9 Nyawa
Membaca 9 Nyawa sangat mengujakan perasaanku. Kulit depan
ada gambar mata kucing, sinonim dengan mitos kucing punya 9 nyawa, barangkali.
Aku suka 9 Nyawa kerana plot ceritanya pantas, biar sebentar flashback, ke
hadapan, flashback dan kembali ke masa sebenar, ianya tidak memenatkan, bahkan
menghiburkan. Maybe dah biasa dengan Fiksyen 302. Opss, tak patut
banding-bandingkan karya RAM kerana semuanya adalah bagus.
Peneraju utama 9 Nyawa adalah Hakim yang buta penglihatan
zahir tetapi celik mata hatinya. Diberi
anugerah mampu berinteraksi dengan mereka yang terperangkap di alam koma atau
dimensi ‘ambang kematian’. Dari situ Hakim bertemu Intan Suryani, pewaris
tunggal D’Diamond yang mempunyai asset billion ringgit. Kenapa kedua-dua watak
ini penting? Kerana segalanya berlegar seputar kisah mereka.
Meski, aku lebih suka watak Khairil aka Carl, si antagonis.
RAM sangat bijak menyembunyikan Carl sehingga babak-babak terakhir ibarat
saving the best to the last. Haha, kiranya Carl tidak terkalah dengan kejahatan
watak Zonan dalam 302. Mungkin suatu hari nanti RAM boleh mengumpulkan
watak-watak antagonis ini membentuk evil pack yang sangat mastermind.
Apa pun, 9 Nyawa tetap cukup ramuan untuk diangkat ke filem
andai masih ada penggiat seni yang percaya bahawa karya yang baik tidak
semestinya terikat dengan selera melankolik dan ayat cair mencair sahaja atau
rempit merempit yang tak sudah sudah. Tiada komen mengenai 9 Nyawa Cuma
barangkali tak perlu meletakkan wajah mana-mana watak di muka kulit kerana aku
rasa watak yang wujud dalam imaginasi pembaca cukup ‘istimewa’ dan tak perlu
dipaksa-paksa tak kira samada pemain utamanya mahupun pemain pembantu.
Sekarang baru kutahu ketaksuban fanclub RAM.