January 5, 2009

Yap yee sam sek

Dah, jgn asik nak tergelak jer, bace kisah dan teladan nih...



Yap yee sam sek…

Hari itu Hari Isnin. Cikgu Siew Lin sedang sibuk mengajar anak-anak muridnya mengira dalam bahasa Mandarin. “Anak-anak, semua ikut cikgu, ya. Semua sebut “Yap”, kata si cikgu sambil menulis satu garisan menunjukkan simbol satu dalam bahasa Cina. Teha, satu-satunya anak Melayu di kelas tersebut tekun menyebut dan menulis simbol yap.

Pada keesokan harinya, Cikgu Siew Lin mengajar pula nombor ‘yee’ iaitu nombor dua dan menulis dua garisan bertindih sebagai symbol dua. Teha masih tekun menyebut dan menulis nombor-nombor dalam bahasa Cina tersebut. Balik nanti, seperti semalam, Teha akan menunjukkannya kepada ibunya. Biar ibunya tahu, tak sia-sia menghantarnya belajar dengan bangsa lain.


"Yee, dua..., Hah dah pandai, ibu," kata Teha.


Hari ketiga, Cikgu Siew Lin masih tekun mengajar anak-anak muridnya nombor tiga atau ‘sam’ dalam bahasa Mandarin. Ditulisnya simbol tiga garisan kecil mewakili nombor tiga. “Mudahnya bahasa ini. Tulisannya juga amat mudah untuk dikuasai,” getus hati si kecil. Setibanya di rumah, Teha terus menemui ibunya, “Ibu, esok Teha taknak pergi ke sekolah,”. “Kenapa sayang?” Tanya ibunya dengan kerut di dahi. “Cikgu Siew Lin tu ajar benda yang sangat senang. Kalau Teha tak datang esok pun Teha boleh agak macam mana nak tulis nombor empat dalam tulisan Cina,” jawab Teha acuh tak acuh.

Hari Khamis Teha benar-benar berkeras tidak mahu ke sekolah. Puas dipujuk ibunya namun si kecil itu tetap liat untuk bangun pagi. Dalam diam rupanya Teha telah menulis empat garisan kecil di muka surat keempat buku latihannya. Sebagai bukti bahawa itulah simbol yang mewakili nombor empat yang bakal diajar oleh sang guru.





"Angin kus kus dia dah mai dah, suruh pi skolah x mau plak," bebel Kak Umi.




Hari kelima Cikgu Siew Lin meminta semua pelajar menyerahkan buku masing-masing bagi melihat kerja sekolah yang dimintanya untuk disiapkan. Alangkah terkejutnya Teha apabila didapati bahawa simbol empat atau ‘sek’ yang disangkanya empat garisan kecil adalah salah. ‘Sek’ diwakili dengan simbol berbentuk seakan tingkap yang berlangsir.

“Itulah, ibu dah pesan, pergi sekolah dengar cikgu ajar betul-betul. Jangan jadi macam cerita Pendekar Bujang Lapok, huruf ‘Jim’ dikata jin pakai toncet,” pujuk Kak Umi menenangkan anaknya yang sedang kesedihan.





"Udah2lah tu...meh cik Ta bwk pi pasaraya be'ntang," pujuk makcik kesayangan Teha.

No comments:

Post a Comment

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.