Halal ke?
Suatu hari waliyullah Syeikh Ibrahim Adham dalam perjalanan menuju ke Baitul Maqdis telah singgah membeli kurma di pasar Madinah. Setelah selesai proses menimbang, Ibrahim Adham terlihat sebiji kurma terjatuh bersebelahan bungkusan kurmanya. Menyangka sebiji kurma itu adalah miliknya, beliau terus mengambil dan memakannya. Setelah sampai di Baitul Maqdis, beliau duduk di suatu sudut sambil beribadah seperti kebiasaannya. Sehinggalah beliau terdengar dua malaikat sedang berbicara, “Itulah Ibrahim Adham yang rajin beribadah dan doanya sering dimakbulkan oleh Allah. Akan tetapi kebelakangan ini Allah tidak lagi mendengar doanya kerana dia telah memakan benda yang bukan haknya di Madinah.” Ibrahim Adham sungguh terkejut dan cuba mengingat-ingat apakah yang dimakannya di Madinah. “Ahh, kuma itu…,” bisik hatinya seraya mengambil keputusan untuk bertemu peniaga tua itu di pasar Madinah.
Perjalanan jauh ditempuhi beliau semata-mata mahu melunaskan ‘hutangnya’ itu. Setibanya beliau di pasar Madinah, peniaga tua itu telah tiada dan tempatnya diganti oleh seorang anak muda. Melihatkan kegusaran Ibrahim Adham, anak muda itu bertanya,”Gerangan siapakah yang tuan cari?”. Lalu diceritakan segala permasalahannya kepada si anak muda. “Oh, peniaga tua itu adalah bapa hamba. Beliau telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu dan perniagaan ini diwariskan kepada hamba,” terang si anak muda.
“Kalau begitu, sudikah tuan menghalalkan sebiji kurma yang telah aku makan itu?” tanya Ibrahim Adham. “Oh, bagiku, itu tiada masalah. Akan tetapi, aku masih lagi mempunyai 11 orang adik beradik. Tuan kenalah tanyakan pendapat mereka juga,” jawab si pemuda. Maka Ibrahim Adham pun terpaksalah menemui kesemua waris peniaga tua itu bagi mendapatkan keridhaan mereka. Setelah selesai, Ibrahim Adham pulang ke Baitul Maqdis. Tiba di sana dia terdengar lagi perbualan dua malaikat yang sama, “Itulah Ibrahim Adham, yang dulunya doa’nya terhijab oleh perkara syubhah sekarang telah diangkat doa’nya ke maqam utama.” Barulah tenang hatinya dalam beribadah.

Alahai, manelah nak cari Ibrahim Adham pada hari ini? Rambut macam David Backham banyaklah…
ajak:
ReplyDeletekita sebagai ayah/emak perlu hati-hati dalam mencari rezeki yang halal. anak-anak kita tak tahu punca pemakanannya. apa yang kita beli, budak-budak tu main makan je. kita yang tahu dari mana sumbernya. sepatutnya kita suapkan kepada mereka rezeki dari punca yang halal. hati-hatilah... jangan biarkan darah daging anak kita terbina dari sumber yang haram..
sabda Rasul: setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih layak baginya..
Hi jak...miss you so much....
ReplyDeleteI refer to your write up....am thinking this way...If i buy a house (on Govt loan offcourse...)would it be by way of islamic transaction? ...the same goes to buying car, credit card....everything...will it involve the element of "RIBA", My concern is....we talk about islam, islam,islam....friend! just have a look at what kind of transaction we did in the past or on going or may be future plan.....does it involve riba? till then....I dont really get it ...just worried that I might get involve in one of those....
ustaz pi'e: betul tu ustaz, tu yg org kata anak2 ni ibarat kain putih, jgn jadikannye selimut putih.
ReplyDeleteen hariff: when we were on Islamic transaction class, the issue of riba' had been discussed quite thoroughly. as long as we opt for Islamic loan, i put my trust that it is free from riba' element. ke guane?
kena balik ke sistem barter kot.. :)
ReplyDeletemengikut kefahaman saya, sistem barter tu maknenye bertukar2 barang yang sama nilai kan? macam mane plak kalau nak berhutang ek? wonder2
ReplyDelete