January 7, 2009

Hari Asyura

Asyura

Assalamualaikum…10 Muharram atau lebih dikenali sebagai hari Asyura’. Harinilah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat pada hari ini tapi ramai gak yang terlupa. Puasa atau tidak, hari Asyura tetap datang dan mmg patut sangatlah kita semua ambil iktibar apakah yg berlaku pada hari ini sehingga disunatkan berpuasa.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Asyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa (muttafaqu alaih).

Juga daripada Ibnu Abbas, Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari Asyura (10 Muharram) dan bezakan kamu dengan orang-orang Yahudi (yang hanya berpuasa pada hari ke10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. Dan dalam riwayat lain: Dan sekiranya aku masih ada di kalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke9.

Dipetik daripada kitab Imam al-Ghazali Mukasyafatul Qulub, beberapa peristiwa besar telah berlaku pada hari Asyura:

· Terbunuhnya Saidina Husain (cucunda nabi) di Karbala’.
· Diterima taubat Nabi Adam a.s.
· Diciptakan Adam a.s.
· Dimasukkan Adam a.s. ke syurga.
· Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan dan bintang-bintang.
· Dilahirkan Nabi Ibrahim.
· Diselamatkan nabi Ibrahim daripada api Namrud.
· Selamatnya nabi Musa dan pengikutnya.
· Lemasnya Firaun.
· Dilahirkan Nabi Isa a.s.
· Diangkat nabi Isa ke langit.
· Diangkat nabi Idris ke langit.
· Mendaratnya kapal nabi Nuh dengan selamat di atas Bukit Judy.
· Nabi Sulaiman diberi Kerajaan yang besar.
· Dikeluarkan nabi Yunus a.s. dari perut ikan nun.
· Nabi Ya’kub a.s. dapat melihat semula selepas menjadi buta.
· Dikeluarkan nabi Yusuf a.s. daripada dalam telaga.
· Disembuhkan nabi Ayyub a.s. daripada penyakitnya.
· Hujan yang pertama turun ke bumi.

p/s: bagi yg x sempat puasa tahun ini, berazamlah utk puasa tahun dpn ye.

No comments:

Post a Comment

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.