February 9, 2010



Tamak punya pasal...







Sorang pakcik tua sedang duduk termenung kat serambi pondok buruknya di pinggir hutan. Sekejap2 mukanya muram dan kadang2 dia menangis. Isteri dan ank2nya dah paham sangat perangainya itu. Sehinggalah pada suatu hari sang raja negeri tersebut melintas di hadapan pondoknya dalam perjalanan pulang dari berburu.




Melihatkan perihal rakyatnya yg meratap dan menangis, sang raja bertanyakan duduk perkara sebenar. "Gerangan apakah yang membuatkan kamu bermuram durja wahai orang tua?" sapa sang raja selepas seketika melihatkan peel pakcik tersebut. "Begini wahai tuanku. Kehidupan hamba patik ini sangatlah dhaif. Tanpa harta dan saudara mara, maka patik sekeluarga terpaksa membuat rumah di pinggir hutan ini tuanku," pakcik tu wat muka seposen (kalau ada denominasi duit syiling yg lbh kecil, mungkin boleh digunakan utk menggambarkan keadaan memek muka lakonan hebat pakcik tu, kot). "Baiklah orang tua. Beta berkenan menganugerahkan tuan hamba tanah bagi kamu sekeluarga. Esok pagi2, kamu keluarlah bersama pancang kayu untuk mengukur tanah yang kamu kehendaki. Ukurlah sekadar yg kamu perlukan. Tapi dengan syarat, selepas cukup ukuran tanah yg kamu perlu, tegakkanlah pancang kayu kamu dan pulanglah bertemu beta," titah sang raja.




Maka berbungalah hati pakcik tersebut dengan anugerah kurnia daripada sang raja. Keesokan harinya dia sudah mula menyukat tanah yang didamkannya. Maka menggeleng2lah kepala si isteri bukan sahaja kerana suaminya itu tak sempat menjamah ubi getuk cicah sambel bilis, tapi kerana terlupa menunaikan solat subuh jua adanya.




Pakcik menyeka keringat di dahinya. Tang ketiak dibiar sahaja. Dah lebih 3 jam dia berjalan. Mulanya dia rasa cukuplah tanah seluas 3 jam berjalan untuknya. Tapi bila terkenangkan isterinya yg xlah tua sangat, dia terpikir semula, "Ish, tadi tu tanah utk aku, sekarang untuk isteriku yg tercinta pulak...,". Maka diteruskan perjalanannya lagi. Perutnya mula berbunyi kerana tidak diisi sejak pagi. Malam tadi pun dia takat bantai meggi kosong stok utk hujung bulan ni jer.




Lepas dua jam, pandangan pakcik berkunang2. Kali ni peluh yg kuar bukan peluh sbb panas tapi peluh dingin. Pakcik duduk atas tunggul kayu kejap, fikirnya perjalanan dua jam tu baru untuk tanah isterinya. Dan hajatnya selepas ini nak diukur tanah buat anak tunggalnya pula. Dia terbayang2 lepas ni mesti diorg satu kuarga jd OKB. "Hahaha," gelak org tamak mula menguasai otaknya. Pakcik bangun, kunang2 dah jadi kelip2. Semuanya gelap. "Eh, takkan dah malam lak? rasanya aku baru berjalan setengah hari. Tanah utk anakku belum diukur lagi...," jerit Pakcik. Tapi suaranya bergema dlm gegendang telinganya aja. Kakinya lembik, tubuhnya terasa ringan. Pakcik hilang imbangan. Kasihan, tubuh tuanya jatuh tersembam...tepat kat kayu pancangnya, yg ditajamkan hujungnya semalam. "Tuhan...hajat aku belum kesampaian...at least, bagilah can aku makan...," Pakcik terus menjerit. Makcik terus risau di pondok. Pakcik tak balik2. Mana pakcik ni...?




"Ha...itulah kisah org tamak. Berapa ramai org tamakkan dunia sampai lupa keperluan sebenar. Kalaulah hidup cuma nak cari tanah, sedar2 tanah tu dah masuk mulut kita. Itu baru ketamakan pakcik tua, kalau org muda kat bandar camne?" eh sempat lagi pak mertua aku ni kalih isu ke aku. Aku teguk air liur sbb air kat gelas dah abis. Abis2 pun aku pandang tasik kat wetland Putrajaya...