February 4, 2009




Ni ha pasal budak sontoloyo si Jepun yg roper jawe nih. Ade ke dia tanya kak ita (PLB ye, barang harus diingat) bersama akak2 yg lain teka teki kebablasan. Soalannya begini: Dalam banyak2 binatang, binatang ape yang bertelur dan beranak?



Kak Awe: Orang
Lin: Kude belang
Kak Ita: Belangkas


"Salah, aku letak seploh hinggit nih, cepat," sontoloyo bet. Kak Ton, Zeti dan Miza bersinar matanye demi melihat duit RM10 yg dipegang si sontoloyo itu. "Alah, ko bglah hint dia," Lin masih mengharap duit tuh jd miliknya sbb dia dah salah jawab tadi. "Jawapannye, siput babi." "Sebab?" "Siput bertelur, babi beranak." "Itu mendatangkan kemarahan."



"Oklah, sekarang bagitau ilmu ape yg xyah belajar?" masih berteka teki tp x beran nak letak betting. "Ilmu hisap," Lin jwb, terer. "Betul, tp bg lagi 2 jwpan." "Mane aci, ko bayarlah RM3.50 dulu, aku dah jwb betul," Lin menagih bak ceti. "Takde, jawapannye ilmu hisap, ilmu alam ngan ilmu sain," sontoloto dah bersedia nak lari. Tu pasallah aku panggil budak ni sontoloyo, gabungan Mat Sentol ngan Poyo...
(Atas pemintaan ramai, penulis re-publish entry ni supaya sumer org leh komen pasal budak sontoloyo ni, cepat2)

Interview yang stress

Interview yg stress

Kisah ni berlaku ketika interview untuk intake student medic. Watak2 yang diperlukan ialah 3 orang Professor Kuliah Medic dan tiga orang interviewee sbg sample. Soalan yang ditanya adalah mengenai anatomi tubuh manusia.

“Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk bahagian badan manusia yang kami tunjukkan kepada kamu,” tanya sang penemu duga sambil merujuk kepada hidung. “Ear,” jawab budak pertama. Sambil menggelengkan kepala, si penemu duga menunjukkan ke arah dagu. Budak pertama menjawab,”Cheek.” “Are you sure?” penemu duga tak puas hati. “I am dead sure,” confident jer budak tuh jawab. “Ok, you’re dead by then. Next,” stress si Prof tuh.

I hope my boss never see this kafling at any stores

Soalan yang sama ditanyakan kepada budak kedua dan jawapan yang diberikan juga salah belaka. Di hujung soalan penemu duga bertanya sama ada budak kedua tu betul2 pasti dengan jawapannya. Budak kedua menjawab,”Definately, sir.” “Then you’re most definately out, boy...Next.” Prof semakin stress.

Tiba giliran budak ketiga. Soalan yang sama ditanya dan semuanya dapat dijawab dengan betul dan penuh yakin. Malah, tanpa disoal pun budak ketiga nih dapat menanamakan bahagian tubuh manusia yang lain. Para Prof sangat terpegun dengan kepandaian budak ketiaga ini dan terus memaklumkan bahawa beliau berjaya dan terpilih. Sebelum melangkah keluar, penemu duga bertanya apakah rahsia kepintaran budak ketiga itu. Sambil bangun dan menunjukkan ke arah kepalanya budak itu menjawab, “I always use my liver, sir.” Ketiga2 prof tuh menepuk dahi.