March 5, 2009

Padan muka dia



Kisah yang diceritakan dari seseorang kepada seseorang.



Kelihatan seorang lelaki memakai topi sedang bersandar di dinding sebuah kilang. Lelaki itu leka menggodek HPnya tanpa mempedulikan pekerja lain. Sehinggalah boss kilang tuh meluru kepadanya dgn gaya penuh menyampah. "Nah, ambil RM3,000.00 ni dan jangan datang ke kilang ini lagi. Anggaplah duit ini sebagai gaji dua bulan kamu dan selebihnya sebagai pampasan," si boss tuh menyergah, menghulur dan menghalau. Banyak mata memandang. Lelaki tersebut menyambut duit yang dihulur dan berlalu selamba.


"Ingat, syarikat ini x memerlukan pekerja yg malas. Sesiapa yg tidak bekerja kuat akan menerima nasib seperti lelaki tadi," amaran diberi sambil mengangkat2 telunjuknya. Para pekerja berbisik sesama sendiri. "Sin, siapa nama budak lelaki tadi, dari department mana?" Boss masih marah2. "Tu budak penghantar piza, tuan," jawab assistantnya. "Ha???"


Itulah, boss mmglah selalunye betul tp x semestinya x salah kan....
p/s: aku sedikit hangin ngan boss2 aku harini sbb dia asyik nak salahkan aku disebabkan owang lain xde di sisinya membaca yasin pg td. Dah aku pengerusi biro agama, kenalah dtg majlis baca yasin kan?

Secemerlang sinar pagi


Awal pagi hujan turun menggeluyur daerah penempatanku. Sepanjang perjalanan ke pejabat, jalan raya masih basah dengan air hujan. Terdetik seketika perasaan hampeh sbb kereta baru jer cuci, tp cpt2 pujuk, "sib baik kete aku skang nih kaler bluish silver, kalau hitam cam dulu, mau aku singgah ke car wash kat dpn opis tu."


Aku capai HP Sony Ericsson ku (bukan nokia yahudi tu yer), sms azhar yg hadir temuduga SPRM smlm. Dia kate agensi yg dulunya bertaraf biro dan diupgrade ke suruhanjaya tu x amek calon yg rabun. Diskriminasi tu namanye, tp memandangkan azhar lbh suka bersikap ridha, aku nak kate ape kan? tp ngepek pasal betapa dia nak sgt tukar keje tu yg buatkan aku wat entry ni.


Kalaulah korng sumer menjadi tempat org mengadu pasal idup, xkanlah korg nak simply tolak drp bg pandangan kan. Harap2nye esk2 time kita nak mintak tlg kat org lain, diorg sudi tlg kita kan? So aku refer ceramah Dr H.M Tuah Iskandar kat Selangor FM dua hari lepas. Kisahnye ade budak U ni yg dah kat final year tp nak tukar course. Sbbnye dia x minat dgn certain subject. So HM Tuah bg perumpamaan, dalam hidup ni kita x leh dpt semua yg kita inginkan 100%. Tgk jer kalau kita nak beli kereta, kadang2 kita minat bodynyer, tp kaler yg diidam xde. Kadang2 kita minat bentuknye cantik tp enjinnye xde teknologi tercanggihkan. Sama jugak mcm kita berumah tangga, bukanlah semua perangai pasangan kita tu sama dgn selera kita kan, kadang penampilan dia kita suka tp perangai potpet dia kita x berkenan. X pun pasangan kita, kita dah leh tahan, perangai family dia plak yg hampeh.


Mcm tu jugak dgn kerja kita, x semua hari2 kita dihidangkan dgn kerja2 yg pleasant kan, yg kita leh enjoy. Kebanyakannya kerja ni susah, tu yg majikan bayar utk kita deal with it and do all the hard work. Tp percayalah, dlm susah2 tu mesti ada masanya kita betul2 berasa best ngan keje kita. Contohnya bile kita buleh selesaikan keje dgn best tahap gaban, x pun time kita dpt selesaikan problem tahap dewa dan save the company. X pun, at least time dpt gaji hujung bulan. Masa2 best camni yg kita kena kenang time kita down sehampeh2nye.


Lagi satu, x kanlah sbb kaler kereta x semerah ferrari kita x jd amik wira SE kan (sekadar contoh jer), ataupun sbb mak mertua yg suka menyibuk urusan rumahtangga kita, kita nak cari bini tambahan kan? Samalah jugak krn boss suka ngelat dan rakan sekerja keji cam karektor malika dlm anak betong tuh kita nak benti keje kan? So, deal with it. Carilah kebahagiaan dan ke'syok'kan dlm ape saje yg kita hadapi seharian. Biasanya masalah kita x serupa tp penyelesaiannya mungkin drp punca yg sama. Barulah kita rasa secemerlang sinar pagi...