February 14, 2012

Kenapa mesti putus asa dalam kehidupan?
Marilah sama-sama kita lihat dan renung sekeliling kita. Belakangan ini, banyak kita dengar kisah manusia stress dan berputus asa dengan permasalahan dan kesulitan kehidupan. Akibatnya manusia cuba menamatkan hidup ini dengan pelbagai cara. Ada yang terjun bangunan, terjun laut, minum racun dan macam-macam lagi. Kenapa?
Cuba kita lihat burung. Saban pagi, awal-awal lagi si burung keluar dari sarangnya mencari rezeki. Kadang-kadang si burung balik kenyang, siap bawak cacing dan ulat untuk anak-anaknya. Kadang-kadang si burung pulang membawa makanan buat anak-anaknya sedangkan perutnya masih kosong, semuanya demi tangugjawab. Ada juga masanya si burung dengan tangan kosong, tanpa membawa apa-apa untuk dimakan, tiada rezeki barangkali. Ada juga ketikanya burung pulang petang melihat sarangnya dirosak musuh, atau anak-anaknya dilastik budak. Tapi pernahkah kita melihat burung berputus asa, cuba bunuh diri? Tidak...bahkan burung tetap optimis bangun seawal pagi, berkicau merdu dan mencari rezeki. Kerana bagi sang burung, rezeki itu urusan kholiq dan makhluq kena berusaha.
Lihat pula kepada cacing, haiwan yang kalau difikir tak mampu survive di dunia ini. Cacing tiada kaki, tangan, bahkan tiada mata dan telinga. Kira total OKU. Tapi cacing tak pernah menyerah tanpa berusaha. Bahkan cacing sentiasa berusaha mencari rezeki dan menggembur tanah kediamannya. Sungguh Allah Maha Besar!
Agak-agaklah, kalaulah kita-kita ni diciptakan dengan kekurangan seperti burung dan cacing, adakah kita boleh buat lebih baik daripada mereka? Atau, dengan segala kelebihan manusia seperti tenaga, akal dan masa kita buat lebih teruk daripada haiwan-haiwan ini? Malunya...