The Day I feel so Erkkk...
Jemarinya pantas menekan2 pad kekunci handphone jenis Sony Ericssonnya ketika itu. Asyik berbalas pesanan ringkas (sms) bersama Najib, suara Charlie yg bertindak selaku Pengerusi semakin jauh melayang meninggalkan gegendang telinganya. "Argh, bosan aku meeting harini. Ko tau, dari kul 9 tadi, sampai 11.30 ni, minit mesyuarat lepas pon dia x sahkan lagi," begitu lebih kurang sms yg dikirim kpd Najib. "It's match Charlie's description alright. Btw, lu meeting pe beb?" sms replied. "Pe lagi, Keutuhanlah," terpaksa menekan2 keypad tanpa melihat skrin kunun nak elak dari terkantoi. "Kan aku dah bgtau dulu, tu meeting tu aku bagi 'b' kat depan dia" replied. Eeee, x sanggup aku nak tulisan 'keutuhan' dgn penambahan huruf 'b' kat dalamnye. Sengih.
Immediate boss tanya pasal waran tahun lepas yg x sempat belanja sbb lewat sampai. Intermission, cam dlm citer Hindustan dulu2. Charlie masih membebel dari satu isu ke satu isu. Aku paling ke jam, 12.40. "Dia ni lupa ke harini Jumaat?" hatiku menjerit, tp sape yg dgr? Tibalah sesi round the table. Sorang2 ditanya. Tok Hamsan angkat tangan, walaupun memang itu turn dia bercakap. "Tuan, saya ingat mukim saya tu kenalah dipecah/diasingkan. Sbbnye populasi dia padat, kawasannya luas, tempat mengundinya pun sampai 3 DUN," pemegang robi' sanawi ni kalo nak bercakap..."Ye tok, apa cadangan tok?" masih berbasa-basi tuan pengerusi ni seolah2 masuk waktu solat Jumaat hari tu jam 3 petang. "Masalahnye, elaun perumahan saya dipotong walaupun sy x duduk kuarters. Bukan elaun rumah je, err, anu...saya pun habis dipotong, ape yang tinggal?" Tok Hamsan terus meluahkan cerita sedihnya. "Apa? Anu tok kene potong habis? Ape yang tinggal?" Pengerusi gelak mcm dolphine dicampak ikan. "Maksud saya, elaun yg sara hidup tu...alah, cola ke coca cola...," Tok Hamsan mula terperasan ketelanjuran dan kelucahan yg ditimbulkannye. Hadirin gelak. Aku pon gelak, hah hah hah, jarum jam terus mendekati angka 1, Erkkk....