May 12, 2010

Dah nak abis dah...


Gadis bernama Mira meneruskah pengkisahan mengenai mak angkatnya. "Saya lulus cemerlang dalam Penilaian Darjah Lima dan ditawarkan SBP. Dalam usia sementah itu, saya membuat keputusan untuk menolaknya dan memilih untuk bersekolah di sekolah berdekatan. Hati saya bulat dan tekad, saya mesti menjaga mak, abang dan kakak. Saya nak tebus kesilapan saya, kecetekan fikiran saya. Mulanya mak seakan tidak bersetuju, takut menghalang masa depan saya, tapi saya telah berjanji, saya akan berusaha keras mencapai cita2 dan berbakti kepada mak dalam masa yang sama.

Sepanjang tahun2 bersekolah menengah, mak sebolehnya tidak membebankan tugas menjaga abang dan kakak kepada saya. Iyelah, takut ianya akan mengganggu tumpuan pelajaran saya. Tetapi sayalah yang selalu menawarkan diri membantu mak menguruskan abang dan kakak. Saya tidak merasa terbeban bahkan gembira dgn kehidupan saya. Sehinggalah saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di UKM, maka saya terpaksa berpisah dengan mak, dengan hati yang berat. Sepanjang pengajian saya terus berdoa agar mak sentiasa kuat dan tabah, sihat dan sabar menjaga abang dan kakak. "Mak, tunggu Mira mak...," begitu jeritan hatiku saban malam.

Saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya lulus dengan cemerlang. Sekarang, bolehlah saya menjaga abang dan kakak dengan lebih sempurna. Tiada masalah yg terasa begitu berat berkat ilmu yang ditimba dan pengalaman menjaga mereka selama ini.

Pun begitu, hati saya sering tersentuh setiap kali mendengar mak berkata kepada abah, "Apa akan berlaku kepada anak2 kita setelah kita tiada bang?" "Kita tak boleh bergantung kepada Mira selamanya bang, dia bukan anak kandung kita. Dia juga perlu menjalani kehidupannya sendiri, berkahwin dan mempunyai anak2nya sendiri," tatkala itu pasti air mata mak mengalir. Bukan menyesali takdir, tetapi gusar dengan nasib abang dan kakak. "Mak, harini Mira berjanji di hadapan semua yang hadir akan terus menjaga abang dan kakak sehingga ke akhirnya, percayalah. Memang betul mereka bukan saudara kandung Mira, tapi Mira makan dari tangan yang sama menyuapkan mereka. Tangan itu jugalah yang memandi dan mendodoi Mira saban hari."

Tiga bulan yang lalu saya terbaca mengenai pencalonan ibu mithali. Diam2 saya mengisi borang mencalonkan mak. Mak tak tahu apa2 pun. Sampai saat ini mak masih tak dapat terima anugerah ini. Maafkan Mira mak. Sememangnya mak tak punya anak2 yang berjaya menjadi doktor. Anak mak mana yang jadi engineer, yang jadi lawyer. Tapi kasih dan pengorbanan mak tak kurang sedikit pun dengan ibu2 di sini. Dugaan yang mak tempuh tak kurang hebatnya drp mana2 ibu tadi. Mak sabar dengan semua dugaan, ujian dan cabaran, daripada abang, kakak dan anak mak yang seorang ini. Saya tahu mak mungkin bukan ibu terbaik tetapi mak adalah wakil kepada insan yang bernasib serupa seperti mak.

Terima kasih kepada penganjur kerana membuka mata kepada pengorbanan mak. Saya tahu, ramai lagi ibu yang perlu kita beri pengiktirafan di luar sana. Apa pun, maafkan Mira sekali lagi mak," Mira lantas mendapatkan ibunya. Kedua beranak itu menangis kehibaan. Para hadirin berdiri memberi penghargaan. Makcik2 aku tgk sibuk mengesat air mata. Betul2 anugerah kali ini ada perbezaannya...