ADAM
Menghasilkan sebuah karya yang mampu menarik perhatian marga
adalah suatu kelebihan. Tetapi mengekalkan daya tarikan itu kepada karya
selanjutnya agar marga kekal salute adalah kisah lain. Dan terus- terusan
mengikat kesetiaan pembaca bahkan mencetuskan fenomena adalah suatu yang
extraordinaire dan outstanding. Tetapi itulah RAM dengan segala kesaktiannya
mengikat kejap segala kesetiaan peminatnya dengan karya masterpiece sedang
kekal dengan gayanya yang tersendiri.
ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) adalah bukti mahakarya RAM di
dalam menghasilkan fiksyen lokal beronakan global. Kiranya inilah contoh paling
dekat bagi menggambarkan erti glokal yang pernah disebut oleh seorang pemimpin
Negara tidak lama dahulu. Ternyata percaturan RAM memilih gaya penceritaan
berteraskan politik antarabangsa di mana teraju utamanya adalah watak dari
Malaysia menjadikan ADAM sebuah thriller sebenar tempatan.
Bayangkan sahaja bagaimana karekter ASP Hilman ‘dimatangkan’
dari seorang polis pasukan gerak khas yang pernah berjaya dalam misi
menyelamatkan pegawai tinggi semasa Perang Bosnia, mematahkan cubaan pengganas
menawan Menara Berkembar KLCC dan akhirnya dia sendiri diperangkap oleh secret
service dalam kes membabitkan skandal Presiden Amerika. Biar betik…American President
tu…
Begitu kedengaran agak mengarut, tetapi demi sebuah fiksyen
yang thriller sifatnya, RAM begitu bijak mengimbangi jalan cerita agar tidak
tergelincir dari landasan logika akal. RAM menggunakan pengaruh watak sampingan
Mia Sara (pegawai kedutaan), Gabriel (Malaysian Intelligent Agency) dan Daljit
Singh (wartawan Harian Metro) bagi ‘memunasabahkan’ jalan cerita dan melengkapkan
resepi emosi dengan kehadiran watak Nur Aliah, Jeslina, Haslinda dan kedua
orang tua Hilman.
Apa pun natijahnya, keputusan Hilman meninggalkan ‘cenderamata’
kepada Mr. President dengan sengaja menembak tapak tangan kanan Presiden adalah
sesuatu yang sangat eccentric, kerana sehingga hari ini, identiti penembak curi
itu masih kekal misteri. Secara keseluruhannya, ADAM adalah satu lagi kejayaan
gemilang bukan sahaja buat RAM, bahkan selayaknya diketengahkan sebagai karya
nasional. Dan semestinya kekuatan ADAM adalah hasil penelitian penulisnya
terhadap beberapa sumber seperti melalui movie, bantuan para penterjemah (Arab dan English) serta aura kasih sayangnya
yang tidak pernah menjemukan. Maka tidak hairanlah andai ADAM mampu mencetus
minat para marga untuk kembali meminati bidang kepolisan sebagai karier masa
depan (ala…seperti kita ditanya mengenai cita-cita zaman sekolah rendah
dahulu), dan seterusnya membangkitkan semangat patriotisme terhadap kedaulatan
Malaysia. Kerana ADAM sememangnya adalah sesuatu…