February 24, 2011

Kerana RM300?

Kerana RM300?

Aku bukanlah pegawai besar, tapi bukanlah jugak pencacai kat opis. Tabiat yang paling aku tak gemar ialah tabiat suka berhutang. Tapi iyelah, dah namanya pun manusia, kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku kan? Ada masanya kita sesak, terpaksa jugak meminjam (istilah baik selain 'berhutang').

Satu hari aku terdesak nak guna duit. Tak banyak pun, dalam RM300 jer. Masa tu baru 6 haribulan, awal bulan lagi, atau dalam kata lain, gaji lambat lagi nak masuk. Disebabkan jumlah yg aku perlukan itu kecik jer, maka aku ambik keputusan untuk pinjam daripada kawan baik aku, M. Kami dah lama berkawan dan aku percaya M boleh simpan perkara berhutang ni antara kami berdua sahaja. Iyelah, aku memang tak pernah dan tak suka berhutang sebelum2 ni. Aku pinjam RM300 dan berjanji akan bayar balik bila dapat gaji hujung bulan. Bimakna, aku pinjam dalam tempoh 20 hari.

Waktu aku nak pinjam, M cakap,"Ambillah RM300 ni. Kau pakailah. Mungkin ni masa kau, esok2 masa aku perlu pertolongan jangan kau lupakan aku pulak. Pasal perkara ni, aku takkan bagitau orang lain. Janganlah kau risau."Lega hati aku sbb M pandai simpan rahsia. Aku taknak isteri aku tau dan risau yang aku amat terdesak sehingga terpaksa berhutang.

Tup tup, 30 minit lepas M serahkan duit tu, aku dgr kawan2 sepejabat cerita pasal aku pinjam duit. Petang tu masa punchcard dah heboh satu opis cerita pasal aku. "Sudah...sapa pulak yang bawak cerita? Takkanlah M..."bisik hatiku. Hairan pun ada, tapi malulah yang paling banyak.

Sampai rumah, aku disambut oleh isteriku dengan wajah mencuka. "Abang, kenapa abang hutang duit pada M? Saya malu tau, orang2 bercerita yg abang sudah pandai berhutang. Saya tahu kita bukan orang senang, tapi janganlah sampai berhutang, macam2 orang cakap bang, saya malu," itu ayat yang keluar daripada mulut isteriku setelah didesak beberapa kali. "Lebih teruk lagi M cakap yang Abang takkan ke mana2 sbb Abang hidup bergantung atas kebaikannya," tambah isteriku dalam esak tangisnya.

Daripada hairan aku jadi geram. Keesokan harinya aku keluarkan simpananku mana yang ada. Kerana RM300 aku mendapat malu. Aku jumpa M. Aku pulangkan duitnya hari itu juga. M terpinga2 dengan tindakanku. Bila ditanya kenapa aku pulangkan duitnya aku cakap, "Mulanya memang aku perlukan duit ini, sangat memerlukannya. Dan kau tahu berhutang adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan dalam kehidupanku. Sebab itu aku pinjam dari kau, kawan yang aku anggap seperti keluargaku. Tapi sayang, kau tidak pernah menganggapku sebegitu. Nah, ambillah kembali wangmu ini. Kalau ini nilai persahabatan kita, aku pulangkan kepadamu. Aku tak pernah sangka sebegitu murah nilainya pada matamu." Wang kuletak di hadapannya sambil aku berlalu pergi. Pergi tak kembali...