Alkisah tersebutlah satu cerita di sebuah negeri yg jauh letaknya, tiga beradik dara sunti tinggal bersama kedua org tuanya. Suatu hari terdengarlah perkhabaran akan kedatangan satu rombongan daripada sang teruna untuk masuk meminang. anak yg mana, belum tahu lagi.
Nak dikisahkan, ketiga-tiga gadis ini amatlah molek rupa mereka lagi pemalu. Akan tetapi sedikit kekurangan dapat dikesan dalam ketiga-tiga mereka iaitu mereka semua ni sengau. Maka telah diberi warninglah mereka semua oleh sang bonda,"Nanti time rombongan lelaki sampai, jangan ada di kalangan anakanda yg bersuara walau sepatah pun. Bonda risau peristiwa lalu berulang lagi," Maksud sang bonda tidak lain hanya khuatir akan terkantoilah anak2 gadisnya dalam majlis meminang kelak. Mereka semua tersenyum simpul mendengar amanat sang bonda.
Saat yang ditunggu pun tiba. Setelah rombongan dipersilakan duduk dan majlis berbalas pantun selesai, keluarlah ketiga-tiga sanga gadis menghidar air dan makanan. Terpegunlah sang teruna akan keayuan dan kejelitaan ketiga2 gadis tersebut sehingga sukar untuk memilih yang mana satu untuk disunting. Ada juga terlintas untuk mengambil ketiga2nya sekali tetapi tetap dikontrol kegelojohannya itu.
"Kan mak dah cakap, jgn bercakap..."
Bonda si teruna terus bertanya tanpa berbasa basi lagi layaknya,"Wah, cantik sungguh anak ini. Siapa namamu?" Spontan dijawab oleh si kakak, "Hoja," dengan suara sengaunya. Si tengah terus menyinggung lengan si kakak, "Han mak hah hakap, hangan hakap. Han hehahang ohang hah hahu hita hengau," Si bongsu menyahut dari belakang,"Hahib haik hahu hak hahap," sambil mengurut dada.
Tercengang sekelian rombongan. Si teruna terus bangun meninggalkan majlis. "Cis, harap muka je cantik, tapi sengau. Cancel," katanya dalam hati. Sang bonda tercengang...kan mak dah cakap...
No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.