Plastic, so plastic...
"Rem, cepat sikit buat kerja tu. Lepas ni salin plak pasu2 lama ni dgn yg baru. Ada 30 semuanya," Kak Mor membebel sambil cekak pinggangnya yg x langsing. "Yelah puan," suara Kak Rem dikontrol sebaik mungkin. Ntah sbb nak sembunyikan suara 'garau'nye atau nak sembunyikan suara sebalnya kat Kak Mor. Mana taknye, tadi Rem alias Kak Ju dah kena cuci tandas, lps tu gantung frame ntah hape ntah, ni kena salin pasu bunga plak. Jarum jam yg pendek dah makin menghampiri angka 12, maknenye Kak Ju kena balik lewat a.k.a leh wat OT.
"Inche, pasukan penilai dah sampai. Jomlah sama2 sambut," Kak Mor tercegat dpn bilik aku. Mukanya mcm x cukup tido. "Sat lg saya turun," pendek. Print, tebuk lubang, masukkan fail dan wallah, siap jugak akhirnya fail meja aku setelah duk sini slame 4 tahun. Sib baik ada odit dtg harini, kalau x, aku ngan boss aku sure xde fail meja lagik.
Charlie aku tgk sibuk melayan ahlil rombongan. Sorang2 diorg sampai. Xpe. Udah selesai sarapan, Charlie menunjukkan skill merapunya kepada ahlil penilai. Sesi taklimat yg spttnya dijadualkan sejam dah meleret dan melarat sampai 2 1/2 jam. Aku tgk ahlil penilai dah pi toilet paling kurang 3 kali. Oh ya, toilet pun dah bersih dan wangi, siap ada frame bunga lagi. Plastik semestinya.
Pukul 1 lbh, Charlie benti menceceh. Ahlil rombongan yg setengah sedar tu disajikan ngan nasi ambeng. Baik punya strategi, kasik mengantuk, then kasik makan bebanyak. Sure soalan odit otomatik jadik sikit. Charlie mintak excuse sbb dia kena pi dewan. Hek eleh, immediate boss aku pun kat dewan, ape cer? musti soalan odit aku yg kene jawab. Xpe, haritu hari dia, eh, haritu hari Khamis.
Ahlil penilai ramai yg pi bahagian KP. Bagus gak, bior Bosley melayan dorang. Kesian gak aku bile Bosley tiba2 kuar bilik mesyuarat mintak panggil Mat Lim. Aku tanya, "Nape boss?" "Dorang tanya balance scorecard," Bosley kesat corn sweat kat dahi dia. Berlari Piza alias Kak Som ke tingkat bawah. Dalam hati aku berkata, "Balance scorecard tu yg jaga Najiblah. Ko panggil Mat Lim ape cer?" Ah, lantaklah...
Petang kul 4.30 para ahlil nujum wat exit conference. Dorang bukaklah penemuan dan cadangan penambahbaikan. Tergagap2 Bosley menjawab soalan dorang. Yg lawaknye, sorang ahlil nujum tu labelkan opis kitorg mcm 'gadis pingitan' yg malu menunjukkan kecantikannya. So, camne org nak masuk meminang? Alah, senang jer jawapan aku, udah namanye pun gadis pingitan, mestilah malu2 terkemut2. Kalau tak plastiklah namanye...tak gitu???