January 13, 2011

RENCANA

Masa zaman sekolah dulu, maybe ade di kalangan pembaca yg pernah merasa zaman pelajaran "Rencana". Alah, subjek tu mudah jer, ada buku khas yang kene beli time awal sesi persekolahan, belah atas muka surat ruang kosong buat lukis gambar, belah bawah lak ada garisan merah biru untuk tulis karangan. Karangan tu takdelah panjang2, pendek jer. Karangan biasanya kisah apa yang berlaku petang semalam. Dan karangan dimulai dengan ayat, "Hari ini hari Rabu. Cuaca hari ini cerah. Pada petang semalam...". Masa kursus kat Langkawi tahun lepas, aku sempat duduk borak ngan Pengerusi JKKK Parit Baru, bekas pegawai kat Pejabat Pelajaran. Sidang ni bagitau yang zamannya, subjek tu dipanggil "Perkhabaran". Apa2 pon, harini marilah kita sama2 flash back balik subjek ini semula...

"Hari ini hari Khamis. Cuaca hari ini cerah. Semenjak awal tahun 2011 ini, pejabat kami tiada boss besar. Boss besar telah berpindah ke pejabat baru sebab naik pangkat. Buat masa ini, tugas2 bos ditanggung oleh sorang pegawai lain. Pegawai ini sememangnya sedang menanggung tugas satu lagi pegawai. Jadi kami panggil pegawai tersebut dengan pegawai gred 148. Hari ini pegawai gred 148 telah me'round' ke semua unit. Saya telah masuk ofis lewat. Assistant saya pula menghadiri sesi temuduga di Putrajaya. CC saya pula sedang keluar minum pagi. Saya agak malu dengan pegawai gred 148 tersebut. Dia telah menegur saya secara direct yang kakitangan hendaklah bergilir semasa minum pagi. Alangkah malunya saya...Nasib baik LNPT saya tidak dinilai oleh beliau...Sorry pegawai gred 148...Sekian laporan saya."