Mengumpat bukan sekadar dengan kata-kata
Suatu hari ketika rasulullah sedang gering, semua isteri baginda berkumpul mengelilingi katil baginda. Isteri baginda yang paling berumur, Rukayyah telah berkata,”Ya Allah, engkau pindahkanlah beban kesakitan yang dideritai oleh Muhammad kepadaku kerana aku tidak sanggup melihatnya tersiksa begini.” Demi mendengar ratapan Ruqayyah, isteri baginda yang lain saling melirik antara satu sama lain. Tiba-tiba Rasulullah mengarahkan agar diambilkan bekas seraya berkata, “Ludahlah kamu semua ke dalam bekas ini.” Para isteri baginda terpinga-pinga akan arahan baginda. “Wahai kekasih Allah, sesungguhnya kami tidak mengumpat. Mengapa pula tuan menyuruh kami ludah ke dalam bekas ini?” soal salah seorang isteri baginda. “Sesungguhnya pandanganmu juga berupa umpatan ketika mendengar rintihan Ruqayyah. Kiranya kamu meludah tadi nescaya akan keluar daging yang masih berdarah kerana mengumpat itu umpama memakan daging saudaramu sendiri,” ujar baginda.
Agaknya dah berapa tan kita mengumpat sepanjang hidup kita ek?

dulu mengumpat ni orang banyak kaitkan dengan perempuan. rupa-rupanya orang lelaki pun kuat mengumpat. ada je yang diumpatnya.. kenapa la dia tu tukar sport rim warna tu? Kau nak tahu tak si mamat tu beli rumah mahal-mahal, rupa-rupanya dia kena tipu... ala macam-macam lagi la umpatannya...
ReplyDeleteust pi'e: kalau pompuan kita panggil mengumpat, tp kalo lelaki tu takat mengutuk jer...
ReplyDeletehaha.. nampaknya kena buat study sikit pasal mengumpat vs mengutuk..bijok..bijok..
ReplyDeleteMengumpat.... mengutuk... macam sama je. Banyak cerita pasal mengumpat ni. Sampai dalam kisah rasulullah bermikraj, digambarkan seorang memakan daging kawannya yang diumpat.
ReplyDeleteTapi, kutuk dan umpat ni sama sahaja. Pangkalnya adalah sama iaitu lidah. Teringat apa yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar bila beliau memasukkan seketul batu dalam mulutnya. Apabia ingin bercakap beliau mengeluarkan batu tersebut. Ketika beliau ingin mengeluarkannya, beliau akan berfikir apakah yang akan dicakapkan itu maksiat atau tidak. Cantiknya usaha beliau, walaupun telah dijamin syurga.
kutuk ...umpat... suka hati la...hidup tanpa mengumpat dan mengutuk mesti tak best. No improvement, no new ideas, no friends, no enemies....what not...bosan...bosan sungguh la hidup kalau tak leh ngumpat dan ngutuk orang dalam sehari....ya kutuk pak lah, kutuk JJ, kutuk Tun, ngumpat ajak, ngutuk ust shafie yang warak itu....from there we learn something....God is Great ...kan? yang penting kita ada substance when we say something with regard to values, values and values...
ReplyDeleteAjaaaakkkkk, bertan-tan lah dikumpul dari dulu. Tak tau nak campak kat mana. Tapi itulah tabiat yang susah untuk dibuang.
ReplyDeleteust pi'e: pi'e tlglah wat entry pasal umpat vs kutuk. leh kite same2 discuss.
ReplyDeleteust amir: kengkawan, ust amir ni adinda ust pi'e, batch saya dlm ptd. kite tunggu topic ni dibahas oleh kanda pi'e ek.
arep: heh, u ni mane ade mase nak mengumpat @ mengutuk. u kan owang soleh di bawah lindungan kaabah.
eija: katenye ade umpat yg diharuskan dlm islam, kite tggu ust pi'e ulas ek.