January 7, 2009

Simple ke sempoi?


The beauty of simplicity.

Ceriter nih berlaku ke atas para angkasawan Amerika ketika mereka berada di angkasa lepas, di zon zero gravity. Rupanya mereka mendapati ketika berada di tempat yang tiada graviti, ball point pen ke, fountain pen ke, semua tidak dapat berfungsi untuk menulis. Harus diingat, Cuma fungsi untuk menulis jer yg x leh digunakan. Fungsi2 lain ok kut, kalau adelah yg di luar pengetahuan penulis.

So, para angkasawan ini mengadulah kat saintis utk mencipta pen yg dpt berfungsi di zon graviti sifar nih. Kajian demi kajian dilakukan dan penemuan dicipta. Akhirnya mereka berjaya menghasilkan pen yang dapat menulis di atas semua permukaan, di dalam air, di dasar laut, di tekanan tinggi dan of course, di zon graviti sifar. Nak tau berapa byk yg dah mrk belanjakan utk menghasilkan pen sedemikian rupa? 12 bil dollar. Amerika boleh berbangga dengan pencapaian mereka melalui usaha keras dan sumber yg byk.

Tetapi, ade lak mamat daripada Rusia nih pikir from the other side of the box. Why concentrate on inventing something so technical while pouring such a big resources on a pen, while we can bring a pencil? Ha? “Bergeliga otak mamat nih, buleh wat cincin,” maybe itu kata2 org kita kat belah sini. Sometimes, simplicity will do. Betul jugak ye….
Betul tu, yg simple mmg sempoi...

Hari Asyura

Asyura

Assalamualaikum…10 Muharram atau lebih dikenali sebagai hari Asyura’. Harinilah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat pada hari ini tapi ramai gak yang terlupa. Puasa atau tidak, hari Asyura tetap datang dan mmg patut sangatlah kita semua ambil iktibar apakah yg berlaku pada hari ini sehingga disunatkan berpuasa.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Asyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa (muttafaqu alaih).

Juga daripada Ibnu Abbas, Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari Asyura (10 Muharram) dan bezakan kamu dengan orang-orang Yahudi (yang hanya berpuasa pada hari ke10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. Dan dalam riwayat lain: Dan sekiranya aku masih ada di kalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke9.

Dipetik daripada kitab Imam al-Ghazali Mukasyafatul Qulub, beberapa peristiwa besar telah berlaku pada hari Asyura:

· Terbunuhnya Saidina Husain (cucunda nabi) di Karbala’.
· Diterima taubat Nabi Adam a.s.
· Diciptakan Adam a.s.
· Dimasukkan Adam a.s. ke syurga.
· Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan dan bintang-bintang.
· Dilahirkan Nabi Ibrahim.
· Diselamatkan nabi Ibrahim daripada api Namrud.
· Selamatnya nabi Musa dan pengikutnya.
· Lemasnya Firaun.
· Dilahirkan Nabi Isa a.s.
· Diangkat nabi Isa ke langit.
· Diangkat nabi Idris ke langit.
· Mendaratnya kapal nabi Nuh dengan selamat di atas Bukit Judy.
· Nabi Sulaiman diberi Kerajaan yang besar.
· Dikeluarkan nabi Yunus a.s. dari perut ikan nun.
· Nabi Ya’kub a.s. dapat melihat semula selepas menjadi buta.
· Dikeluarkan nabi Yusuf a.s. daripada dalam telaga.
· Disembuhkan nabi Ayyub a.s. daripada penyakitnya.
· Hujan yang pertama turun ke bumi.

p/s: bagi yg x sempat puasa tahun ini, berazamlah utk puasa tahun dpn ye.