March 27, 2009


Hidup ibarat roda?

Adalah sorang sohabat kenalan daripada universiti yang sama, cuma brandnya lebih original daripada kita ni, uia-kusza. Menurut katanya, batch kita ni asyik dibuai dengan kenangan dan memori silam time study, sedangkan kita dah tinggalkan zaman tu hampir sedekad lamanya. Dia kata lagi, get a lifelah, zaman sekarang xde maknenye nak terkenang2 kisah zaman dolu2. Campus life is another chapter in human life, it shouldn’t be cherished, but to be forgotten. Betul ke?

Mengenangkan penulis ni Melayu yang berbudi pekerti mulia (walaupon jawa sebenarnya), dan masih menebal sikap menjaga hati orang lain, maka penulis tarik nafas panjang2 sebelum menjawab komentar teman tadi. Dia yang kini bertugas sebagai seorang lawyer mmg sentiasa nak dominate setiap perbualan kami. Tiap patah katanye penuh dengan intonasi tinggi rendah. Dia tahu mane nak stress the word dan where to sound intelligent. Dia kata kita2 yg uia-kusza ni kalau berkumpul mesti cerita pasal zaman belajar U dulu. Mesti nak cerita kisah susahnye belajar kat kusza, kene duk umah sewa, susah nak cari buku teks dan rujukan, tapi CGPA best tu pon sbb lecturer kesian.

Maka ini jawapan penulis. “Sohabat, hidup ini ibarat memandu kereta. Kita sentiasa memandang ke hadapan untuk melihat jalan yang bakal kita tempuhi. Memandu kena focus agar semua halangan dapat ditempuhi, segala bahaya dapat dielak dan setiap simpang dapat dituju dengan betul. Begitu ibarat hidup. Sentiasa memandang ke hadapan. Kejar kerjaya kita, cari pendapatan bagi memenuhi setiap keperluan dan impian. Bekal diri dengan segala kemahiran dan pengalaman bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran.


Tetapi, ibarat memandu juga, kita harus sekali-sekala memandang cermin belakang, memandang cermin sisi. Tujuannya buat kita melihat apa yang ada di belakang dan di sisi kita. Maknanya, kalau kerjaya kita itu ibarat cermin hadapan, hidup kita sekarang ibarat cermin sisi dan cermin pandang belakang kita ibarat sejarah dan kenangan silam. Terlalu mengejar kerjaya pun xleh jugak. Akibatnya orang sekeliling kita yg suffer. Tu yang accident tu.

Sebab tu time memandu kita diajar fokus apa yang ada kat depan, sekali2 pandang cermin sisi dan belakang kalau nak memotong. Tapi janganlah asyik nak pandang sisi dan belakang jer plak, kang lembu melintas pon kita langgar.” Moralnya: Dah cepat wat kerja, jgn asyok berblog je.

4 comments:

  1. hahaha. tau takpe. Fokus kerja dulu baru berblog.

    Anyway, please tell your sohabat that Pioneer memang cenggitu. Cuba tanya 1st batch UIA (kalau tak silap Prof m Akram Laldin was among them), they will tell you the same story as what we've gone through dulu2.

    ReplyDelete
  2. agaknya kawan mu tu tak de kenangan indah. Orang yang ada kenangan indah je yang selalu terkenang-kenang. Mungkin jugak kawan mu tu ramai musuh. buat ape nak ingatkan musuh, menyemak akal je.

    contoh: bila kita ternampak hantu, kita lari laju-laju. nak ke kita pusing pandang ke belakang? mesti tak nak kan? agaknya begitulah..

    p/s: assumption je tu.. ahaks :)

    ReplyDelete
  3. eija: botul 3x sbb dia asyik benor ngan lagu erra fazira 'yg terindah cuma seterika'.

    pi'e: teringat peribahasa jawa, 'kelaras pisang disangka hantu' maknenye: kalau dah takut tu, daun pisang kering pun disangkanya hantu, maka bertempiaranlah orang itu melarikan diri...

    ReplyDelete
  4. geochemistry, buy pandora fluid inclusions and isotopic ratios, allowed Giuliani’s lineup to remodel a new prototype pandora bracelets uk for the French Institute

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.