Seorang teman tiba-tiba bertanya kepada saya, “Jika kamu diberi pilihan, antara mata lalat dan mata lebah, yang mana satu kamu pilih?” Saya tidak terus menjawab soalannya bahkan memohon sedikit waktu untuk berfikir.
Akhirnya saya memilih mata lebah. Rasionalnya lebah lebih baik daripada lalat si pengotor itu. Setakat itu sahajalah rasional yang mampu saya fikirkan. “Kamu telah membuat pilihan yang bagus,” teman saya berkata dengan gembira. “Tahukah kamu, pada mata sang lebah hanya perkara yang cantik, wangi dan manis yang dicari dan dilihatnya. Ke mana sahaja sang lebah terbang, apa yang dicari dan dihinggapinya hanya bunga yang cantik, harum, segar dan bersih. Daripada bunga-bunga itulah didapatkannya madu yang manis dan berkhasiat,”terang teman saya. “Ibaratnya, seorang yang bermata seperti lebah akan sentiasa mencari perkara yang baik dan positif daripada apa yang dilihat dan dialaminya seharian. Dia bekerja untuk mencari yang baik. Dia bermuamalah untuk mencari yang baik. Dia beribadah pun untuk mencari yang baik. Hasilnya pastilah dia mendapat madu yang terbaik,” masih bersyarah. “Dengan sentiasa berpandangan positif dan mencari kebaikan, hati menjadi tenang, senang dan dijauhkan dari perasaan walang,” seakan bermadah pula bicara sang teman.
"Lalatman, sape nak lalatman?"
“Tetapi pada mata sang lalat pula apa yang sentiasa dicari dan dilihatnya adalah perkara yang buruk, busuk dan kotor. Perkara inilah yang sentiasa dicari dan diintainya setiap hari. Di manakah sampah, kotoran dan najis. Disebabkan kebiasaan tersebut akhirnya walaupun lalat berjumpa bunga yang bersih lagi harum, ia tetap mencari yang kotor tadi,” sahut saya pula. “ Itulah ibarat bagi orang yang sentiasa berfikiran negatif dan mencari keburukan pada sesuatu keadaan. Apabila dia memandang manusia lain, apa yang dicarinya ialah keburukan dan kelemahan manusia itu. Maka keburukan dan kelemahanlah yang ditemuinya,” giliran saya pula bersyarah. “Begitulah juga dia melihat dunia dan hidup ini, penuh dengan keburukan, kekecewaan dan kesedihan. Akhirnya dia mudah berputus asa dan asyik menyalahkan keadaan,” saya mengakhiri bicara.
“Kita berdua memang serasi,” gelak teman a.k.a isteri saya.
Teringat Black name tag magnet slalu kata dunia ni x adil tiap kali dia tgk gambo wife aku. Alah, Jeleslah tu
kan betul pilihan nyer . mata lebah . kan comel kan ..kan..
ReplyDeletememang la comel x pe la pasni boleh la bertukar menjadi lebahman choops silap la transform i'm beesman..........hahahah
ReplyDeletebeesman xpe, basement tuh agak sikit...
ReplyDeletetu ke orang yang sentiasa disamping penulis?
ReplyDelete