March 25, 2009


Mengumpat bukan sekadar dengan kata-kata

Suatu hari ketika rasulullah sedang gering, semua isteri baginda berkumpul mengelilingi katil baginda. Isteri baginda yang paling berumur, Rukayyah telah berkata,”Ya Allah, engkau pindahkanlah beban kesakitan yang dideritai oleh Muhammad kepadaku kerana aku tidak sanggup melihatnya tersiksa begini.” Demi mendengar ratapan Ruqayyah, isteri baginda yang lain saling melirik antara satu sama lain. Tiba-tiba Rasulullah mengarahkan agar diambilkan bekas seraya berkata, “Ludahlah kamu semua ke dalam bekas ini.” Para isteri baginda terpinga-pinga akan arahan baginda. “Wahai kekasih Allah, sesungguhnya kami tidak mengumpat. Mengapa pula tuan menyuruh kami ludah ke dalam bekas ini?” soal salah seorang isteri baginda. “Sesungguhnya pandanganmu juga berupa umpatan ketika mendengar rintihan Ruqayyah. Kiranya kamu meludah tadi nescaya akan keluar daging yang masih berdarah kerana mengumpat itu umpama memakan daging saudaramu sendiri,” ujar baginda.

Agaknya dah berapa tan kita mengumpat sepanjang hidup kita ek?