October 5, 2010

Apa yang penting? Kerjasama...

Alkisah ceritanya berlaku tika kita2 ni sibuk nak sambut raya. Adalah satu kuarga ni yg 'ala-ala' gitu nak dimadahkan. Mereka takdelah kaya sangat, tp tak jugak miskin melarat. Persiapan hari raya mereka pun 'bolehlah jugak'. Si ayah yang kerja ngan gomen bawak familinya shopping last minute. Tak jauh pun, kat Jln Masjid India jer...tu pun malam nak sambut raya. Bukan sbb ada jualan harga runtuh, tapi sbb mlm tu dah tak payah kene solat tarawikh. Very the islamic kan? Padehal mlm tu digalakkan memperbanyakkan takbir.

Bukan itu yg kami nak khabarkan. Tapi kisah 'biasa-biasa' je yg berlaku kat keluarga 'biasa-biasa'. Si ayah dengan berbekalkan duit 'bonus RM500' ihsan kerajaan dgn bangganya membawa famili ke sana. "Sorang boleh pilih sepasang jer, jgn over bajet," itu peringatan kepada semua. Walaupun tak banyak, semua ahli faham dan gembira. Lepas sejam, semua berkumpul semula dgn pakaian pilihan masing2. Dan yang paling gembira, tentulah Mamat, si anak bongsu. Sbb dia puasa penuh, dapat baju raya lagi, mestilah gembira kan?

Sampai rumah, masing2 pakat tunjuk baju baru. Walaupun penat terpaksa bersesak dan menapak ke stesen LRT, tapi demi menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan kenderaan awam, segalanya ok pada mereka. Patriotik sungguh keluarga ini. "Laa...terpanjang pulak seluar si Mamat ni. Nanti mak potongkan ye?" pujuk sang ibu. Baju melayu kaler pink, tu ok, tapi tang seluarnya agak terpanjang bagi Mamat yg boleh dikategorikan sebagai 'rendang' itu. Sesi try menerai berlangsung 1/2 jam jer, sbb mereka kena bajet masak ketupat, lontong, sambal kacang, rendang dan kuah lodeh. Bila semua ahli dah sibuk, Mamat terkulat2 melihatkan kaki seluarnya yg terpanjang tu. "Siapa nak potongkan kaki seluar ni utk aku? Kalaulah ibu dan kakak terlupa nanti, macam mana?" Soalan yang tiada jawapan.

Mamat ke dapur. Dia tanya ibu bila nak potong kaki seluarnya. Ibu kata, nanti. Mamat tanya kakak kalau dia boleh tolong potongkan. Kakak kata kakak sibuk memasak, nanti nantilah. Mamat mula risau. Akhirnya Mamat jumpa ayah, mengadu pada ayah. Ayah kata jangan risau. Ayah suruh Mamat tidur dulu, nanti ayah ingatkan ibu. Mamat tunggu tepi pintu. Akhirnya Mamat tertidur.

Semua kerja masak memasak akhirnya siap juga. Lebih kurang pukul 2 pagilah jugak. Masing2 dah tak larat nak berbual. Cuma saling berpandangan tanda letih dan mengantuk. Kakak masuk tidur dulu. Ayah tatang Mamat yg dah takleh dikejutkan lagi. Ibu jer yg masih bertahan. Sebelum tidur ibu teringatkan seluar Mamat. Ibu ukur dan gunting. Kemudian ibu jahit elok2, macam jahitan kat kedai. Kemudian ibu masuk tidur.

Tengah malam kakak terjaga, haus. Dalam perjalanan ke dapur kakak terlihat bungkusan baju raya Mamat. Kakak teringat tentang kaki seluar yg terpanjang tadi. Kakak ambil gunting, potong dan jahit semula. Kakak tersenyum gembira sebelum masuk bilik.

Jam lima setengah pagi ayah terjaga. Memang itu kebiasaan ayah. Ayah teringatkan pasal seluar Mamat. Ayah capai gunting, jarum dan benang. Kaki seluar Mamat ayah potong dan jahit semula. "Kesian Mamat, sampai tertidur sbb risaukan seluarnya tak dipotong," bisik sang ayah dalam hati. Selepas solat sunat, Ayah kejutkan seluruh keluarga. Solat Subuh dan bersiap untuk solat raya.

"Ibu, seluar Mamat...seluar Mamat," Mamat menjerit sekuat hati. "Jangan risau nak, ibu dah potongkan seluar kamu," pujuk ibu. "Eh, kakak dah potongkanlah bu," sahut si kakak. "Mana pulak, saya baru aje potong pagi tadi," Ayah pulak menyampuk. Masing2 saling berpandangan. Mamat terus menangis. Seluarnya dah jadi seluar pendek. "Alamatnya, kamu kena pinjam kain pelekat ayahlah," suara ibu tenggelam dek teriakan Mamat.

Begitulah kisah biasa-biasa keluar En Moin. Demi kasih mereka kepada Mamat, akhirnya Mamat menangis di Aidilfitri. Bak kata wonderpet, apa yg penting? kerjasama...