Alkisah sepasang suami isteri nih dah lamalah jugak mendirikan rumah tangga. Sekadar bermasam muka tu biasalah dlm kehidupan suami isteri kan. Cumanya dlm kes nih, dua2 keras kepala dan ego ala gaban, xnak mengaku kalah apalagi beralah. Demi mahu menghajar akan isterinya, sang suami enggan bercakap2 kepada si isteri sepanjang hari.
Maka ditakdirkan keesokan paginya sang suami terpaksa outstation ke Kuching and he must catch the first flight. Kebiasaannya si isterilah yang terpaksa mengejutkan dia yg lena bak badak tuh. "Tp aku tgh berkonfrontasi dgn biniku. Mcm mana aku nak mintak dia kejutkan aku ek?" bisik hati si suami sambil berfikir cara terbaik agar hajatnya tercapai tanpa perlu mengorbankan std egonya yg tinggi itu. Fikir punya fikir, akhirnya dia mendapat akal. Sebelum tidur dia telah menulis "Kejutkan saya jam 5.00 pagi, I have flight to catch up" atas kertas kuning yg ade gam tu and lekat atas bantal isterinya. Heh, kunun pandai sgtlah tu.
Keesokan paginya sang suami terjaga dan dia smmgnye terlewat. Sambil menyumpah2 seranah isterinya yg dah lama pergi kerja, dia terjumpa sekeping nota atas bantalnya tertulis "Bang, bangun. Dah pukul 5, Abang kan kena pi airport."
Haaa, itulah, kalau gaduh ngan isteri cpt2lah berbaik. Xde salahnye pon kalau suami beralah dan mintak maap dulu. sbb, kita mmg 'perlu' sgt kat isteri kita (heheheh).