Kisah 3 ekor Ikan
Di dalam sebuah kolam bersebelahan sebatang sungai, terdapat tiga ekor ikan. Pada suatu hari datang seorang pemancing membawa joran bersama baldi untuk memancing di situ. Melihat pancing dipasang, ketiga-tiga ekor ikan ini bermesyuarat untuk mencari jalan mengelakkan diri dari ditangkap si pemancing. Ikan pertama berkata, “Aku akan cuba melompat keluar daripada kolam ini dan cuba bergerak hingga ke sungai di sebelah,” katanya sambil melompat sekuat hati. Maka bergolek-goleklah ikan pertama tadi setibanya dia di daratan. Dengan bersusah payah dia meliuk lentokkan tubuhnya bergerak menuju ke arah sungai. Setelah bersusah payah menahan nafas akhirnya sampailah ia ke sungai dan selamatlah si ikan pertama tadi. Melihatkan peristiwa itu, si pemancing bertambah yakin bahawa kolam tersebut pastinya terdapat banyak ikan sehingga ada yang melompat keluar.
Dengan tidak dapat menahan sabar, dilabuhkan jorannya ke dalam kolam tersebut. Sambil itu tangan kirinya siap memegang tangguk bersedia kiranya ada ikan yang memagut umpannya. Ikan kedua mencari akal bagaimanakah cara untuk melepaskan diri daripada si pemancing itu. Fikir punya fikir akhirnya ikan kedua mendapat akal. Ia pun timbul ke permukaan kolam dengan keadaan perut ke atas. Lantas disauk oleh pemancing ikan kedua itu. “Oh, ikan mati rupanya, pastinya tidak sedap dimakan,” getus hati kecilnya. Maka dibuang ikan kedua ke dalam sungai bersebelahan dan selamatlah si ikan tadi.
Dengan hati yang panas, si pemancing berkata di dalam hati,”Kali ini aku tidak akan tertipu dengan helah mana-mana ikan.” Maka terjunlah dia ke dalam kolam dan menangguk sesungguh hati. Ikan ketiga pun tertangkaplah.
Demikianlah kehidupan kita di dunia ini. Ada manusia yang bertindak seperti ikan pertama. Ia mengambil tindakan awal sebelum masalah timbul. Ini dinamakan tindakan proaktif. Manakala tindakan ikan kedua pula dinamakan kreatif, iaitu bertindak mencari akal untuk melepaskan diri ketika menghadapi masalah. Sedangkan ikan ketiga tidak bertindak dan sekadar menunggu masalah melandanya. Ini dinamakan pasif. Terpulanglah kita hendak tergolong dalam kumpulan yang mana.

p/s: ceriter nih aku jual time renungan pagi perhimpunan pertama bos aku masuk pejabat. Sajelah aku nak test market tukar nama pemancing tu M (M for Muslim ek,) tp rupenye bos aku terperasan sbb nama dia pon awalan M, eeee perasaannye boss aku itiew...