July 21, 2010


Ah, heavynya...

"Cerita saya ni panjang dan penuh dgn pengajaran. Harap2 abang sudi mendengarnya," Itulah ayat pertama Y, sahabat lama saya ketika berjumpa di kedai minum. "Ceritalah, moga2 sahaja saya dapat mengutip iktibar yg baik drpnya," jawab saya penuh minat. "Begini kisahnya...,"

Saya ada seorang adik perempuan. Dia berpelajaran dan mempunyai kerjaya yang bagus. Sebagai satu2nya anak perempuan, pastilah adik saya menjadi kesayangan kami sekeluarga. Suatu hari, adik saya menyuarakan hasrat hatinya untuk berumahtangga. Kami kata, bawalah calon suaminya menemui kami sekeluarga. Bukan apa, biarlah kami bertemu, kadang2 mata org muda, kalau sedang asyik dilamun cinta, semuanya nampak sempurna. Tapi mata org tua ni lihat tajam penilaiannya, lebih hikmah timbang taranya, lebih bijak tilikannya. Alhamdulillah, budak lelaki itu kelihatannya sesuai dengan adik saya. Walaupun dia tidak dari golongan berada, tetapi dia dilihat mampu membahagiakan adik saya.

Akhirnya atas restu dan kesepakatan keluarga, adik saya dijodohkanlah dengan lelaki pilihan hatinya. Pasangan muda ini duduk sebumbung bersama kami sekeluarga. Hiduplah mereka seperti pasangan pengantin baru yang lainnya.

Tetapi kebahagiaan itu tidaklah kekal lama, ibarat pepatah, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari pula. Suatu hari adik saya diserang penyakit gatal kulit dan gegata. Habis seluruh badannya meruam merah dek kerana gatalnya. Gatalnya tu, sukar nak saya bayangkan, asyik menggaru sahaja. Melihatkan kejadian tersebut, ke klinik adik saya dibawa. Ubat dan sutikan diberikan tuan dokter. Leganya beberapa jam cuma, kemudian adik menggaru semula. Anehnya bang, penyakit gatal2 kulit ni cuma berlaku ketika adik berada di rumah sahaja. Melangkah keluar, hilanglah segala penyakitnya. Di pejabat, adik boleh bertugas tanpa sedikit pun gatal terasa. Tetapi, melangkah sahaja ke dalam rumah, jejak sahaja lantai rumah, gatalnya kembali dan mulalah dia menggaru tidak hentinya."

Kami teruskan usaha mengubati adik. Atas nasihat orang tua, ke utara kami temui sang pendita. Berkat doa dan ayat suci yang dibaca, alhamdulillah, hilanglah gatal dan juga miangnya. Kehidupan adik kembali normal, kembali ceria. Tetapi bang, kebahagiaan dan kegembiraan adik tidaklah lama, pabila sekeping nota ditemui di atas mejanya. Begini lebih kurang tulisannya: 'Aku tak dapat cara kasar, aku buat cara halus. Kau rampas kekasihku.' Tanpa nama.

Adik jadi bingung tidak terkira. Siapa penghantar nota dan pasti ada kaitan dengan penyakit gatal2 yang baru dialaminya. Bila ditanyakan kepada adik ipar saya, dia kata dia tak kenal mahupun syak sesiapa. Katanya hanya adik sahaja buah hatinya. Dan kami percaya keikhlasan kata2nya. Benar bang, selang beberapa hari, adik diserang penyakit gatal2 lagi. Kali ini timbul pula biji2 seakan jerawat batu di seluruh kulitnya. Ketul seakan jerawat ini mengandungi air jua adanya. Bila digaru, ianya pecah dan makin gatal terasa. Kasihan saya melihatkan keadaannya. Adik betul2 sakit dan menderita sehingga kadang2 menitiskan air mata. Bayangkanlah siksanya.

Kami bawa adik menemui si cerdik pandai semula. Seperti kali pertama, beliau membacakan beberapa potong ayat suci dan doa. Tetapi beliau tidak banyak berkata2. Sepertinya ada sesuatu yang berat ingin disampaikannya. Akhirnya dia berkata; "Si pengirim ini sangat tekad hatinya. Dia tidak akan berhenti sehingga runtuh rumahtangga. Penyakitmu ini insyaallah akan sembuh akhirnya tetapi helah lain pasti akan dicuba. Kalau pada hemat saya, kamu perlu mempertimbangkan pilihan untuk berpisah jua. Tetapi keputusan di tangan kamu berdua. Semoga Allah memberimu hidayah sebaiknya." Begitu lebih kurang kata2nya. Meraung adik mendengarkannya. Kami yang lain terdiam seribu bahasa.

Sekembalinya adik ke rumah kami, penyakit adik beransur pulih. Bintik2 seakan jerawat mulai surut, adik tidak menggaru lagi. Tapi perangai adik mulai berubah. Adik menjadi seorang yang pemarah. Pantang silap sikit, akan menjerit meradang. Pantang tercuit sikit, pasti ada sahaja benda melayang. Dan sasaran utama adik adalah suaminya. Kasihan kami melihat pasu, piring dan barang2 lain hinggap di badan adik ipar. Adik seolah2 kerasukan. Kadang2 kami ahli keluarga yang lain pun jadi sasaran amukan adik. Dan yang anehnya, perkara tersebut hanya berlaku ketika di dalam rumah. Jejak sahaja keluar rumah, adik akan kembali normal. Adik akan menyesal dan memohon maaf. Adik mohon sampai menangis.

Sebagai abang, akhirnya saya bersuara. Iyalah, walaupun itu rumahtangganya, saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan adik bahagia, kami bahagia. Kepada adik ipar saya berkata: "Abang tahu kamu sangat menyayanginya. Aku juga tahu kamu ingin bahagia apabila kamu mengahwininya. Tetapi apalah ertinya sayang sekiranya kamu tahu dia tidak gembira, kamu tidak gembira. Aku rasa, ada baiknya kamu ikut kata si pendita. Anggaplah jodohmu sampai di sini sahaja. Kadang2, bahagia yang sementara lebih bermakna daripada hidup bersama tetapi menderita..." Dia kulihat menekur muka. Benarkah tindakan dan nasihat saya...?