January 21, 2009

Fox and Rabbit


Fox and Rabbit

Cikgu Odie sudah bersiap dengan pakaian sukannya. Topi, check. Kasut sukan, check. Tracksuit, check. Sempat lagi dia memandang ke cermin tinggi di bilik persalinannya, “Oklah tu,” bisiknya sambil melempar senyum entah kepada siapa. Langkahnya diatur cergas menuju ke padang sukan. Di sana nanti anak-anak muridnya yang baru berumur lapan tahun menunggunya.

Hairan dia pagi itu apabila murid-muid yang telah dianggapnya seperti anak-anak sendiri tidak berkumpul di dalam barisan seperti kebiasaannya. Padahal mereka semua pelajar yang berdisiplin. “Eh, Cikgu Odie dah sampai. Cepat semua masuk barisan,” laung Firdaus selaku ketua kelas kepada rakan-rakannya yang sedang berkumpul di tepi pagar. Cikgu Odie merapati pagar meninjau apa yang dilihat oleh anak-anak muridnya begitu asyik.

Beautiful picture, isn't it?


“Teacher, why that fox doesn’t manage to catch the rabbit? We’ve been watching that since morning even though the rabbit is so small and the fox is so agile. It shouldn’t be a problem to the fox, right?” soal Ili yang memang petah bercakap Bahasa Inggeris. “Murid-murid, mari berkumpul di sini,” arah Cikgu Odie.

Semua murid membuat bulatan mengelilingi sang guru kesayangan mereka. “The rabbit run for its life while the fox run for its food. That’s why the rabbit will use all its strength and skill to free from the fox. On the other hand, the fox run for food only. After a while and some trials it gives up. As it can try for other pray,” jelas Cikgu Odie. “Jadi murid-murid, kalau kita nak sesuatu, buatlah bersungguh-sungguh dan jangan mudah berputus asa. Jadilah seperti arnab itu, jangan jadi seperti serigala ye,” Cikgu Odie berbahasa Melayu pula. “Sekarang semua beratur, kita dah lewat ni,” arah sang guru meneruskan tugasnya.

Chenta terhalang oleh hukum alam

Mata Lalat & Mata Lebah



"Kalau I mestilah pilih lebah, sbb i macho"

Antara Mata Lalat dan Mata Lebah

Seorang teman tiba-tiba bertanya kepada saya, Jika kamu diberi pilihan, antara mata lalat dan mata lebah, yang mana satu kamu pilih?” Saya tidak terus menjawab soalannya bahkan memohon sedikit waktu untuk berfikir.

Akhirnya saya memilih mata lebah. Rasionalnya lebah lebih baik daripada lalat si pengotor itu. Setakat itu sahajalah rasional yang mampu saya fikirkan. “Kamu telah membuat pilihan yang bagus,” teman saya berkata dengan gembira. “Tahukah kamu, pada mata sang lebah hanya perkara yang cantik, wangi dan manis yang dicari dan dilihatnya. Ke mana sahaja sang lebah terbang, apa yang dicari dan dihinggapinya hanya bunga yang cantik, harum, segar dan bersih. Daripada bunga-bunga itulah didapatkannya madu yang manis dan berkhasiat,”terang teman saya. “Ibaratnya, seorang yang bermata seperti lebah akan sentiasa mencari perkara yang baik dan positif daripada apa yang dilihat dan dialaminya seharian. Dia bekerja untuk mencari yang baik. Dia bermuamalah untuk mencari yang baik. Dia beribadah pun untuk mencari yang baik. Hasilnya pastilah dia mendapat madu yang terbaik,” masih bersyarah. “Dengan sentiasa berpandangan positif dan mencari kebaikan, hati menjadi tenang, senang dan dijauhkan dari perasaan walang,” seakan bermadah pula bicara sang teman.

"Lalatman, sape nak lalatman?"


“Tetapi pada mata sang lalat pula apa yang sentiasa dicari dan dilihatnya adalah perkara yang buruk, busuk dan kotor. Perkara inilah yang sentiasa dicari dan diintainya setiap hari. Di manakah sampah, kotoran dan najis. Disebabkan kebiasaan tersebut akhirnya walaupun lalat berjumpa bunga yang bersih lagi harum, ia tetap mencari yang kotor tadi,” sahut saya pula. “ Itulah ibarat bagi orang yang sentiasa berfikiran negatif dan mencari keburukan pada sesuatu keadaan. Apabila dia memandang manusia lain, apa yang dicarinya ialah keburukan dan kelemahan manusia itu. Maka keburukan dan kelemahanlah yang ditemuinya,” giliran saya pula bersyarah. “Begitulah juga dia melihat dunia dan hidup ini, penuh dengan keburukan, kekecewaan dan kesedihan. Akhirnya dia mudah berputus asa dan asyik menyalahkan keadaan,” saya mengakhiri bicara.

“Kita berdua memang serasi,” gelak teman a.k.a isteri saya.


Teringat Black name tag magnet slalu kata dunia ni x adil tiap kali dia tgk gambo wife aku. Alah, Jeleslah tu