar sah2 kena melabur kat k'jaan M'sia RM300. Ish 3x. Time lalu kat satu sek men tuh siap jammed lg. Alahai malunye diri ini mengenangkan jammed kat K Selangor? Bukan selalu kan. Sekumpulan budak2 sekolah berlonggok kat tepi tembok sekolah. Apelah bebudak nih, kuar umah awal, sampe sekolah xnak masuk lak. Pegilah kemas bilik darjah ke, sapu sampah ke, padam papan itam ke, cam time aku sekolah dolu2 tu. Ke skang nih dah xde amalan murni cenggitu? Sib baik pahtu ade sorang cikgu (cikgu displin kut) dtg naik moto suwoh bebudk tuh masuk sekolah. (Ade sikit cam ternakan fidlotlah aku tgk).



Bebdk sekolah yg dok melepak kat tepi skolah sblm kena hambat ngan cikgu displin. (sek mane? lu pikirlah sendiri Nabil)



Tgk jam baru 7.30, awal lg. Tune ke RMS dgr Dr HM Tuah tgh bg motivasi, psl 'Menjadi Cendikiawan'. Katantye seorg cendikiawan mesti pandai bercakap, pandai menulis dan pandai melaksanakan. Siap dia bwk cerite sorg pensyarah ni asyik bg alasan x sempat menulis, sampai jabatan dia hantar ke satu kursus. Yg bestnye penceramah dia Tun Mahathir yg time tuh adalah PM. Kalau dah PM sempat menulis, xkan kite yg ntah sesiape nih x sempat kan, perli tuh...Nak plak Hj Rizuan Saghir bgtau kita kena simpan jurnal tentang apa yg kita alami, yg berst, yg x best utk kenangan dan panduan mase dpn. Kire blog ni cam jurnal kehidupan kitalah kan...So kenalah start luangkan mase menulis setiap hari.




Bercakap mengenai cendikiawan, adalah sorg makhluk kat opis penulis yg berpangkat besar penah berkata dia mmg ditrain utk berfikir dan tidak bercakap. Tambahnya lg org yg bercakap tuh sllnye x pandai wat kerja. Aku nih bknlah suke sgt bercakap tp kalau berfikir aje, dan takat berfikir jer, keje cam...(x sanggup nak tulis) x best jugak kan? En Najib slalu ckp, biorlah kite nih pandai ckp sikit, pandai tulis sikit dan pandai wat keje byk. Barulah cendikiawan kan? bukannye cendawan...


Gambar hiasan yg xde kene mengena ngan entry aku ni

Citer balik psl perjalanan pagi nih, sempat gak tertengok ke panel meter kat kete. Pemanduan rilek pg nih dpt jimatkan penggunaan bahan api. Uik, 16.1km/l? slalunye 14.7km/l jer. Ooo pttlah, slalu bwk 140km/j (sorry en OCPD). Takleh wat habit ni.





Bukti bahawa harini aku drive dgn sgt slow.





Setibanya kat opis, K Selangor masih diselubungi kabus pagi. Wah, terase ke'besta'nnye, dan terase betapa awalnye aku sampe harini. Sampaikan Kak Ita plb tanye, "En antar anak pi skolah pg nih?" heheheh....So, kepada adik2 sumer, selamat bersekolah, blaja btl2, jd cam abg ni ha...





Kak Ita ngan Miza yg dok bergaduh tanye hok bulat tu matahari ke bulan? Manalah aku tau akak oiii...




p/s: selesai satu entry.