Hari Selasa minggu terakhir bulan Disember 2008. Bermakna minggu terakhir tahun 2008. Cuaca pagi ni sedikit mendung. Ntah kenapa rase cam sikit tak best sejak dari bangun pagi tadi. Agaknya sbb dah 5 hari tak masuk ofis kut. Dalam hati dah berkira2 nak pakai kemeja putih yg dah sedia di'iron' tp rase skem sgt lak (sbnrnya xnak dikaitkan ngan org berbulu di perut yg suka pakai kemeje putih kat ofis tu), so capai kemeja AD kaler light pink jalur2. Iron punyalah nak rak, tp hasilnye sedikit hampeh. Cepat sgt komot. Inilah salah satu produk AD yg mengecewakan (nak wat camne, aku dah terbeli dua pasang).
Pg nih agak tergesa2 drive bile tgk jam dah kul 7.40, sampai hand brake pun lupa nak turunkan. Patutlah rase berat semacam jer. Sib baik sempat dgr motivasi pagi Hj Ridzuan Saghir dan Ust Zawawi. Sepatutnya Selasa hari yg aku suka sbb dua2 penceramah ni sgt2 terer memberi motivasi utkku. Tapi entahlah…
Sampai kat opis mmg dah lewat. Time punch 8.09 pg. Merah. Satu lagi penyebab utk rase tak best. Ye ke aku perlu terus rase tak best for the rest of the day? Receptionist bagi salam. Dia hulur satu sampul. Oh, sampul berisi planner utk tahun 2009 drp Taliworks. Ada gambar epal dan gelas berisi air, cantik. Best.
Planner yg cantek...Thanks Taliworks
Terus masuk ofis dan tgk fail yg dah tersedia atas meja. Bos masuk tanya ada meeting tak utk harini. Uik? Mana aku tau sbb Jumaat lps pon aku cuti cam dia, tapi aku cover dgn jawapan, “Takde boss,” “Try cari info betul ke skang xyah sediakan bank guarantee bg kerja under RM100k?” boss bg arahan. “Ok,” semangat mula datang. Buka portal MOF, search under SPP, and walla, SPP 6/1998 nyatakan kena sediakan bank guarantee 25%. “Alah, kontraktor mmg nak cengelat tu taknak sediakan bank guarantee. Apelah berkira sgt, lps nam bln kan duit dpt balik,” bisik hati.
“Encik, public nak jumpa,” kerani aku sorg ni bgtau. Selasa, hari Mahkamah Majistret x bersidang kat daerah aku. So, secara otomatik sumer akan channeled ke Pejabat Daerah. Dan ditambah bestnye, kebanyakan pegawai bercuti (kalau yg ade pon maleh nak layan karenah public yg berbagai tuh) tp sy kan seorg k/tgn yg suka kemasyarakatan, so layan…Sedar2 dah jam 11.30, pergh…patutlah lapar. Adik jual karipap dtg. Pg ni dia bwk karipap ngan roti sardin. Aku amik RM2 jer, ingat nak diet tp adik tu kate dia tak cukup duit nak pulangkan. “Beli RM4lah bang," katanya sambil mengira2 duit singgitnya. “OKlah,” begitulah baik hatinya org kita.
Karipap Adik yg menyelamatkan perutku pg ni
Aku teruskan keje check prestasi bayaran memandangkan esk final day utk pelaksanaan waran kewangan. Ada satu dua projek lom settle, bincang ngan cc. Tetibe terdengar suara big Boss kat luar. Terus meluru berjumpa beliau. Rupanya dia bwk public bertanyakan psl rumah PPRT. Public oh public.
Datang lagi dua org public nak tanya pasal kerja penyelenggaraan balai raya. Boss ajak bincang dlm biliknya. Aku tgk jam dah dekat kul 1. Biler dilihatkan keputusan dan penyelesaian dah dicapai, aku tinggalkan boss ngan tetamunya. Masuk bilik, tgk blog org lain then ajak staf lunch.
Lepas solat Zuhur, duk dpn PC nak postkan ceriter nih. Heh, sepanjang cuti mggu lps, aku sempat bwk anak2 buah jalan2 kat Pantai Remis, Jeram dan Bukit Malawati. Rupanya x byk yg perlu dibelanjakan utk dpt kepuasan bercuti. Kitorg naik trem dan singgah di muzium Kuala Selangor. Then bg mkn lotong2 atas bukit tuh, jinak. Lunch kat KFC Kapar and terus ke kenduri kat rumah kakak kat Sijangkang.
"Bebudak duk blakang. Eh, mana seatbealtnye? Kang kene saman RM300 sape nak byr?" Cik Ct nak lodge report ke MDKS
Memule takut nak rapat ngan kawan hitam berbulu nih...
Yam sedang mempraktiskan negotiation skillnyer
Sabtu pi umah mertua and bwk Teha shopping baju. Mlm pi umah kak Nora nak tanya khabar sejak dia kuar wad dulu. Ahad, Pak Lang Razak dtg rumah mak. Sempat gak kuar dinner reramai. Sblm tu sblh ptg bwk wife ngan Teha sekeluarga mandi air panas kat Langat. Isnin pi kenduri rumah Amin, peserta program cari menantu. Bile difikir2, betul ke aku ni bercuti sebenarnya?