December 22, 2008

Hujung minggu yg panjang

Bermula alkisah?
Sabtu lepas, saya dan isteri singgah di sebuah surau di pekan Sg Besar kerana ingin menunaikan solat jama’ ta’khir. Hari sudah lewat dan masa tu xde seorg umat pun di surau a.k.a madrasah tuh. Setelah mengambil wudhu’, kami solat berjemaah. Sedang kami bersolat, terdengar bunyi biji tasbih berlaga menghampiri kami. Sekonyong kami usai solat, terlihat seorang lelaki separuh umur berjubah putih siap berserban putih menghampiri kami.

“Dari mana?” sapanya sambil menghulur tangan. “Dari Sabak Bernam hala ke Klang,” jawab saya. “Saya J…, tugas saya berdakwah. Kamu tahu sebab apa manusia semakin jauh dengan masjid dan selalu menghampiri stadium? Sebab manusia sibuk bercerita mengenai bola. Cuba kita bercerita mengenai solat, pasti ramai yg datang ke masjid,” panjang salam perkenalan dia. Saya hanya diam tersenyum. Di dalam hati ingin melihat ke arah mana dakwah yg ingin disampaikannya.

“Agak-agaknye salah siapa manusia tak mahu ke masjid?,” soalnya bertalu-talu. As if dia tak berpuas hati dengan reaksi pertama saya. “Salah diri sendiri,” jawab saya pendek. “Jangan cuba salahkan org, salahkan diri sendiri,” suaranya meninggi seolah2 jawapan sy melencong jauh drp jawapannya. “Baiklah, apa keperluan kamu?” Si jubah putih terus bertanya. “Maksud encik?” balas sy berupa soalan juga. “Saya tanya, apa keperluan kamu, bkn pekerjaan kamu. Apa yg kita lakukan seharian merupakan keperluan hidup shj. Kerja sebenar kita adalah berdakwah,” si jubah putih cuba melontar soalan sukar. “Sy bertugas di Pejabat daerah,” jawapan saya pasti tidak disukainya. Logiknya pada saya tujuan penciptaan hamba ini hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Dan ibadah itu sepatutnya didefinisikan dlm skop yg sgt luas, seluas kehidupan itu sendiri.

“Ooo, sekarang sy nak tanya. Kamu tahu tak berapa ramai kakitangan kamu yg mencuri masa? Mereka minum pagi sampai empat jam. Saya selalu melihatnya di hadapan kedai gunting saya. Ibarat org yg mencuri masa rakyat ni mcm makan nasi sebelahnya najis. Sedap ke kalau mkn nasi dgn najis?” such a strong words.Manalah saya tahu mcm mana rasa mkn nasi berlaukkan najis, sbb sy x penah try. En tau ke rasanye?” soalku, dlm hati jer…

Si jubah putih terus bercerita ttg kelebihan berdakwah. Drp 5 poin, sy dpt ingat 3 jer. Kire oklah tu. Then dia masuk lak cerita psl Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Katanya related sempena raya korban. Katanya kalau kita ikut perintah Allah tanpa byk soal pasti Allah x sia2kan kita. Apa lagi yg boleh sy respon selain mengangguk kecil. “Sekarang, kamu dah bersedia untuk tindakan seterusnya?” soal si jubah putih tiba2. “Ha?” spontan jawapan sy. Entah kenapa kali ni sy byk berdiam diri dan kelihatan lost. “Bersedia utk solat maghrib, dah nak masuk waktu ni, Ada wudhu’ tak?” macam biasa, setiap katanya pasti ada soalan. Saya angguk. Barulah si jubah putih menghulurkan salam. Kenapalah agaknya dia tanya sy ada wudhu’ tak baru dia hulur salam. Agaknya batal ke wudhu’nya kalau bersentuhan dgn lelaki yg berhadas kecil? Sepanjang perjalanan pulang, sy berdiscuss ngan isteri sy yg bekerja di Yayasan Dakwah Islamiah mengenai method dakwah si jubah putih. I reserve my comment, at this moment.

