Rayyan Fantasi
Kenangan zaman kanak-kanak yang
meminati cereka mengenai makhluk asing menyerang bumi seperti ‘V’ menjadikan
aku tertanya-tanya, “Apakah mungkin makhluk asing mendarat di Malaysia?”
Dan membaca Rayyan Fantasi (RF),
Ramlee Awang Murshid (RAM) bukan sahaja membuktikan setakat mendarat, tetapi
‘menculik’ kita ke satu planet mereka iaitu Yuk’kaa. Tanpa mengorbankan banyak neuron
otak untuk memahami terminologi yang
ntah apa-apa, RAM membawa kita dari pergunungan di Sabah, kampus UKM di Bangi
dan Yuk’kaa dengan penuh rela. Satu persatu sejarah hidup Aiddin bersama
ayahnya, Ibrahim akhirnya tersingkap sehingga membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya
alien.
Seperti biasa, RF juga di’bumbu’
dengan elemen kelebihan makhluk asing berbanding manusia bumi, kisah peperangan
menentang Singgora dan elemen percintaan Aiddin @ Rayyan dengan Feena buat
menjadikannya suatu hidangan eccentric. Sesungguhnya, RAM memang hebat menambat
minat pembaca agar terus terusan menyelak helaian demi helaian sehingga ke muka
surat terakhir.
Secara peribadi, RF adalah suatu
usaha RAM membawa genre yang kurang diteroka penulis tempatan. Hanya mungkin,
pada awalan kisahnya plot cerita agak mendatar dan perlahan. Ah, barangkali ia
disengajakan untuk melihat sesetia mana peminat RAM melayan setiap karyanya.
“Another good reading, kudos!”
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.