December 24, 2008

"Kan mak dah cakap..."

Alkisah tersebutlah satu cerita di sebuah negeri yg jauh letaknya, tiga beradik dara sunti tinggal bersama kedua org tuanya. Suatu hari terdengarlah perkhabaran akan kedatangan satu rombongan daripada sang teruna untuk masuk meminang. anak yg mana, belum tahu lagi.




Nak dikisahkan, ketiga-tiga gadis ini amatlah molek rupa mereka lagi pemalu. Akan tetapi sedikit kekurangan dapat dikesan dalam ketiga-tiga mereka iaitu mereka semua ni sengau. Maka telah diberi warninglah mereka semua oleh sang bonda,"Nanti time rombongan lelaki sampai, jangan ada di kalangan anakanda yg bersuara walau sepatah pun. Bonda risau peristiwa lalu berulang lagi," Maksud sang bonda tidak lain hanya khuatir akan terkantoilah anak2 gadisnya dalam majlis meminang kelak. Mereka semua tersenyum simpul mendengar amanat sang bonda.




Saat yang ditunggu pun tiba. Setelah rombongan dipersilakan duduk dan majlis berbalas pantun selesai, keluarlah ketiga-tiga sanga gadis menghidar air dan makanan. Terpegunlah sang teruna akan keayuan dan kejelitaan ketiga2 gadis tersebut sehingga sukar untuk memilih yang mana satu untuk disunting. Ada juga terlintas untuk mengambil ketiga2nya sekali tetapi tetap dikontrol kegelojohannya itu.

"Kan mak dah cakap, jgn bercakap..."


Bonda si teruna terus bertanya tanpa berbasa basi lagi layaknya,"Wah, cantik sungguh anak ini. Siapa namamu?" Spontan dijawab oleh si kakak, "Hoja," dengan suara sengaunya. Si tengah terus menyinggung lengan si kakak, "Han mak hah hakap, hangan hakap. Han hehahang ohang hah hahu hita hengau," Si bongsu menyahut dari belakang,"Hahib haik hahu hak hahap," sambil mengurut dada.


Tercengang sekelian rombongan. Si teruna terus bangun meninggalkan majlis. "Cis, harap muka je cantik, tapi sengau. Cancel," katanya dalam hati. Sang bonda tercengang...kan mak dah cakap...

CERIA


Ceria

Kisah bermula dengan Puan Lina yang sugul atas kematian anak sulungnya yang sedang belajar di luar negara. Sebagai jiran, Puan Mimi bercadang untuk menghiburkan hati Puan Lina yang sedang dirundung walang. Lalu Puan Mimi mula memasak masakan kegemaran jirannya itu. Sekonyong anaknya, Adik, bertanya apakah yang sedang dibuat oleh si ibu, ”Ibu, apakah yang sedang ibu buat?” “Ibu sedang memasak makanan kegemaran jiran kita,” jawab si ibu lembut. ”Tapi, kenapa bu?” “Puan Lina sedang bersedih, hatinya luka. Kita kenalah menolong meringankan kelukaannya, sayang,” masih lembut suara si ibu.

Adik berfikir sendiri,”Adik pun mesti tolong Untie Lina merawat lukanya.” Tetapi apalah yang mampu dilakukan oleh Adik yang baru berumur tiga tahun. Adik keluar menuju ke rumah Puan Lina. “Assalamualikum, untie, ini Adik,” Adik memberi salam sopan. “Ada apa Adik?” jawab Puan Lina lemah.”Untie, Adik dengar untie terluka. Ini Adik ada bawa plaster untuk mengubat luka Untie. Adik harap untie akan cepat sembuh dan gembira. Bolehlah kita bermain-main seperti dulu,” jawab si anak kecil petah. Tergamam Puan Lina mendengar kata-kata Adik. Menggeletar tubuhnya mendengar keikhlasan dan ketulusan anak kecil ini. “Sungguh dari tubuh yang kecil di hadapan aku ini akan tumbuh hati yang besar. Kalaulah si kecil ini boleh berusaha memadam kesedihanku, maka selayaknya aku yang dewasa ini lebih kuat menghadapi dugaan ini,” bisik hati Puan Lina dengan penuh tekad. Lantas dicapainya gugusan kunci yang tergantung foto anaknya yang telah meninggal dunia dan diganti dengan plaster yang dibawa oleh Adik. “Mulai hari ini aku akan melihat plaster ini setipa kali teringat akan anakku,” tekad hatinya. “Terima kasih, Adik. Adik telah menyedarkan Untie betapa luka yang besar selalunya boleh disembuhkan dengan ubat yang kecil,” ucap Puan Lina seraya memeluk erat anak kecil yang bijak itu.

Semangat di Hujung Tahun

Semangat di Hujung Tahun

Time2 hujung tahun ni ramai yg amik cuti pjg sempena cuti sekolah & public holiday. Tapi bg yg keje ngan govt mmg sibuk ngan SKT. Kami pun tak terkecuali. Kesian mengenangkan nasib sy yg masuk kali ni dah 3x berturut2 tak dpt menyertai SKT nih. Ingatkan tahun ni dpt join skali tp mlgnye cuma berkesempatan ikut sehari jer. Itu pun dtg semata2 kena present & kena meeting lps tuh, huhu. Dah sudah tu (around 7pm) barulah buleh bertolak balik ke rumah.


Kalau diikutkan hati ni ada perasaan seakan malas2 itik nak p opis esknye. Yelah, kekawan yg p SKT leh singgah
shopping tp saya...Org rumah pg nih pakai jubah baru, cantik. Datang semangat nak bgn bersiap ke opis. Motivation, pls motivate me...jerit hati ini. Singgah jap beli nasi lemak kat K Selangor. Nasi lemak yg dulunye sedap dan byk dah bertukar rupe. Patutlah Husin 'ngepek' memanjang kalau aku ajak pi beli nasik lemak mangkuk ni. Tapi mengenangkan ada tugas menanti di pejabat, ku gagahi jua diri ini. Semangat!!!




Lihatlah ccku yg sdg merajuk dek krn presenter sgt lem...alah, yg baju kaler itam yg xmau toleh sini tu...




Jaga2 cik mah bobek tgh cri idea nak komen tuh...








Tok Ngulu bju itam tuh sampe pegang dahi, mikirin apa pak? mobilnya ya?









Kayangan lps kena belasah ngan big boss mlm td, tersando jer









Nasi lemak mangkok sblm dibedal pemangsa









Ala syeh, takat nasi lemak sebungkus je, pakcik tu pon x sempat kaye. Yang cek Lan wat muke ketat pehal lak?