January 22, 2010

Jaga-jaga, ada orang follow...
Sebagai seorang driver tegar, radio semestinya menjadi accessory utama dalam kereta kita. Maksud aku, bukanlah jenama radio tu. Tak kiralah jenama sony ke, pioneer ker, hatta blaupunk ke, apa yang penting radio atau sistem stereo kereta berfungsi dgn baik. Selain muzik sbg halwa telinga, penyampai radio juga adalah faktor utama pemilihan sesuatu stesen radio(hee, sungguh skema ayat ini). Sementelah telah menjadi trend masa kini apabila penyampai radio sendiri akan bertindak sbg 'pelakon iklan'. Pasti pembaca sekalian selalu mendengar tagline "Jaga2, ada orang follow" dlm stesen Sinar FM.
Dan berita harini mmg agak2 'serem' pabila pakcik sprm telah mendakwa 28 orang kakitangan/pegawai awam dan orang politik berkaitan kes kecurian pasir di 4 buah negeri membabitkan suapan RM280k. Walaupun penangkapan juga melibatkan warga negeri Johor, Pahang dan Perak, tp penangkapan membabitkan Selangorlah yg paling sensasi. Biasalah, negeri kami ni mmg hot, mmg panas. Huih, bagi aku yg keje kat Negeri ni, nama 'pakcik' mmg glam. Seingat aku, hujung tahun lps, pendakwaan telah dibuat melibatkan org2 politik, awal tahun ni melibatkan kakitangan awam plak. Huis, demikianlah effisiennya pakcik bekerja. Dan secara kebetulan, kebanyakannya melibatkan warga negeriku ini.
Dan sempena hari Jumaat jugak, marilah kita renung kejap macam mana kita nak jadikan kerja kita selamat dan berkat. Selamat daripada 'diquiry' oleh pakcik dan berkat di mata Allah;
  • Kerja yg kita buat mestilah halal. Halal ni mestilah halal di sisi Islam dan undang2 negara. Iyelah, kalau dah terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, mencuri, bersubahat, bukan jer haram, dpt dosa, pakcik pon berminat nak heret ke penjara.
  • Kerja kenalah ikhlas mencari rezeki. Bila ikhlas, baru datang berkat. Bila berkat, baru rasa serba cukup. Kalaulah sentiasa rasa tak cukup, sentiasa nak cari 'wang lebih'. Silap2 kena cekup.
  • kerja jugak mestilah jujur. Jujur ni ibaratnya kita lihat Allah di hadapan kita. Kalau kita x dpt lihat Dia, kita sentiasa yakin Dia maha melihat kita. Kalau dah sedar Allah sentiasa melihat kita, mesti takut nak curi tulang, nak mintak rasuah, nak seleweng peruntukan dan salahgunakan kuasa. Barulah pakcik x suspek.
  • Kerja jugak mestilah mengikut syariah. Maksudnya, jangalah kerja sampai melanggar syariah Allah. Contohnya, mesyuarat sampai langgar waktu solat, atau tolong 'kawan' utk dapatkan kerja secara salah, ha...yang itu pakcik kena kejar.
  • kerja mestilah kena bersungguh2. Ini kalau dalam Islam dinamakan itqan. Bukan apa, kerja yang sambil lewa menghasilkan kualiti kerja yg hampeh. Bile dah hampeh, pelanggan jugak yg kerugian. Contohnya, permohonan public utk dptkan bantuan sekadar diletak kat belah bwh tray dan lewat diproses. Akhirnya bantuan x dpt disalurkan sbb lewat. Itukan salah satu elemen penyalahgunaan kuasa, pakcik pantang tu, pantang tgk...

So, kesimpulannya, hati2lah time keje. Janganlah jadikan pengorbanan kita pegi kerja pagi, balik senja, menempuh perjalanan jauh, melayan karenah stakeholder kita hari2 jadi sia2 jer. Lastly, hati2 dlm menjalankan tugas, sbb macam kata Kak Engku,"Jaga2, ada orang follow".