October 29, 2010


Kan dah menyesal...

Aku J. Kisah yang aku nak ceritakan ni benar2 berlaku dalam hidupku. Dulu aku ada mak dan ayah serta 2 orang adik yg masih kecik2. Dan aku nak cerita pasal mak aku, yang baru meninggal dunia beberapa bulan yg lalu. Macam ni kisahnya...

Masa tu aku akan menikah dalam dua bulan lagi. Biasalah, orang kalau bakal nak jadi raja sehari ni, part shopping2 nak wat persiapan mestilah excited gile kan. Disebabkan aku ni bekerja, so masa nak keluar shopping dgn 'gula2 hati' (sweetheart) tu agak terbataslah, kene bajet betul2. Kebetulan jugak, mak memang tak berapa sihat masa tu. Katanya asyik sakit kepala jer. Dah check ke hospital tapi doktor kata takde darah tinggi ke, kencing manis ke. Jadi aku amik kesimpulan mak memang sakit orang tua. Dan aku sebagai anak sulung, kenalah amik tugas mengurus rumah daripada mak secara automatik.

Hari tu aku memang dah plan ngan gula2 hati nak kuar shopping baju pengantin. Plan pun dah lama gak, dapat cuti. Dari pagi aku dah masak utk mak dan adik2. Aku bagitau mak plan nak kuar shopping kat Jalan TAR ngan gula2 hati. Tapi jawapan mak agak mengejutkan. "Tak payahlah kamu keluar harini J. Mak rasa tak sihat sangat harini. Lagipun tarikh majlis korang berdua tu kan lambat lagi, ada dua bulan lagi. Kamu duduk rumah ye, temankan mak," camtu kata mak penuh harap.

"Tapi mak, J dah plan utk kuar lama dah, baru harini boss kat opis bagi J cuti. Lagipun, dua bulan tu bukannya lama sangat mak, pejam celik pejam celik dah sampai harinya. Nanti mak jugak yang risau, ayah jugak yg marah. J janji J kuar kejap jer, lepas zohor dalam pukul 2 ke 3 ke J sampailah rumah balik. Mak jangan risau pasal makan minum adik2, J dah siapkan semuanya. Izinkan J keluar ye mak..."aku memujuk mak. Mak angguk, mengalah. Tapi ada sedikit kelat di wajah mak.

Masa nak keluar, macam biasa aku salam tangan mak, aku cium mak, mintak restu agar selamat perjalanan, dijauhkan segala musibah. Mak sambut salamku, terus dipeluknya aku erat2, seolah2 mak taknak lepaskan aku lagi. Aku bingung. Aku tanya mak,"Kenapa ni mak, kenapa mak menangis? Kan J dah janji J akan balik cepat. J sayang mak." "J, jaga diri baik2. Bawak kereta tu hati2. Tak payahlah terkejar2. Kamu jangan risaukan mak ye, adik2 kamu ada di rumah, boleh tengok2kan mak. Ingat tau pesan mak, hati2," air mata mak masih deras. Dan aku melangkah keluar dgn hati yg amat berat.

Baru sejam aku sampai kat kedai baju pengantin, hp aku berbunyi. Nombor rumah. Dari hujung talian terdengar suara adik. "Kak, cepat balik kak. Mak...mak...," suara adikku yg bersekolah rendah terputus2 dek sendu, macam lepas menangis. "Kenapa dik, cuba bagitau akak kenapa dengan mak?" aku makin cemas, suspense. "Mak...mak kita dah tak ada kak..."sampai situ je suara adik aku dgr. Hp aku terlepas dari tangan, pandangan aku kabur tiba2. Gula2 hati pantas sambut aku, then dia kutip hp yg dah separuh berkecai terhempas.

Sampai rumah, beberapa org jiran dah berkumpul. Ayah pun dah pulang dari pejabat. Lepas salam ayah, aku berlari mendapatkan mak. Di sebelah jenazah mak, adik2ku duduk berteleku membisu. Air mata masih menitis di pipi mereka. Oh, kasihan adik2ku yg masih kecil. "Kak, tadi lepas akak keluar, mak kata mak nak tidur sekejap. Dia pesan jangan buat bising. Sampai dekat zohor, kami rasa lapar. Kami kejutkan mak, nak ajak mak makan sama2. Kami kejut mak, panggil nama mak. Tapi mak tak bangun. Kami tolak2 badan mak, panggil mak kuat sikit, tapi mak terus tidur. Kami jadi takut, kenapa mak tak mau bangun. Adik pergi rumah Mak Senah, panggil Mak Senah. Bila Mak Senah pegang muka mak, katanya badan mak dah sejuk. Mak Senah kata mak dah tak ada. Adik tak percaya, mak takkan tinggalkan kita kan kak, sebab kita sayang mak kita kan. Mak cuma nak rehat, nak tidur. Nanti mak mesti bangun kan kak?" Adik terus goyang2kan lengan aku. Aku cuma terdiam.

Kemudian aku jumpa ayah. Aku tahu ayah sedih atas kehilangan mak walau ayah tidak menangis. Setelah selesai segala urusan jenazah mak, ayah mengumpulkan kami adik beradik. "J, kamu harus menerima kenyataan ini dengan ridha. Kerana setiap yang hidup itu pasti akan mati. Mak kamu telah terlebih dahulu meninggalkan kita. Kita semua bersedih atas perkara itu. Tapi kita harus bersatu menghadapinya. Kamu sebagai kakak yg sulung harus kuat dan bantu adik2mu," demikian pesan ayah. "Ayah, bukan itu yg menyusahkan hati J. Tapi mak seakan berat untuk membenarkan J keluar masa itu. J terkenangkan bagaimana mak pergi ketika J tiada di sisi. Padahal J sentiasa di sisi mak selama mak sakit, tapi tidak ketika mak pergi. J rasa sangat bersalah, ayah..."dan air mataku gugur lagi. "Janganlah kamu bersedih dan menyiksa dirimu anakku. Segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Mungkin Dia tidak mahu kamu menyaksikan perpisahan yg amat berat untuk ditanggung oleh seorang anak. Ridhakanlah perpisahan ini dan doakan kesejahteraan ibumu di sana. Ayah yakin mak pasti ridha ke atasmu atas khidmatmu kepadanya selama ini. Semoga sahaja anakku, kamu beroleh sebaik2 balasan dan dikurniakan keberkatan sepanjang hidupmu," pujuk ayah tidak henti. Dan sehingga kini masih bersisa penyesalan itu...