April 23, 2010


Setelah aku di'rempah'kan...

"Apa perasaan tuan hamba setelah di'rempah'kan dua hari ni? Ada perubahan gitu? Huhu" begitu bunyinya sms Shah kat aku. Ye...sebagai penjawat awam di negeri idaman, maju dan berkebajikan ni, mmglah aku diwajibkan memahami hasrat dan halatuju negeri. Demi mencapai tujuan tersebut, maka kami angkatan cado2 dan kpsu2 ni hadirlah ke kursus spies aka mata2 (akan tetapi demi menjaga kemaslahatan semua, aku gunakan perkataan erti terdekat bagi spies sbg rempah @ spices) ni.

Berikut adalah beberapa komen yg sempat aku kumpulkan drp peserta kelas masak memasak mak Mah kali ni:

Ku Izhar: "Kita ni kena pandai2 zak nak hidup dlm service. JPA biasanya akan check kita cenderung ke mana. Kalau nak selamat, jangan masukkan kahadiran kursus ni dlm buku perkhidmatan." Eleh, mula2 dia yg beria xnak dtg, tuptup dia yg paling awal sampai...

Syeikh Nuruddan al-Enggori: "Yop, aku tak tau mcm mana aku nak mencelah cakap penceramah tu yop. Jadi aku bukaklah kisah Khalid bin Alwalid, terus dia tutup kedai. Salah ke aku ni, yop?" soal tuan syeikh sambil mengejar penceramah yg dah merajuk balik.

Haji Tohir Buujang: "Ni apa main ikat2 mata ni? Ingat kitorg ni budak2 yg boleh dibodoh2kan? Eh, korang rasa dibodohkan tak?" p/s: dialog ni diucapkan semasa game tampal2 kpd kumpulan Dato' K.

Syeikhah Aiza Khalid: "Ya Allah, dia janji nak benti bercakap sblm kul 10.30, ni dah pukul 11.15 tak nampak pun tanda2 nak sedar diri? Malam ni nak kiamullaillah," kata akak aiza sambil menge'set' timing mak Mah kat hensetnye.

Tuan Zam: "Bro, pipi ko kene dakwat pen. Kalo ye pon ngantuk sbb kiam mlm td, jgnlah sampai conteng muka." "Siot ko, aku mmg sengaja contenglah, tanda protes penceramah yg menggunakan suara vibrator sepanjang masa tu, wuahhh, ngantuk duh," zam menguap x cover2 dpn Mas Sakdah.

Haji Jai Santana: "Saya dah tak buleh beraksi bersama kugiran sy sbb dah byk tercedera." "Sebelum2 ni perform kat mana? Rumah pengantin ada?". "Komanlah main kat umah pengantin...tv tau, live lagi..." Hj Jai Santana berang dikelaskan sama ngan kugiran kampungan.

Secara kesimpulannya, dapatlah aku simpulkan menjadi satu kesimpulan, bukanlah simpulan bahasa mahupun sipul biawak, kelas ini sbg:-

  • Peserta kursus kali ini: Gile best, sbb semuanya dah kenal, suppoting habis.
  • Urusetia: oklah jugak. Dah engage consultant kan...
  • Pengisian kursus: bab ceramah, bolehlah...bab aktiviti lain yg paling best mestilah bab kiamullail...gile ko, dah dapat tengok nama sendiri atas batu nisan siap tuliskan surat wasiat kat anak bini kalau x insap lg x taulah...
  • Makan penginapan: ok sgt2 (considering k/tgn lain kene duk kem)
  • Manusia paling menyerlah sepanjang kursus: pastinya tuan syeikh kita...
  • Adakah anda mahu menyertai semula kursus ini di masa hadapan: Bagilah chance kat org lain pulak...(cheh, jawapan diplomasi tu...)
  • Adakah anda akan mencadangkan rakan2 menghadiri kursus ini: well...you can try, but never regret.