Fiksyen 302 “Jangan Percaya”
RAM sangat rajin buat homework
dalam setiap buah tangannya. Buktinya, beberapa info mengenai perubatan,
psikologi, perundangan, kepolisan dilihat sangat berkesan. Itu belum lagi melihat
kepada plot dan jalan cerita, perkembangan watak dan transisi peristiwa.
Pendekatan cerita melalui kaedah
imbas kembali (flash back) dan ke hadapan menjadikan perubahan masa selama 20
tidak terlalu ‘diada-adakan’ atau artificial. Walaupun teori quantum leap itu
macam dah diperkenalkan dalam cereka “Back to the Future”, tetapi Fiksyen 302
langsung tidak dipengaruhi rencah filem tersebut. Bahkan Fiksyen 302 lebih
santai, lebih munasabah dan diterima dek akal. Subjek tak perlu naik kereta
berkelajuan tinggi untuk pergi ke masa silam dan pulang ke masa hadapan seperti
di dalam cereka, sekadar menekan bulatan di tapak tangan yang dilukis
menggunakan marker pen! Hebat bukan?
Fiksyen 302 juga tidak terlalu
membebankan pembaca dengan plot serta watak yang berbelit-belit. Cukup sekadar
anda ‘memegang’ watak Dato Mahali, Norhafiza Izura, Farid Jaah, Lan Lani dan Dr
Rozlina (lihat…saya dapat mengingatnya tanpa melihat kembali 302) dan anda akan
tetap mengikuti cerita ini tanpa sesat. Sememangnya dendam itu ibarat api
membakar sekam, kerana dendam itu terus membara biar telah berlalu sekian lama,
biar musuh telah menerima balasan dan dendam juga memusuhi kebenaran.
Sesungguhnya watak pembantu juga
berperan menjadikan sesuatu cereka itu lebih berjaya. Dan RAM mencipta mereka
penuh berhati-hati sehinggakan tidak perlu terlalu ramai ‘pelakon pembantu’. Penggunaan
bahasa yang mudah juga menjadikan kita tidak hilang fokus, sesuai dengan tema
thriller 302. Tagline “jangan percaya” pula mengingatkan kita jangan terus percaya
dengan apa yang anda ‘telah’ baca kerana apa yang ‘akan’ anda jumpa adalah
sesuai di luar duga.
Adalah menjadi harapan saya agar novel ini diangkat menjadi satu filem suatu hari nanti. Iyelah, daripada asyik mengangkat tema cinta yang semakin meleret-leret ke layar perak tempatan, apa kata kita cipta pula tema thriller. Eh, Fiksyen 302 pun tak kalah tau dengan idea luar…kerana RAM sememangnya raja dalam wilayahnya.
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.