*Untuk makluman, sy x bekerja di daerah si jubah putih. X acilah dia tuduh my stuff minum pg sampai 4 jam.
Hujung Minggu Yang Panjang

Ehek, hujung minggu lepas kami berkesempatan menghadiri majlis resepsi saudara Zahid dan pasangannya Fina. Sambil driving yg jaraknya mengharuskan kami menunaikan solat jamak, sempat gak mendengar majlis akad nikah Mawi si jutawan sms ngan Ikin life kat station ERA. Tapi org sebelah saya asyik membebel mengatakan tak patutlah majlis perkahwinan diexposekan sgt (sy ingat overexposed kut…) walaupun hukum awalnya Rasulullah menuntut agar majlis perkahwinan diwar warkan walaupun dengan hanya menyembelih seekor kambing. Terflash back lak satu artikel di akhbar Mawi cakap dia terpaksa solat istikharah untuk pilih cincin kahwin. Masya Allah, janganlah sampai hukum syariat dimain-mainkan, walaupun anda hanyalah seorang selebriti, jauh sekali ulama’.


Berbalik ceriter pasal journey to Sabak Bernam, sampai port yg dijanjikan kami berlima memulakan journey dgn tenang. Walaupun kalau diikutkan jumlah kami sesuai untuk berkongsi satu kete jer tapi memandangkan semua ada rancangan memasing lepas majlis tuh akhirnya kami memandu kete memasing. En Husin yg memandu seorang diri lead the way sbb dia sorg yg penah sampai ke umah pengantin. Diikuti oleh En Najib yg ala2 skem hari tuh (maybe disebabkan wife dia ngan Nabil Lu pikirlah sendiri ada dalam kete yg sama) dan last skali kete saya. Org sebelah saya terus berceriter, sambil tuh mengomen cara pemanduan en Husin. “Eh, tengok si Husin tu, nak masuk ke kiri tak bagi signal. Tadi masa take over that red car pun tak bagi signal. Kalau drive kat KL sure dah kene maki ni.” Sy hanya tersenyum mendengar leteran org sebelah sy. Kan itu nature perempuan…

Kete En Najib yg terkenal ngan no plat yg exclisivenye…

Akhirnya dekat jam 2.00 petang sampailah kami ke majlis tersebut. Ada gak kengkawan seopis yg dah selesai mula beransur. Buleh tahan gak majlis si Zahid nih. Tema kaler turquoise sampai ke mak bapak dia pun pakai kaler tuh. Ada lak si Zurin DJ umumkan ketibaan kitorg. “Nasib baik makanan dia sedap. Tak sia-sia drive jejauh cenggini, Takdelah dpt kembang gareng jer” bisik sy kat org sebelah. En Najib sibuk melayan si Nabil Lu pikirlah sendiri dengan kipas ajaibnye…Then bersalam ngan pengantin sambil hulur ape yg patut. Time jalan keluar terserempak lak ngan mantan Boss yg dikasihi, Haji Malek yg baru sampai. Hari tuh dia tak bawak ‘mem’ skali. Kalau tak…


Transformers Autobot En Husin yg garang…Tapi beriman...

Dari Sabak En Husin terus balik ke Starfuit Hill sbb ada 2 jemputan lagi. Almaklum, sbg SU JKKK kenalah dia menampilkan imej mesra rakyat yg mmg identical dgn dirinya. Manakala En Najib bgtau dia nak singgah di Satay Hut Tanjong. As for me, sy ajak org sblh sy singgah di pekan Sg Besar.

Pekan Sg Besar, Selangor

Istilah ‘singgah’ kepada kami ialah menyinggah di sbyk premis perniagaan yg boleh. Utk ptg tuh, dgn energy yg byk berkat mkn di kenduri Zahid dan kelapangan masa yg ada, sempatlah kami menyinggah 7 premis. Dptlah sambar selai baju wat Abi, Umi, Mak dan yg paling byk of courselah utk org sblh sy. Harganye? Bolehlah…kira berbaloi ngan jarak yg kami ambil utk harituh. So far I consider it was a good day to remember, until and unless…





Bergaya sakan kat butik…