March 19, 2009


Hearing and Listening

Antara hearing dan listening, kedua2nye mcm serupa tapi sebenarnya berbeza. Yang satu guna telinga dan satu lagi guna akal. Sbb tu tak semua org ada kemahiran mendengar, walaupun orang itu boleh mendengar. Dalam bahasa kita hearing itu pendengaran sedang listening itu mendengar. Tak banyak beza kan? Bezanya, kemahiran mendengar ialah kebolehan untuk sedia memberi peluang kepada informasi disampaikan dan memprosesnya tanpa prejudis. Hasilnya pastilah keputusan yang baik. Ini berlawanan ketika mendengar muzik, everything light and easy x pon tgh dgr boss kita berleter.


Kalau diperhatikan, manusia lebih banyak menumpukan peningkatan kemahiran bercakap berbanding kemahiran mendengar. Dan masyarakat terbanyak lebih appreciate mereka yg so called 'pandai bercakap' berbading mereka yang 'pandai mendengar'.Sebagai contoh, kalau seseorang itu pandai bercakap, bersyarah dan pandai berpidato, pastilah mereka akan diangkat dengan pelbagai gelar. Pensyarah dan pidato ulung, nescaya harumlah namanya disebut orang. Demi itu, pelbagai program dan pertandingan diadakan demi membina kemahiran bersyarah dan berpidato yang asalnya masih daripada kemahiran bercakap. Soalnya, adakah benar kemahiran bercakap itu lebih penting daripada kemahiran mendengar?


Bijak pandai pandai pernah berkata, "Banyak cakap banyaklah salah. Banyak salah banyaklah dosa." Maka timbullah peribahasa 'tin kosong' dan 'cakap tak serupa bikin'. Pandangan penulis adalah mudah. Kita sepatutnya perlu lebihkan mendengar daripada bercakap. Amik contoh sebagai sorang boss, kalau selama ni dia asyik bercakap dan memberi arahan kepada pekerja, apelah salahnye sekali sekala 'mendengar' apa kata pekerja lak. Banyak benda kita dapat pelajari daripada 'mendengar' sekeliling kita. maybe ade benda yg kita buat tu boleh jadi lebih baik kalau kita lebihkan mendengar. Analoginya mudah, seorang hakim (magistrate cam arep dulu) hanya akan dapat membuat keputusan sebaiknya selepas mendengar semua hujah dan bukti parties to the case. Ce kalau dia sorang jer yg bercakap, then lawyer xnak dengar, silap2 strike off case lah jadinye.


Begitulah juga apabila kita menjadi seorang suami atau bapa, cubalah mendengar apa yang dikatakan oleh isteri dan anak2 kita. Penulis rasa, akan amanlah dunia ni. By the way, Allah jadikan dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Maha suci Allah daripada sebarang kelemahan.

Adakah kita masih mahu berdendam?

Encik Shukri baru masuk ofis. Dari gayanya aku dapat meneka yang mesyuarat di SUK pagi tadi mesti tak best. Sekejap je dia dah keluar dari biliknya sambil ajak aku kuar minum. Oh ya, immediate boss aku ni cume beza 5 tahun usianya daripada aku, tapi senioritinya dah jauh meninggalkan aku. Tapi bukan tu yg aku nak cerita.

Masa minum, dia terus bercerita mengenai Encik S****** yang menyerangnya selepas meeting pagi tadi. Ya, S****** Pejabat Daerah K**** tu memang poyo sikit. Disebabkan rumah mak dia ada kat daerah kami, maka banyaklah yang dia nak tegur. Kalau ada rumah orang miskin, dia tegur, jalan rosak, dia tegur, hatta tiang masjid retak pun dia nak wat bising kat Pejabat kami. Bukan dia tak tau cara bekerja kat Pejabat daerah ni. Aku lebih suka pendekatan En Rohib, KPPD Hulu Selangor yg kampungnya jugak terletak kat daerah jagaan kami. Dia personally jumpa aku dan maklumkan jalan ke rumah maknya masih crusher run, mintak diturap. Aku dengan willingly masukkan dalam senarai PIA/PIAS tahun tu jugak. Bukan tu jer, PPN pun dengan penuh willingly naiktaraf surau kat jalan En Rohib lagi.

Berbalik pada S****** tadi, baru2 ni, Najib ada wat lintas langsung kursus perancangan strategik pembangunan daerah dari Melaka. Dia menyumpah berbakul2 pasal perangai Suliman. Well, that’s wasn’t surprise me at all. Memule Najib kata Suliman ni macam skem, hanskem a.k.a perasan handsome dan skema, tapi aku kata tunggu time dia bersuara, nescaya akan terserlah kepoyoannye. Dan, sah bila dia bersuara, most of the people around him look disdain. Nak lebih best lagi En Shukri, skang dah naik pangkat jadi KPPD Gombak, ade duk sblh S******. Heh.

Teringat lak kuliah tafsir surah ‘abasa. Saidatina A’isyah meriwayatkan surah ini diturunkan ketika Nabi didatangani oleh seorang tua yang buta bernama Abdullah bin Umi Makhtum dan pada masa yang sama nabi sedang menerangkan Islam kepada pembesar Musyrik. Disebabkan sifat tidak acuh nabi kepada si buta tadi, maka turunlah ayat ‘ abasa watawalla. An ja~ahul a’ma. Bermula peristiwa itu, setiap kali nabi bertemu Abdullah, maka baginda akan memberi salam seraya berkata, “Salam sejahtera kepada manusia yang menyebabkan aku ditegur oleh Allah.” Sambil Nabi memakaikan jubahnya kepada Abdullah. Begitu tingginya akhlaq nabi yg tiada sekelumit pun sifat dendam di dalam hatinya. Adakah kita masih berdendam?